Moving Forward As One

Jepun Tubuhkan Kementerian Kesunyian

1,360

Statistik kes b.nuh diri yang amat tinggi di Jepun pada tahun 2020 telah memaksa kerajaan pimpinan Perdana Menteri baharu; Yoshihide Suga untuk menubuhkan sebuah kementerian khas bagi menangani krisis yang acap kali membelenggu negara maju itu.

Kementerian itu dikenali sebagai ‘Ministry of Loneliness’ atau dalam bahasa Melayunya; Kementerian Kesunyian. Struktur kementerian ini diuruskan oleh seorang Menteri yang bernama; Tetsushi Kasamoto sejak dilantik pada 12 Februari 2021.

IKLAN: Anda sedang mencari novel thriller? The Patriots baru terbitkan novel keempat kami. Boleh beli di Shopee kami: https://shp.ee/47yzq2k

Beliau telah dipertanggungjawabkan untuk mengurangkan angka kem.atian b.nuh diri dalam jangka masa beberapa tahun mendatang, menerusi pelbagai agenda serta perancangan strategik yang telah dirangka oleh kerajaan Jepun bagi mengimbangi impak buruk bawaan krisis ini.

Menurut rekod, penularan pandemik Covid-19 yang melanda dunia bukan sahaja merisikokan pesakit-pesakit yang dijangkiti wabak itu. Kajian terkini turut  membuktikan terdapat peningkatan di dalam kes tekanan perasaan serta kemurungan (depression) melampau yang mampu membawa kepada lonjakan angka kes b.nuh diri.

Di Jepun misalannya, Covid-19 telah menyebabkan berlakunya peningkatan ketara di dalam kes b.nuh diri, walaupun sejak 11 tahun kebelakangan ini kes b.nuh diri di negara itu telah menunjukkan tren penurunan yang agak signifikan.

Sebagai contoh, pada bulan Oktober tahun 2020 sahaja, Jepun merekodkan kes kem.atian akibat b.nuh diri sebanyak 2153 kes. Angka ini adalah lebih tinggi berbanding kes kem.atian akibat jangkitan Covid-19 yang dicatat dalam bulan sama; iaitu 1765 kes.

Daripada jumlah itu, kaum lelaki masih mendominasi peratusan b.nuh diri tertinggi iaitu seramai 1274 kes. Pun begitu, statistik turut menunjukkan peningkatan ketara kes b.nuh diri dalam kalangan kaum wanita di Jepun iaitu sebanyak 70 peratus atau 879 kes berbanding bulan yang sama pada tahun 2019.

Secara keseluruhannya, kes b.nuh diri di Jepun pada tahun 2020 adalah sebanyak 20919 kes. Diikuti tahun 2019 (20169 kes), 2018 (20840 kes), 2017 (21312 kes), 2016 (21897 kes) dan 2015 (24025 kes). Sebagai info, tahun 2010 merupakan tahun yang mencatatkan angka kem.atian tertinggi di Jepun, iaitu 31690 kes.

Hal ini jelas membuktikan bahawasanya impak buruk yang mencengkam ekosistem ekonomi sesebuah negara serta perlaksanaan perintah kawalan pergerakan yang membawa kepada pengasingan hidup (isolation) dalam sesuatu tempoh masa yang panjang mampu memburukkan lagi masalah kesihatan, khususnya kesihatan mental.

Selain Jepun, negara barat seperti United Kingdom (UK) telah menubuhkan Kementerian Kesunyian jauh lebih awal. UK memulakan langkah ini ketika era pimpinan Perdana Menteri wanita keduanya, Theresa May pada bulan Januari 2018.

IKLAN: Anda sedang mencari novel thriller? The Patriots baru terbitkan novel keempat kami. Boleh beli di Shopee kami: https://shp.ee/47yzq2k

Walau bagaimanapun, suka saya ingatkan di sini bahawasanya Covid-19 adalah wabak yang terbukti bahaya dan berisiko tinggi. Risau pula jika statistik ini dijadikan hujjah sesetengah pihak yang berfikiran sedikit songsang.

Ruangan komen telah ditutup.