Industri perfileman berjaya naikkan minat orang ramai dalam bab angkasa. Dari dulu lagi, banyak filem angkasa dibuat begitu menarik sampai ada pertembungan budaya antara Star ωαrs dan Star Trek.

Dengan kos pembikinan semakin menurun, siri televisyen juga sudah banyak membanting tulang. Belum lagi industri hiburan (gaming), dengan Mass Effect misalnya menjana populariti tinggi dalam kalangan peminat fiksyen sains.

Realiti aeroangkasa walau bagaimanapun tidak berpaut pada fiksyen sains. Tiada kena mengena dengan minat orang ramai pun.

Pemain industri hanya akan membangunkan sesuatu teknologi aeroangkasa, tertakluk jika ada matlamat yang menguntungkan dari segi ekonomi atau politik. Ambil contoh pendaratan manusia di Bulan.

Ada elemen politik dalam perkara ini. Penerbangan angkasa lain pula banyak menyumbang pada pencapaian saintifik yang memberi kesan ekonomi.

Itu realitinya, yang sarat dengan cabaran. Ada dua cabaran paling besar di sini: kos dan keselamatan. Semua tahu pelancaran roket menggunakan perbelanjaan sangat banyak, paling kurang pun AS$58 juta pergi balik (Shen, 2021).

Walaupun semakin murah saban dekad, kosnya masih di luar kemampuan marhaen. Malah Tom Hanks sendiri menolak selepas diberitahu harga (Garvey, 2021), sekalipun beliau ada harta sebanyak AS$400 juta.

Fikir balik – daripada guna roket, bukankah lagi baik kalau ada negara bina lif? Sampai di atas; guna sebuah kapal untuk terbang ke Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS).

Naik masih puasa; sampai sudah raya.

Biar kapal angkasa ini kekal di ISS. Laluan lif pula boleh ada saluran bahan api yang boleh digunakan kapal tersebut.

Mungkin Satu Hari Nanti

Konsep ini sudah ada sejak tahun 1895 lagi, dicadangkan seorang saintis daripada Empayar Rusia. Konstantin Tsiolkovsky terbukti mempunyai buah fikiran yang jauh lebih maju untuk dibandingkan dengan zamannya.

Konstantin Tsiolkovsky.

Beliau terfikir selepas tengok Menara Eiffel. Beberapa dekad kemudian, jurutera angkasa Yuri Artsutanov mula mengkaji cabaran di sebalik konsep ini. Jadi memang konsep lif angkasa sudah lama difikirkan.

Dan sekarang, Jepun sedang mencuba nasib untuk membina sebuah lif angkasa. Menurut David Smitherman daripada NASA, lif angkasa perlu dibina dalam negara yang bebas ribut atau puting beliung.

Peristiwa Fukushiima membuktikan bahawa Jepun tidak bebas daripada bencana alam. Jepun seperti biasa tidak ambil kisah pasal pendapat orang. Mereka jalan terus saja.

Setakat ini cuaca dan iklim bukan halangan utama. Dua perkara ini hanyalah masalah terkemudian. Sekarang kajian Universiti Shizouka adalah untuk mencari bahan paling sesuai untuk menghadapi tekαηαη angkara angin atmosfera dan graviti bumi.

Dan pihak universiti ada idea yang agak menarik, cuma perlu diuji dulu.

Konsep Dalam Penyelidikan Jepun

Pada 25 September 2018, Jepun melancarkan dua satelit CubeSat bersama dengan kabel 14 meter yang lengkap dengan sebuah peranti robot bermotor. Satelit ini adalah untuk projek lain. Kiranya Universiti Shizouka sekadar menumpang untuk menguji rekacipta mereka.

Kalau ikut teori, peranti robot ini boleh bergerak antara dua satelit dengan bebas (Daley, 2018). Pada dasarnya, kabel 14 meter ini adalah sebuah laluan untuk lif iaitu peranti robot.

Sebuah robot antara dua CubeSat.

Saiznya kecil untuk faham sebuah teori secara praktikal. Misi ini mαlαηg sekali tidak memperolehi kesimpulan yang tuntas kerana masalah komunikasi – tetapi kegagalan ini dijadikan pengajaran, kerana pasukan sains sama sedang membuat ujian kedua dengan kabel jauh lebih panjang (McFall-Johnsen, 2019).

Jujurnya konsep ini masih terlalu awal kerana kekurangan teknologi. Dari segi kos, memang tidak munasabah kerana boleh mencecah AS$90 bilion pun.

Kos itu hanyalah anggaran. Jadi semua tahulah dengan perangai manusia suka mark-up projek kerajaan, kos boleh jadi AS$200 bilion pada bila-bila masa. Maka atas sebab ini, lebih baik guna roket saja. Cuma cita-cita Jepun wajar diberi tepukan yang gemuruh.

RUJUKAN:

Daley, J. (2018, September 5). Japan Takes Tiny First Step Toward Space Elevator. The Smithsonian Magazine.

Garvey, M. (2021, November 3). Why Tom Hanks turned down Jeff Bezos’ offer to go to space. CNN.

McFall-Johnsen, M. (2019, Oktober 6). A giant elevator could connect Earth to space using current technology, experts say — here’s how that might work. Business Insider.

Shen, M. (2021, September 15). William Shatner went to space. Here’s how much it would cost you. USA Today.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Berbekalkan buku “Perang Salib Pertama: Kelahiran Templar”, Ahmad Faezal mempunyai suatu matlamat bagi Malaysia. Dalam kaca mata beliau, bangsa Melayu perlu bangkit membaham ilmu sepertimana mereka memakan nasi. Seorang pengikut setia bidang astronomi dan isu semasa, beliau mengimpikan bangsa Melayu dalam masa 100 tahun boleh melibatkan diri secara aktif dalam bidang-bidang sains terperinci. Beliau juga seorang penulis dan penterjemah upahan, yang sedia menerima klien.

Comments are closed.