Selalu kebiasaannya pembukaan sukan betaraf antarabangsa ini tak lain adalah dengan percikan bunga api di udara yang bewarna-warni, tetapi Sukan Olimpik  2020 (yang dah pun diangguhkan sebab Covid-19) memiliki kelainan yang bukan biasa-biasa apabila hujan meteor (meteor shower) yang berwarna warni di langit yang bakal diperlihatkan untuk seluruh bandar Tokyo.

Bagaimana meteor shower ini boleh dibuat waktu Olimpik kelak? Sebenarnya idea ini hasil dari kajian bermula pada tahun 2009 lagi. Antara penggerak utama adalah Dr. Lena Okajima, CEO syarikat Astrolive Experience (ALE) dari Jepun yang terinspirasi dari zaman kanak-kanak lagi. Di Jepun, terdapat tradisi sekiranya pada waktu malam, ternampak tahi bintang, maka seseorang itu boleh buat permintaan yang kononnya akan dimakbulkan.

Artificial meteor shower ini dibuat dengan mengggunakan ‘nano satellite’ bernama ALE-1 satellite (yang telahpun dilancarkan ke angkasa pada awal tahun 2019) dengan kerja sama pelbagai agensi antaranya Japan Aerospace Exploration Agensy (JAXA) dan Kerajaan Jepun. ALE-2 nano-satellite yang dilancar sebanyak 7 buah dan hanya bersaiz 60x60x60cm sahaja dengan berat 75 kilogram.

Nano-satellite ini akan mengorbit mengelilingi bumi dulu seperti satelit lain sebelum melancarkan palet-palet kecil dari satelite tersebut masuk ke atmesphera bumi (seperti yang dirancang menggunakan deployment system). Palet yang juga mesra alam, dari satelit tersebut akan memasuki atmesphera bumi dan memancarkan sinaran plasma yang terang menyerupai tahi bintang sebenar yang mampu dilihat 200km radius dan dijangka boleh dilihat dari seluruh Tokyo pada pembukaan Olimpik yang sepatutnya pada tahun ini.

Yang menariknya palet tersebut hanya berdiameter 2cm  sahaja, tetapi mampu menerangi langit pada waktu malam seperti hujan meteor yang sebenar. Sinaran plasma akan terhasil apabila palet tersebut masuk ke ruagt atmosfera bumi dari angkasa. Ratusan palet akan dilancarkan selaju 8km/s dari nano satelite ke ruang angkasa bumi dan menghasilkan banyak tahi bintang / meteor shower di ruangan udara dengan pelbagai warna.

Target ALE adalah pelancaran utama sewaktu Sukan Olimpik sebagai pelancaran projek ini dan akan menawarkan perkhidmatan meteor shower untuk event-event besar yang akan diadakan pada waktu yang lain sekiranya ada pihak yang berminat. ALE-2 pulak dilancarkan ke angkasa lepas pada pertengahan tahun 2019 dan ditambah beberapa variasi warna pada palet tersebut dan perkhidmatan shooting star ini akan dibuka pada yang berminat.

ALE-2 dijangka akan memenuhi permintaan lain sebagai perkhidmatan meteor shower dan akan menjadi sumber perniagaan syarikat tersebut jika berjaya ditunjuk kepada dunia dengan kebolehan mereka menghasilkan hujan meteor yang selamat.

Mula dari impian kanak-kanak Dr Lena Okajima yang akhirnya berjaya membawa kepada bidang Space Entertaiment dan menjadikan mimpi menjadi realiti. Di mana ada kemahuan di situ ada jalan.

Artikel dikirimkan oleh Rukaini untuk The Patriots.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Moving forward as one.

Comments are closed.