Jennifer Joseph: Wanita Di Sebalik Logo Columbia Pictures

2,477

Selain daripada ‘ngauman singa’ ikonik dari syarikat produksi Metro-Goldwyn-Mayer (MGM) dan bunyian orkestra 20th Century Fox, logo wanita memegang obor dari Columbia Pictures telah menjadi salah satu daripada logo yang dikenali oleh peminat filem secara umumnya.

Columbia Pictures merupakan sebuah studio perfileman dan syarikat produksi. Kini ia sebahagian daripada ‘keluarga’ besar Sony, sebuah konglomerat gergasi dari negara Jepun.

Logo awal Columbia Pictures dari 1924-1928

Sejak awal penubuhannya iaitu pada tahun 1918, sehinggalah ke pertukaran nama dari CBC Film Sales Corporation ke Columbia Pictures, syarikat ini sudah beberapa kali bertukar logo. Mulanya, Columbia Pictures menggunakan logo seorang askar wanita Rom, yang sedang memegang sebatang gandum dan perisai.

Kemudian pada tahun 1992, Michael Deas telah ditugaskan untuk menghasilkan lukisan logo terbaru Columbia Pictures.

Jennifer Joseph, menggunakan lampu meja sebagai prop obor.

Michael Deas seterusnya meminta bantuan rakan, seorang jurugambar bernama Kathy Anderson untuk membantu beliau memberi gambar rujukan, serta inspirasi menghasilkan lukisan “Torch Lady”.

Torch Lady kepenatan

Pada masa yang sama, Michael meminta rakan sekerja Kathy iaitu Jennifer Joseph, untuk menjadi model di dalam sesi pengambaran tersebut.

Selesai sesi pengambaran, 2 bulan berikutnya digunakan oleh Michael untuk menghasilkan karya agung beliau, iaitu lukisan “Torch Lady” logo Columbia Pictures yang kini telah didigitalkan.

27 tahun selepas sesi pengambaran, logo tersebut masih lagi digunakan dan dapat disaksikan oleh berjuta-juta manusia ketika mereka mula menonton filem yang dihasilkan oleh syarikat ini.

Kredit:

Artis : Michael Deas
Jurugambar : Kathy Anderson

Komen yang ditutup, tetapi jejak balik dan ping balik terbuka.