Pengisytiharan perintah kawalan pergerakan oleh Muhyiddin Yassin dijangka akan memudahkan kerajaan dalam usaha pembendungan koronavirus yang telah menimpa negara.

Bermula 18 Mac 2020, kerajaan mengisytiharkan:

  1. Larangan menyeluruh terhadap pergerakan dan perhimpunan.
  2. Sekatan menyeluruh terhadap perjalanan rakyat Malaysia ke luar negara.
  3. Sekatan terhadap kemasukan semua pelancong ke dalam negara.
  4. Premis perniagaan ditutup kecuali pasaraya, pasar awam dan kedai runcit.
  5. Penutupan semua taska, sekolah, pusat tahfiz dan pra-universiti.
  6. Penutupan semua Institut Pengajian Tinggi serta institute latihan kemahiran.
  7. Penutupan semua premis kerajaan dan swasta kecuali perkhidmatan penting negara.

Penutupan beberapa sektor ini barangkali boleh mengurangkan risiko kemalangan jalanraya misalnya. Dengan kekurangan dari segi permintaan kudrat hospital, pihak kesihatan semestinya boleh menumpukan perhatian dalam COVID-19 sahaja.

Perintah kawalan pergerakan ini dijangka berterusan sehingga 31 Mac, tertakluk kepada keputusan menyusul daripada pihak kerajaan yang akan bermesyuarat setiap hari untuk memantau pembendungan COVID-19.

Dengan lonjakan mengejut statistik COVID-19 dalam negara, tindakan ini sememangnya dialu-alukan. Walaupun ada yang menyangka Malaysia perlukan perintah berkurung, tentu sekali kerajaan lebih tahu tentang situasi negara.

Tetapi risiko-risiko COVID-19 masih ada. Berdasarkan data daripada seluruh dunia, berikut ialah jenis pekerjaan yang paling terdedah dengan koronavirus:

  • Pekerja-Pekerja Kesihatan berada dalam risiko tertinggi. Bukan sahaja mereka kerap terdedah kepada COVID-19. Mereka juga berada berhampiran dengan mangsa oleh kerana tuntutan kerja. Malah sudahpun ada pekerja-pekerja kesihatan di Amerika Syarikat yang berkuarantin kerana disyaki menghid4pi COVID-19 (Gold, 2020).

  • Pembantu Peribadi/Kesihatan pula sentiasa mendampingi golongan warga emas – kurungan populasi yang terlalu terdedah dengan COVID-19. Di Washington, sekurang-kurangnya 70 pekerja dalam bidang ini mempunyai simtom-simtom COVID-19 (Baker, 2020).
  • Pembantu Kecemasan seperti ambulans dan bomba pula berada pada tangga ketiga atas penglibatan universal mereka. Bomba yang dipanggil di Rumah Uzur Washington pula terpaksa dikuarantinkan (Tapper, 2020). Pihak ambulans pula terpaksa mengambil langkah-langkah berjaga-jaga (Kelly, 2020).
  • Sebelum penutupan sekolah, guru-guru amat terdedah dengan COVID-19 oleh kerana perlu bergaul dengan masyarakat.

  • Jika para guru dalam bahaya, begitu juga pekerja perhubungan seperti juruwang dan pelayan restoran makanan segera. Syarikat-syarikat besar seperti Walmart, Starbucks dan Uber antaranya telah melaporkan jumlah pekerja yang disyaki mempunyai COVID-19 (Repko, 2020).
  • Paling bahaya sekali ialah pekerja-pekerja bawahan yang terpaksa bekerja untuk elakkan kehilangan pendapatan. Malaysia mempunyai bilangan pekerja asing yang ramai. Mereka juga terdedah dengan COVID-19 dan berupaya untuk menj4ngkiti orang lain (Kindy, 2020).

Disebabkan inilah dasar kawalan pergerakan boleh memanfaatkan halatuju negara ke arah pemulihan.

RUJUKAN:

Baker, M. (2020, March 7). Nursing Home Hit by Coronavirus Says 70 Workers Are Sick. New York Times. Retrieved from https://www.nytimes.com/2020/03/07/us/coronavirus-nursing-home.html

Gold, J. (2020, March 9). Scarcity of health workers a new concern as self-quarantining spreads with virus. NPR. Retrieved from https://www.npr.org/sections/health-shots/2020/03/09/813557328/scarcity-of-health-workers-a-new-concern-as-self-quarantining-spreads-with-virus

Kelly, B. (2020, March 10). Paramedics taking extra precautions amid coronavirus outbreak. Fox Oregon. Retrieved from https://www.kptv.com/news/paramedics-taking-extra-precautions-amid-coronavirus-outbreak/article_0f36266e-633b-11ea-b80c-cf22d8c48376.htmlKindy, K. (2020, March 5). As coronavirus spreads, the people who prepare your food probably don’t have paid sick leave. The Washington Post. Retrieved from https://www.washingtonpost.com/national/as-coronavirus-spreads-the-people-who-prepare-your-food-probably-dont-have-paid-sick-leave/2020/03/04/7b35965a-5d51-11ea-9055-5fa12981bbbf_story.htmlRepko, M. (2020, March 10). Walmart, Starbucks and others face a new coronavirus challenge: Sick workers and fearful customers. CNBC. Retrieved from https://www.cnbc.com/2020/03/10/coronavirus-walmart-and-others-cope-with-sick-workers-fearful-customers.html

Tapper, J. (2020, March 10). Washington firefighters who responded to nursing home face longer quarantine as bottlenecks delay testing. CNN. Retrieved from https://edition.cnn.com/2020/03/10/politics/coronavirus-washington-life-care-center-nursing-home-testing/index.html


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Berbekalkan buku “Perang Salib Pertama: Kelahiran Templar”, Ahmad Faezal mempunyai suatu matlamat bagi Malaysia. Dalam kaca mata beliau, bangsa Melayu perlu bangkit membaham ilmu sepertimana mereka memakan nasi. Seorang pengikut setia bidang astronomi dan isu semasa, beliau mengimpikan bangsa Melayu dalam masa 100 tahun boleh melibatkan diri secara aktif dalam bidang-bidang sains terperinci. Beliau juga seorang penulis dan penterjemah upahan, yang sedia menerima klien.

Comments are closed.