Seperti mana penyakit-penyakit lain, jangkitan HIV juga memerlukan penghidap menjalani ujian bagi mengesahkan dia menghidapi masalah tersebut.

Sedikit berbeza dengan penyakit-penyakit biasa, biasanya mereka yang memilih untuk menjalani ujian saringan HIV perlu melalui proses kaunseling bagi membantu mereka memahami proses dan juga sebagai persediaan mental bagi menghadapi proses mendapat keputusan. Proses ini dipanggil PreTest Counselling dan juga PostTest Counselling yang terbahagi kepada dua (2) iaitu jika didapati negative juga jika didapati positif.

Kenapa mereka yang memilih untuk menjalani ujian saringan HIV perlu melalui proses kaunseling? Kebiasaannya ujian saringan HIV adalah ujian yang sangat traumatik terutama kepada mereka yang berada di dalam kumpulan berisiko tinggi.

Bagi mempersiapkan mereka dengan apa jua keputusan ujian,
mereka perlu melalui proses kaunseling sebelum dan selepas ujian dibuat dengan tujuan :

1) Memberi gambaran tentang penyakit dan ujian yang bakal dilalui
2) Memberi pemahaman tentang apa makna keputusan ujian
3) Mendapat persetujuan
4) Sekiranya keputusan ujian adalah negative, proses kaunseling adalah untuk memberi pemahaman penuh tentang kesan jika dijangkiti juga sebagai motivasi bagi megubah cara hidup bagi meminimalkan mendapat jangkitan
5) Sekiranya keputusan adalah positif, penghidap akan didedahkan dengan tanggungjawab sebagai penghidap dalam mengawal jangkitan kepada orang lain juga pemahaman penuh tentang HIV dan AIDS.

KAUNSELING PRA UJIAN (25-30 minit)
# Proses semakan mengapa mereka menjalani ujian saringan dalam keadaan santai dan bersahaja
# Proses menyemak pengetahuan mereka tentang kondom, jangkitan bawaan seksual (STI) dan juga apa itu HIV dan AIDS sendiri. Beri maklumat tambahan sekiranya perlu.
# Proses menyemak dan menambah pengetahuan mereka tentang akibat melakukan aktiviti berisiko tinggi
# Menilai tahap risiko
# Menerangakan tentang ujian sarinagn and kesan dari keputusan ujian tersebut (negative dan positif)
# SEKIRANYA didapati positif, pasti mereka mendapat maklumat tentang perbezaan HIV dan AIDS. Penekanan perlu diberikan bahawa penghidap mampu untuk hidup lama sehingga lebih 10 tahun dan kebolehupayaan HAART juga kemungkinan penyembuhan pada masa akan dating. Di sini juga perlunya dibincangkan tentang system sokongan terutama dari keluarga
# SEKIRANYA keputusan ujian adalah negative, mereka perlu difahamkan tentang window period untuk ujian berasaskan antibody dan keperluan untuk melakukan ujian semula selepas empat (4) bulan bergantung pada penilaian risiko yang telah dilakukan awal tadi. Kaunselor juga perlu menerangkan keperluan mengubah gaya hidup bagi mengurangkan risiko mendapat jangkitan
# Mendapatkan kebenaran untuk menjalankan ujian saringan
# Memberikan tarikh ujian sekiranya perlu untuk datang kembali atau akan terus menjalani ujian saringan

PERTEMUAN PASCA UJIAN BAGI MENDEDAHKAN KEPUTUSAN POSITIF (HIV+)
# Mendedahkan keputusan ujian dengan nada yang lembut dan berempati
# Berikan ruang untuk mereka melepaskan apa jua emosi yang sedang mereka alami. Dalam kebanyakkan kes akan berlaku kerosakan eosi dan fizikal. Dan pada masa ini penghidap akan mula mengalami sindrom penafian seperti menidakkan keputusan ujian dan yang berbahaya adalah penerimaan berita tanpa sebarang respon
# Apabila penghidap sudah mulai tenang, terangkan akan segala bantuan dari segi perubatan, psikologi dan rujukan kepada doctor pakar

KAUNSELING PASCA UJIAN (KEPUTUSAN POSITIF)
# Menerangkan perbezaan antara HIV dan AIDS secara terpeinci
# Penekanan akan kepentingan melihat dari sudut positif pada kehidupan bagi menjamin kelangsungan masa hadapan (pekerjaan, pengajian, keluarga, isteri/suami/anak, kawan-kawan)
# Penekanan untuk mengambil makanan sihat dan seimbang
# Penekanan untuk melakukan senaman yang tidak melampau
# Menjaga tahap imun tubuh seperti tidak merokok, meminum minuman beralkohol, menggunakan sebarang jenis dadah dan juga mengawal tekanan
# Menerangkan kepentingan mengurangkan atau menghentikan terus aktiviti berisiko tinggi bagi mengelakkan berlaku jangkitan kepada orang lain
# Menggalakkan mereka supaya terus hidup normal
# Menerangkan langkah mengelakkan jika berlaku luka, tumpahan darah.
# Menerangkan keperluan merawat sebarang jangkitan secara cepat dan betul. Maklumat berkenaan jangkitan oportunistik dan keseriusan jangkitan begini
# Menerangkan akan penelitian khusus kepada tuberculosis (tibi) serta menggalakkan melakukan ujian saringan Tuberculosis juga penyakit-penyakit oportunistik lain.
# Menerangkan akan perkembangan regim ubat-ubatan HAART
# Membina satu (1) jaringan sokongan sama ada keluarga atau teman rapat. Penghidap digalakkan membawa mereka yang berada di dalam system sokongan ini menyertai sessi kaunseling.
# Menerangkan hak mereka sebagai penghidap dalam soal kerahsiaan status penyakit mereka.
# Menerangkan kepentingan sessi kaunseling
# Memberi tarikh temujanji untuk rawatan selanjutnya

KAUNSELING PASCA UJIAN (KEPUTUSAN NEGATIF)
# Mendedahkan keputusan ujian saringan
# Memberi ruang untuk melepas kelegaan
# Menilai semula sama ada mereka berada di dalam window period – jangkamasa 3 – 6 bulan di mana ujian berdasarkan antibody tersebut tidak konklusif. SEKIRANYA ada kemungkinan begini, aturkan ujian ulangan kira-kira 3 – 4 bulan dari tarikh sekarang dan menggalakan supaya meninggalkan sebarang aktiviti berisiko tinggi
# Menilai semula tahap pengetahuan dan kesedaran
# Menekankan maklumat pengurangan risiko jangkitan
# Membincangkan akan perubahan gaya hidup

 


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Comments are closed.