Jenis Gagap: Dari Sudut Psikolinguistik

0
273
views

Terdapat ibu bapa yang berasa gagap merupakan penyakit kekal yang dihidapi oleh anak mereka sejak lahir. Tanggapan sebegini menyebabkan ibu bapa tersebut mengabaikan ilmu pengetahuan tentang gagap. Sikap mereka menyebabkan anak yang gagap mengalami dan melalui masalah rendah diri hingga tidak mahu berkomunikasi dengan orang lain lalu suka mengasingkan diri. Tulisan ini menerangkan kepada kita tentang jenis-jenis gagap. Pengetahuan tentang tahap keseriusan gagap perlu ada bagi ibu bapa agar sebarang tanda-tanda awal gagap boleh dirawat.

Gagap adalah antara masalah komunikasi yang dihadapi oleh kanak-kanak. Gagap merupakan gangguan kelancaran bercakap yang melibatkan gerakan pernafasan dan cara percakapan. Kanak-kanak yang gagap biasanya tidak memiliki nada suara yang sempurna. Gagap merupakan suatu gangguan bercakap  iaitu  kelancaran bercakap  terganggu tanpa disadari dengan adanya pengulangan dan pemanjangan suara, suku kata, kata atau frasa, serta jeda atau hambatan tak disedari yang mengakibatkan gagalnya pengeluaran suara. Kalau dalam komunikasi, gagap merupakan salah satu gangguan irama kelancaran.

Jetpack Langkawi

Pakar-pakar patologi bahasa membahagikan gagap kepada dua bahagian iaitu gagap yang normal dan gagap yang berpenyakit. Gagap normal terbahagi pula kepada gagap kerana gugup, gagap dalam proses pembesaran, dan gagap yang dibuat-buat manakala gagap berpenyakit pula merangkumi pengulangan, pemanjangan, selaan, dan jeda.

Gagap kerana gugup merupakan satu keadaan pertuturan yang tidak ada persediaan. Gagap jenis ini tidak dianggap sebagai kes patologi kerana pertuturan yang orang yang bercakap gagap akibat gugup secara automatik akan normal jika dia berada dalam keadaan biasa. Gagap seperti ini biasanya berlaku kepada kita apabila kita tidak bersedia untuk memberikan ucapan dalam sesuatu majlis tertentu kerana kita tidak mempunyai kesatuan idea untuk dilontarkan secara spontan.

Gagap dalam proses pembesaran juga bukan tergolong dalam kes patologi. Hal ini demikian kerana gagap jenis dikategorikan sebagai gagap sementara. Kegagapan sebegini merupakan normal bagi kanak-kanak akibat proses kematangan yang dihadapi oleh mereka. Kegagapan jenis ini akan beransur-ansur hilang seiring pengingkatan usia kanak-kanak. Kegagapan begini akan hilang sebelum kanak-kanak berusia lapan tahun iaitu apabila mereka melalui proses kematangan keseluruhan serebral.

Gagap yang dibuat dianggap sebagai satu tindakan pertuturan yang bermatlamat. Keadaan ini jelas menunjukkan bahawa gagap jenis ini bukan kes patologi. Kegagapan seperti ini jelas dapat dilihat sebagai dibuat-buat dengan tujuan dan maksud yang tertentu. Misalnya, seseorang yang ingin menarik perhatian orang ramai agar kegagapan yang dibuat-buatnya menjadi ingatan yang kekal dalam diri orang ramai.

Gagap penyakit merupakan kes patologi.