Pada tahun 860 masehi, raja Bengala memberikan kebenaran seorang raja Melayu untuk membina sebuah biara untuk para pelajar di Bodhgaya bagi melanjutkan pelajaran di Universiti Nalanda.

Jarak antara biara pelajar-pelajar Melayu itu ke kampus di Patna ialah kira-kira 2 jam perjalanan. Di kampus itu sebenarnya terdapat asrama pelajar dan biara itu lebih kepada perkampungan akademik para pelajar dari seluruh emperium Srivijaya berkumpul.

Selepas menghabiskan pelajaran di Nalanda, para pendeta Melayu akan tinggal beberapa lama di Bodhgaya untuk mengajar dan mempraktikkan ilmu masing-masing sebelum pulang ke kampung halaman.

Di Universiti Nalanda bukan sahaja ilmu teologi Buddha, malah terdapat ilmu sains dan teknologi, sastera dan bahasa.

Semua ini tercatat dalam Prasasti Nalanda yang diperbuat dari tembaga.

Petikan dari prasasti:

“Ada seorang raja Yavabhumi (Jawa) yang merupakan perhiasan dinasti Sailendra, yang seperti teratai berbunga oleh kilauan permata di atas deretan mahkota megah, pada ketua-ketua semua raja-raja, dan yang, seperti yang beliau namakan menunjukkan adalah pemusnah musuh-musuh ternama (Viravairimathana). Kemasyhuranya, jelmaan, adalah kerana dia menetapkan kaki ke atas kawasan-kawasan (putih) istana, di teratai air putih, dalam tumbuh-tumbuhan teratai, siput, bulan, melati dan salji yang tidak henti-henti dan dinyanyikan dalam semua suku, diterap keseluruhannya alam semesta.”

Ketika ini Maharaja Balaputradewa memerintah Srivijaya melalui ibukotanya di Jawa.

Moralnya, raja-raja Melayu pernah membina bangunan malah satu perkampungan biara untuk para pelajar mereka.Ini menunjukkan betapa prestijnya empayar Srivijaya ketika itu,di mana mampu membina instititutnya sendiri berdekatan dengan Universiti Nalanda yang terkenal itu.Kini,universiti itu tinggal puing-puing namun plak penganugerahan kebenaran membuka biara dari raja Bengala kepada raja Melayu tetap abadi merentasi zaman.

Plak ini diukir bersama lambang dua pelanduk;merupakan lambang Universiti Nalanda, menunjukkan ia adalah di bawah projek universiti,namun yang aneh di dalamnya juga berisi puji-pujian kepada maharaja Melayu itu.

Semua ini bagaikan khayalan dan cerita 1001 malam jika anda terus melayan ahli-ahli sejarah Malaysia.Namun jika anda memiliki sifat ingin tahu,maka saya,Srikandi sedia memberitahu anda sekelumit rahsia dari sejarah Melayu yang mengasyikan.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang pelajar (tetap belajar dan terus belajar) dan kini tenaga pendidik dalam bidang sejarah, beliau adalah peminat tegar sejarah dan telah mencurahkan sepenuh kebaktiannya dalam sejarah terutama sejarah Melayu. Telah menulis lima buah buku bertemakan kepentingan sejarah, kritikan sejarah dan analisis sejarah Melayu.

Leave A Reply