Jebe merupakan seorang panglima Monggol yang terkemuka di bawah kepimpinan Genghis Khan. Beliau pada asalnya adalah seorang tentera musuh yang direkrut oleh penakluk tersebut setelah membidik panah tepat ke arah Genghis Khan dalam sebuah pertempuran.

Dalam detik bersejarah itu, Genghis Khan menyaksikan peribadi insan yang hampir menjadi pembvnuhnya. Lantas, beliau pun mengajak Jebe untuk berkhidmat di bawah kepimpinannya. Jebe pula tidak mengecewakannya sehingga beliau menjadi salah seorang panglima Genghis Khan yang paling berbakat dan paling setia.

Jebe berkemungkinan dilahirkan pada suatu masa sekitar kurun ke-12 Masehi. Dicatatkan bahawa nama sebenarnya adalah Zurgudai dan beliau berasal daripada puak Besud yang merupakan sebahagian daripada kabilah Taichud. Pada tahun 1201, beliau terlibat dalam Pertempuran Tiga Belas Pihak dan berp3rang menentang Genghis Khan.

Gambaran moden Jebe

KISAH JEBE DAN ANAK PANAH

Menurut satu versi penceritaan, Jebe telah mencederakan Genghis Khan dengan menggunakan anak panah dalam sebuah pertempuran. Genghis Khan memenangi pertempuran tersebut dan berhajat mahu mengenali individu yang telah mencederakannya itu. Beliau tidak bertanya secara langsung, sebaliknya menyoal kesemua tawanan p3rangnya tentang siapakah yang telah membidik kudanya sehingga mati. Jebe tampil mengaku, selain menambah bahawa beliau sama sekali tidak takut mati. Namun jika beliau dibelas kasihan, Jebe menyatakan bahawa dirinya bersedia berkhidmat untuk Khan Agung dengan penuh setia.

Dalam catatan lain, Jebe melarikan diri daripada tentera-tentera Genghis Khan sesudah tamat pertempuran. Jebe berjaya membvnuh kuda Genghis Khan dengan bidikan panah sebelum dirinya diberkas. Sebagai galang ganti agar nyawanya dibelas kasihani, Jebe mengutarakan janji untuk menggantikan kuda Genghis Khan yang dibvnuhnya itu dengan kuda-kuda yang lebih baik.

Tentera kavalri ringan Monggol, lukisan China, dinasti Ming

Dalam apa pun jua keadaan, Genghis Khan berasa kagum terhadap Jebe lantas mengajak beliau untuk menyertainya. Malahan, Genghis Khan sendiri adalah insan yang memberikan nama Jebe kepadanya, yang mana nama tersebut membawa maksud ‘panah dalam Bahasa Monggolia. Jebe berkhidmat untuk Genghis Khan dengan penuh setia. Dengan bakat yang dimilikinya, Jebe mendaki hierarki ketenteraan Monggol dengan pantas.

Menurut sebuah hikayat, Jebe merupakan seorang yang sangat berkebolehan hinggakan tersebar khabar angin kononnya beliau merancang mahu memberontak menentang Genghis Khan. Demi membuktikan kesetiannya, Jebe dengan segera kembali ke menghadap Genghis Khan dengan membawa hadiah 100 ekor kuda putih. Semenjak itu, Genghis Khan meletakkan kepercayaan sepenuhnya pada Jebe.

PANGLIMA JEBE

Jebe merupakan seorang panglima yang sangat berkebolehan. Pada tahun 1204 Masehi, Genghis Khan menewaskan kabilah Naima, salah sebuah kabilah Monggolia yang kuat, yang mana pemimpinnya telah membentuk pakatan untuk memerangi beliau. Mereka yang terselamat daripada pertempuran tersebut pula melarikan diri ke arah barat. Menyedari bahawa mereka ini berpotensi membentuk sebuah lagi pakatan baru dan mengancamnya di masa hadapan. Genghis Khan memutuskan untuk mengejar dan menghapuskan mereka.

Jebe adalah salah seorang panglima yang digalaskan dengan tugas tersebut. Untuk beberapa tahun, Jebe disibukkan dengan usaha menjejak tentera-tentera musuh yang melarikan diri daripada pertempuran sebelum ini. Namun, beliau segera dipanggil pulang untuk menyertai kempen memerangi Dinasti Jin, yang bermula pada tahun 1211 Masehi. Pada tahun 1215, ibu kota Jin iaitu Zhongdu tumbang ke tangan Monggol dan Jebe dihantar sekali lagi ke barat di mana beliau ditugaskan untuk menghambat Kuchlug, pemimpin Naima.

Kavalri Monggol berp3rang melawan pasukan tentera Jin di pergunungan

PERTEMPURAN SUNGAI KALKA

Jebe juga terlibat dalam ketumbukan tentera yang dihantar untuk meny3rang Empayar Khwarazmi. Selepas pasukan tentera Khwarazmi ditewaskan dan empayarnya pula habis dihancurkan, Jebe dan Subutai ditugaskan untuk memimpin ekspedisi ketenteraan di sekitar Laut Kaspia.

Pasukan tentera Monggol ini meny3rang Azerbaijan, Georgia dan bergerak di sepanjang pantai barat Laut Kaspia sebelum kemudiannya memasuki bahagian selatan steppe Russia. Sepanjang perjalanan, pasukan tentera Monggol menewaskan pasukan tentera Georgia, pakatan kaum Turki dari steppe dan kaum Cuman. Beberapa orang Cuman yang terselamat bergegas meminta bantuan daripada putera-putera Russia.

Kerajaan-kerajaan Russia kemudiannya menghimpunkan bala tentera. Bersama dengan sekutu daripada Cuman, mereka cuba mengepung pasukan tentera Monggol di tebing Sungai Dnieper. Namun, pasukan tentera Monggol berpura-pura berundur ke timur lalu membuatkan tentera Russia mengejar mereka selama 9 hari. Pada akhirnya, pasukan tentera Monggol tiba di tebing Sungai Kalka. Di sana, mereka berpaling dan meny3rang tentera Russia.

Pertempuran Sungai Kalka

Dalam Pertempuran Sungai Kalka yang berlangsung pada tahun 1223 Masehi, pasukan tentera Russia ditewaskan oleh pasukan tentera Monggol. Peristiwa ini merupakan pertembungan pertama di antara Monggol dan Russia. Kemenangan yang diraih oleh Monggol berperanan merintis laluan mereka bagi meny3rang Eropah Timur pada 15 tahun kemudian. Jebe meninggal dunia semasa dalam perjalanan pulang daripada ekspedisi ketenteraan ini.

TERJEMAHAN:

Wu Mingren. (9 Oktober 2018). Jebe: Genghis Khan’s Would-be-Ass4ssin Becomes His Sharpshooting General. Ancient Origins. https://www.ancient-origins.net/history-famous-people/jebe-0010816


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Pencinta bahasa ibunda dan sejarah dunia. Amir Zayyanid merupakan seorang penulis dan penterjemah bebas yang menyimpan impian mahu menabur bakti kepada anak pertiwi menerusi pendokumentasian sebanyak mungkin bahan bacaan, sama ada fiksi mahupun bukan-fiksi.

Comments are closed.