Pada 20 Mei 1799, Napoleon Bonaparte melancarkan pengepungan terhadap kota Acre di pantai Mediterranean, di Akka, Israel sekarang.

Pengepungan selama dua bulan yang bermula pada pertengahan bulan Mac itu telah berubah menjadi halangan yang tidak mampu diatasi dalam kemaraan Napoleon melalui Tanah Suci.

Sebanyak lapan kali percubaan secara berulang-ulang untuk menawan kota itu dibalas dengan tentangan yang amat sengit yang oleh barisan pertahanan kota yang mendapat sokongan tentera laut British.

Pengunduran Napoleon menandakan titik perubahan dalam kempennya di Mesir dan mengakhiri impiannya untuk menubuhkan sebuah kerajaan di bahagian Timur. Mengepalai barisan pertahanan kota Acre adalah gabenor Uthmaniyyah iaitu Jazzar Ahmed Pasha.

LATAR BELAKANG JAZZAR AHMED PASHA

Walaupun tarikh lahirnya tidak diketahui dengan tepat, Jazzar Ahmed dipercayai dilahirkan sekitar tahun 1722. Intelek moden kelahiran Bosniak, Safvet-beg Basagic menulis beberapa petunjuk yang menyatakan dia dilahirkan di Fatnica, sebuah kampung yang terletak sekitar 70 kilometer dari kota Mostar yang bersejarah di Bosnia Herzegovina.

Dia mengembara ke Istanbul dan berkhidmat di bawah Hekimoglu Ali Pasha, dia telah mengikut Ali Pasha hingga ke Mesir. Di sanalah dia memulakan pendakian hirearki politiknya dan memperoleh reputasi sebagai seorang penguatkuasa undang-undang yang cekap.

Sebelum iti dia memperoleh kerjaya di Mesir sebagai pen3mbak upahan untuk keluarga bangsawan Bulutkapan Ali Bega pada tahun 1760-an. Sepanjang memegang peranan ini, dia tidak menunjukkan belas kasihan terhadap suku Badwi dari padang pasir Libya yang memberont*k semasa pungutan cukai dikenakan kepada mereka oleh ketuanya, Ali Pasha.

Pada tahun 1775, dia menjadi gabenor Sidon namun bermarkas di Acre. Disinilah dia menghabiskan sisa-sisa perjuangan seumur hidupnya.Suku Badwi adalah orang yang memberikan nama gelarannya iaitu Cezzar atau al-Jazzar (tukang daging), berikutan pelaksanaan huk*man m*ut terhadap puluhan pemimpin suku Badwi yang memberont*k melawan gabenor mereka Ali Pasha.

Setelah menetap di Mesir dan mengangkat dirinya di peringkat golongan Mamluk, dia berjaya menempatkan dirinya di bawah kekuasaannya sendiri dan mempunyai hubungan baik dengan Mamluk Acre, yang kekal sebagai subjek bawahan kepadanya dan di bawah arahan langsungnya, sementara adakalanya dia menguruskan Tyre dan Tripoli.

Dalam situasi ‘vakum politik’ yang menyusul setelah kem*tian Zahir el-Omer pada tahun 1775, pemimpin klan Ziyad yang kemudian menguasai wilayah di Israel utara selama hampir setengah abad, Jazzar Ahmed berjaya menyebarkan pengaruh Sultan Abdülhamid I (R. 1774 – 1789  ). Dia berjaya mengembalikan kekuasaan Sultan di kota pelabuhan Acre.

Pada tahun 1777, dia dianugerahkan jawatan sebagai Emir (Gabenor) wilayah Sidon di Lubnan, dan dia kekal di posisi ini hingga ke akhir hayatnya.

Walaupun pihak pegawai pemerintah di Istanbul agak risau dan takut kepadanya kerana mempercayai bahawa matlamat utamanya adalah untuk memperjuangkan kemerdekaan wilayahnya dari Uthmaniyyah, seperti yang dilakukan oleh bekas pentadbir Mesir, Jazzar Ahmed berjaya mendapatkan jawatan gabenor Damsyik dalam beberapa tempoh yang berbeza, kerjaya terpanjangnya di kedudukan yang dia pertahankan dari 1790 hingga 1795.

Berdasarkan kemampuannya untuk mengalahkan puak Syiah Druze yang memberont*k di selatan Lubnan, dan membekalkan kawalan keselamatan setempat serta memungkinkan aliran cukai yang lancar di Istanbul, Jazzar Ahmed berjaya melakukan yang terbaik untuk Istanbul semasa pentadbirannya, yang kemudiannya terbukti menjadi faktor penting dalam  kemajuan dan perkembangannya.

Walaupun begitu, Empayar Uthmaniyyah tetap berwaspada dan terdapat usaha untuk membebaskan kerajaan dari semua pengaruh Jazzar apabila perlu.

Merasakan dirinya terdedah, Jazzar Ahmed memutuskan untuk kekal berada di kubu kuatnya di Acre walaupun ketika dia diisytiharkan sebagai gabenor Damsyik, tanpa menetap di kota tersebut.

Dalam abad dimana orang-orang Ayyan yang terkenal di peringkat tempatan telah menguasai politik Syria, Jazzar Ahmed, sebagai orang asing bukan berbangsa Arab, tanpa keluarga besar untuk menyokongnya, telah berjaya mempertahankan dirinya dalam mengekalkan kuasa.

Belajar dari kesilapan Zahir al-Omer, Jazzar Ahmed menyedari bahawa dia akan mengekalkan kekuasaan jika dia terus menjalin hubungan baik dengan Sultan dan istana. Dua saingan utamanya dalam pemerintahan di Syria selatan adalah keluarga al-Azm, yang anggotanya sering memenuhi kerusi gabenor Damsyik, keluarga Shihab di pergunungan Lubnan.

Jazzar Ahmed memperoleh kegemilangannya yang terbesar pada tahun 1799 ketika dia berjaya menamatkan pengepungan Acre oleh Napoleon Bonaparte, yang turut dibantu wabak penyakit dalam menghancurkan barisan pengepung Perancis.

KESILAPAN NAPOLEON

Yakin akan memperoleh kejayaan yang lain, setiausaha peribadi Napoleon, Louis Antoine Fauvelet de Bourrienne menulis dalam Memoirs of Napoleon Bonaparte bahawa jeneralnya itu bahkan telah menetapkan tarikh yang tepat untuk menakl*k Acre. Dia memberitahu para pegawainya tarikh tersebut adalah pada 25 April 1799.

Hakikatnya, Napoleon harus melakukan percubaan secara berulang kali untuk menyerbu Acre selama beberapa bulan lagi sebelum memutuskan untuk berundur.

Di Acre, jeneral muda Perancis itu masih belum berusia tiga puluh tahun jika dibandingkan dengan Ahmad Jazzar Pasha yang sudah tua. Pada masa itu Jazzar Pasha telah meningkatkan reputasi dirinya sebagai kekuatan yang boleh diharapkan sebagai sebahagian daripada pentadbir wilayah Empayar Uthmaniyyah.

Jazzar Pasha mencatat rekod dengan kekal memegang jawatan gabenor selama 29 tahun. Dikatakan jawatan ini diperbaharui setiap tahun untuk jangka masa yang panjang, ini membuktikan satu pengiktirafan terhadap kesesuaian dan ketahanannya sebagai pemimpin.

Kedudukannya yang kuat, didorong oleh sistem percukaian yang efektif dan kecekapan dalam pemerintahan, digabungkan pula dengan kesetiaan terhadap Empauar Uthmaniyyah menjadikannya seorang tokoh yang hebat.

Jazzar Pasha mengukuhkan pertahanan kota itu dan sangat bergantung pada pasukan utamanya yang terdiri dari rakan-rakannya yang juga berketurunan Bosniak, Albania dan sahabat-sahabat lain yang setia. Naluri kelangsungan hidupnya selama ini memberinya ‘tuah’ yang baik.

Ketika berusia akhir 70-an, dia akan terlibat dalam pertemp*ran yang akan menentukan warisannya. Mendapat kelebihan dari kepentingan Inggeris yang mahu menghentikan Napoleon ditambah lagi dengan kepentingannya sendiri, Jazzar Pasha mendapat banyak manfaat berkat kebijaksanannya memperoleh sokongan Sir William Sidney Smith.

Jazzar Ahmed Pasha meninggalkan kesan berkekalan terhadap Napoleon. Bourrienne menulis bahawa pada bulan Ogos 1798:

 “Bonaparte ingin membuka rundingan dengan Pasha dari Acre, yang digelar sebagai Pemotong Daging. Dia menawarkan Djezzar jalinan persahabatan, meminta balasannya, dan memberinya jaminan saguhati akan keselamatan pemerintahannya … Tetapi Djezzar, yang mempercayai kekuatannya sendiri dan dalam perlindungan orang Inggeris, yang telah menantikan Bonaparte, memekakkan telinga untuk terhadap setiap tawaran, dan bahkan tidak mahu menerima Beauvoisin, yang dihantar kepadanya sebagai utusan pada 22 Ogos. Menjadikannya utusan kedua yang dipenggal kepalanya di Acre. “

Setiausaha peribadi Napoleon itu turut mencatatkan ketakutan ancaman yang dirasakan oleh Napoleon, “untuk baki tahun ini (1798) Bonaparte tidak takut apa-apa pun kecuali ekspedisi dari Gaza dan El-Arish, di mana pasukan Djezzar telah pun mengambil alih.”

Mungkin catatan yang paling terkenal adalah cita-cita Napoleon yang dinyatakan kepada setiausahanya yang sama setelah percubaan lain yang gagal untuk menawan Acre pada 8 Mei 1799:

“Sekiranya saya berjaya, seperti yang saya harapkan, saya akan menemui harta karun di dalam kota pasha, dan bekalkan senjata untuk 300,000 tentera, saya kemudian akan mara menuju Damsyik dan Aleppo. Saya akan tiba di Konstantinopel dengan sejumlah besar tentera. Saya akan menjatuhkan kerajaan Turki, dan mengasaskan sebuah kerajaan baru lagi agung di Timur, yang akan meletakkan tempat saya sebaris dalam catatan keturunan saya.”

Kenyataan serupa dicatatkan oleh Emmanuel-Auguste-Dieudonné Las Cases dalam Memoirs of the Life, Exile, and Conversations of the Emperor Napoleon (Vol. II) yang telah Napoleon nyatakan “Memiliki St Jean d’Acre, tentera Perancis akan terbang ke Damsyik dan Aleppo. Saya seharusnya tiba ke Konstantinopel dan India;  Saya wajar mengubah wajah dunia.”

Pendirian Jazzar Ahmed Pasha yang keras dan melawan hingga berjaya di Acre bukan sahaja menghentikan kemaraan Napoleon ke Damsyik dan Konstantinopel, tetapi juga mengakhiri impian Napoleon mahu menubuhkan sebuah kerajaan di Timur.

Kempen ketenteraan Napoleon berikutnya, walaupun akhirnya mengakibatkan kegagalan, ia meletakkan dia di tempat yang paling diinginkannya dalam catatan keturunan.  Tetapi jauh sebelum Rusia dan Waterloo, Napoleon terlebih dahulu diberikan pengajaran sehingga berundur terlalu awal oleh komander Uthmaniyyah kelahiran Bosniak.

Jeneral Perancis itu percaya bahawa Empayar Uthmaniyyah akan memberikan penentangan yang lebih kuat daripada di Mesir. Tetapi Jazzar Ahmed nekad menolak untuk menyerah. Di samping itu, sokongan dari Angkatan Laut Inggeris menyebabkan pasukan Napoleon menghadapi kesukaran di lautan, sekaligus mengganggu mereka di Mediteranean timur.

Napoleon terpaksa mempertimbangkan semula rancangannya untuk menakl*k Timur Tengah dan akhirnya kembali ke Mesir bersama tenteranya. Napoleon pergi tidak lama setelah berjaya menyer*ng Syria dan kembali ke Mesir, tetapi pasukannya kekal menduduki Mesir hingga tahun 1801, apabila pasukan gabungan tentera Inggeris-Uthmaniyyah menang selepas penyerahan kalah Napoleon.

Hari ini di Akka (Acre), terdapat Wakaf dan Masjid Jazzar Ahmed Pasha untuk mengenang jasa Jazzar Ahmed Pasha dan banyak rujukan serta tinggalan berkaitan peristiwa pada tahun 1799 itu.

Antaranya adalah meriam yang digunakan dalam mempertahankan Acre pada tahun 1799 dijadikan sebagai tugu peringatan untuk Pertemp*ran Acre di antara Jazzar Ahmed Pasha dan Napoleon Bonapart.

 


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

•MALAY• •MUSLIM• •TERENGGANU• •NATIONALIST• •CONSERVATIVE•

Comments are closed.