Jumaat dah diumumkan sebagai Hari Jawi. Sempena Hari Jawi ni, aku kongsikan “Malay Grammar” ditulis oleh Windstedt, ketika menjadi DO Kuala Pilah pada 1913.

British sedar yang orang Melayu tidak boleh dikuasai dengan kekerasan dan senjata kerana orang Melayu tidak gemar dan amat benci disuruh-suruh dan dipaksa.

Maka untuk memenangi hati orang Melayu, British tidak ada jalan lain melainkan dengan menguasai Bahasa Melayu

Jadi untuk seorang pegawai British berkhidmat di Tanah Melayu, mereka wajib lulus peperiksaan Bahasa Melayu yang merupakan bahasa rasmi bagi urustadbir kerajaan kolonial di Tanah Melayu ketika itu.

Hanya pegawai British yang elit sahaja yang dihantar ke Tanah Melayu.

Di bawah ialah tawaran perkhidmatan kerajaan yang disampaikan dalam Warta Kerajaan Negeri-negeri Selat yang meletakkan syarat ketat berkenaan penguasaan Bahasa Melayu dan Sulalatus Salatin atau Sejarah Melayu di kalangan kakitangan awam mereka ketika itu.

Windstedt kemudiannya menulis buku panduan ini untuk memudahkan pegawai British yang datang ke Tanah Melayu untuk fasih bertutur Bahasa Melayu dan menulis dalam Jawi.

Tanah Melayu ketika itu dianggap sebagai koloni istimewa. Hanya pegawai elit sahaja yang terpilih ke sini.

Ia merupakan panduan awal piawai dan diedarkan kepada semua pegawai British Malaya semasa Pra dan Pasca Jepun yang ditugaskan sebagai penjawat awam di Tanah Melayu. Ia adalah panduan bahasa rasmi British Malaya.

Ia mengajar tatabahasa Melayu, etimologi dan evolusi Jawi-Rumi merangkumi ejaan, nahu sebutan, dan hukum penulisan, sapaan dan lain-lain dalam Bahasa Melayu dengan ejaan Jawi dan Rumi. Ia dipermudahkan dengan struktur buku yang sepadan dengan hukum tatabahasa dalam Inggeris.

Lebih menarik, buku panduan oleh Windstedt ini turut memberi panduan menulis surat kepada pembesar dan juga surat cinta!

Contoh-contoh ayat yang digunakan di dalam handbook ini selain diambil dari buku panduan terdahulu, ia turut menggunakan ayat-ayat dari hikayat-hikayat Melayu terkenal seperti Hikayat Hang Tuah, Sulalatus Salatin, Hikayat Awang Sulong Merah Muda dan Bustan As-Salatin.

Namun, ada pegawai British lain yang telah lebih awal lagu menulis buku panduan dengan fungsi yang sama. Misalnya di bawah, “Dictionary of the Malay Tounge” oleh James Howison M.D. 1801.

Dulu, berebut mat salleh belajar Bahasa Melayu dan Jawi ni. Sanggup tersimpul-simpul lidah dia.

Sekarang kau cuba baca pantun di bawah ni. Berbelit kan?

Sememangnya, Bahasa Melayu dan tulisan Jawi adalah salah satu “senjata” penting British bagi memenangi hati dan fikiran orang Melayu menerima kehadiran mereka ke Tanah Melayu.

Jadi tanyalah kepada diri sendiri, sejauh manakah kita menguasai Bahasa Melayu dan Tulisan Jawi?


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Pensyarah yang minatnya pada sejarah dan warisan Melayu. Membaca kerana hobi dan menulis kembali untuk terus berkongsi.

Comments are closed.