Selalu kita dengar lagu “Tanya sama itu Hud Hud” ciptaan M Nasir. Permulaan Lagu ditulis lirik:

Tujuh puluh tiga pintu, Tujuh puluh tiga jalan, Yang sampai hanya satu jalan

Semua tahu, bait di atas merujuk kepada hadis umat islam yang berpecah kepada tujuh puluh tiga puak, dan hanya satu sahaja masuk syurga. Tapi persolan dari seluruh isi lagu, apa yang kita nak tanya sama itu HUD HUD?

Atau apakah jawapan sebenar yang kita mahu dari kisah Burung Hud-Hud?

Bagi yang belum tahu, Hud-Hud ni adalah seekor burung pelatuk yang boleh terbang bebas ke sana ke mari dengan riang gembira menyusur angin lalu hingap sesuka hati sambil bersiul siul seloka riang,

Alkisahnya, pada zaman dahulu.. ada seorang Nabi yang sangat hebat akan kerajaannya, yang mana mampu menundukkan jin dan semua binatang, juga boleh perintahkan angin dan segala jenis makhluk untuk berbakti kepadanya, malahan boleh berdialog dengan binatang. Itulah dia kerajaan agung Nabi Sulaiman A.S

Pendek cerita, setelah Nabi Sulaiman a.s membangunkan Baitulmaqdis dan melakukan ibadah haji, maka berpergianlah baginda meneruskan perjalannya ke Yaman. Setibanya di San’a – ibu kota Yeman , baginda memanggil burung hud-hud untuk disuruh mencari sumber air di tempat yang kering tandus itu.

Tapi burung hud-hud yang dipanggilnya itu tidak datang segera. Hanya menjelang kemurkaan Nabi Sulaiman a.s. lantas mengancam akan menghukum burung Hud-hud yang tidak hadir itu jika tiada alasan yang kukuh. Arakian, tibalah burung Hud-hud yang lambat tiba itu didepan Nabi Sulaiman lalu berkata sambil menundukkan kepala ketakutan:

“Ketika aku terbang, aku telah menemukan sesuatu yang sangat penting untuk diketahui oleh Tuan. Aku telah menemukan sebuah kerajaan yang besar dan mewah di negeri Saba yang dikuasai dan diperintah oleh seorang Permasuri. Aku melihat seorang Ratu itu duduk di atas sebuah tahta yang megah bertaburkan permata yang berkilauan. Aku melihat ratu dan rakyatnya bersujud kepada matahari dikala terbit dan terbenam..”

Lalu nabi Sulaiman a.s berkata kepada Hud-hud:

“Baiklah, kali ini aku ampuni dosamu kerana berita yang engkau bawakan ini penting, maka sekarang aku perintahkan engkau pergi hantar suratku kepada Ratu itu dan lemparkanlah ke dalam istana ratu yang engkau maksudkan itu, kemudian kembalilah secepat-cepatnya, sambil kami menanti perkembangan selanjutnya bagaimana jawapan ratu Saba atas suratku ini.”

Hud-hud pun terbang kembali menuju Saba dan setibanya di atas istana kerajaan Saba dilemparkanlah surat Nabi Sulaiman a.s tepat di depan ratu Balqis yang sedang duduk dengan megah di atas tahtanya. Lantas terkejut manusia si ratu melihat sepucuk surat jatuh dari udara tepat di depan wajahnya.

Sungguh kurang ajar, manusia ke binatang punya kerja ni?

Bila Ratu melihat ke atas tak nampak apa apa pun.

Kemudian diambillah surat itu oleh ratu, dibuka dan baca isinya yang berbunyi:

“Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Penyayang, surat ini adalah daripada-Ku, Sulaiman. Janganlah kamu bersikap sombong terhadapku dan menganggap dirimu lebih tinggi daripadaku. Datanglah sekalian kepadaku berserah diri.”

Pendek cerita, Ratu Balqis akhirnya tunduk kepada Nabi Sulaiman a.s yang mempunyai kerajaan yang luas ke atas manusia , jin dan binatang-binatang, itupun setelah salah seorang pengikut nabi sulaiman a.s menunjukkan kekuatannya mengalihkan istana tahta Ratu Balqis dalam sekerdip kelipan mata.

Pling!

Aku tamatkan cerita Hud hud, Nabi dan Ratu itu, sebab the rest is history

Persoalanya di sini adalah, apa kita nak Tanya sama itu HUD HUD?

Bagi aku, soalannya berbunyi begini:

Kepada burung HUD HUD..

Kenapa engkau yang terbang sekejap tinggi dan sekejap rendah di perintah oleh Nabi Sulaiman untuk berjumpa dengan ratu Balqis menyampaikan perutusan baginda? Padahal sepatutnya nabi sulaiman perintahkan JIN Ifrit yang boleh terbang sekelip mata, tapi kenapa disuruhnya engkau? Kenapa Nabi Sulaiman tak suruh tenteranya yang jauh lebih hebat dari kau untuk pergi jumpa Ratu Balqis? Kenapa Baginda suruh kau yang kecik dan lemah ini. Kenapa? Kenapa?

Tak faham aku!

Maka aku pun bertanya kepada BUZNAMA – (berita dari ustaz yang aku tak ingat namanya).

Jawapanya adalah:

Apabila seseorang itu ada perasaan risau atas nasib seseorang yang lain, terutamanya nasib mereka di akhirat kelak, maka Allah akan ambil KERJA darinya, atau Allah akan ‘guna’kan orang yang ada fikir risau ini sebagai asbab hidayah.

Dalam kes ini, walaupun seekor burung hud hud yang terbang sekejap tinggi dan sekejap rendah, tapi oleh kerana si burung ini ada perasaan risau atas umat, yang mana bila melihat satu kaum yang menyembah matahari maka dia lekas lepas bagitahu kepada raja Sulamain a.s.

Maka di sini, Allah telah gunakan burung Hud-Hud lagi sekali untuk hantar surat kepada Balqis kerana hanya burung hud hud yang layak dengan tugas itu kerana KERJA akan di ambil dari Allah ke atas makhluknya bila ada perasaan risau, bukan diukur daripada bakat dan kelayakkan..

Sebab tu jika kita rujuk sejarah sahabat Nabi SAW, kebanyakkan sahabat datang dari golongan hamba abdi, orang miskin dan musafir. Kenapa?

Kenapa Allah tak pilih Abu Jahal atau Abu Lahab yang lebih berpengaruh untuk bantu Nabi SAW?

Jawapan:- Kerana mereka (Abu jahal atau Abu lahab) tak ada perasaan risau seperti Bilal RA, Sumayah RA dan sahabat yang lain.

Begitulah adilnya Allah, untuk memajukan agama, semua orang layak membuat dakwah dengan syarat ada perasaan risau atas umat..

Malah dalam Pertempuran Khandak, Huzaifah telah ditugaskan sebagai pengintip pada malam yang sejuk, sedangkan beliau tiada langsung baju menutup badan,selain sepasang kain.

Di sini jelas menunjukkan Allah akan GUNA kita untuk Bantu AGAMA Allah, hanya apabila kita ada fikir risau atas umat tak kira apapun status kita.

Walaupun kalian ialah seorang hamba abdi, pekerja kilang, bekas penagih dadah, tidak berstatus ustaz atau ulamak, seorang penyanyi, penulis, doesn’t matter what, asalkan korang ada rasa risau atas umat, sedih melihat ummat derhaka kepada ALLAh, maka di saat itu ALLAH akan GUNAKAN kalian untuk bantu Agama Allah. Isya-Allah..

Macam burung HUD HUD yang ada perasaan risau melihat Ratu Balqis dan rakyatnya menyembah Matahari, maka Allah akan GUNA burung ini sebagai ASBAB hidayat dan Allah telah rakam peristiwa ini dalam kitab yang paling mulia, iaitu Al Quran yang akan di baca oleh manusia dan jin sampai hari kiamat.

Jadi renungkan diri, Burung HUD HUD yang kecil pun Allah pilih untuk ambil kerja agama kerana ada fikir risau atas umat, sedangkan kita, macam-macam bakat yang kita miliki, usahkan dipilih Allah untuk berdakwah, solat berjemaah pun tak terpilih.

Adohai…

Malulah korang pada burung Hud Hud yang namanya disebut dalam Al quran.

Now shame on you. (and me too)


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Hamka keretamayat adalah seorang penulis, penceramah bebas, pembuat tanjak. Sudah tiga belas buah buku pelbagai tajuk di tulis oleh beliau seperti: Kisah Laki Bini, Kerana Dia Anak Syurga, Menangkap Dajjal DiWaktu Dhuha, Permata Yang Hilang Kini Dijumpai, Mengeteh DI Kubur Ayah dan banyak lagi. Untuk kenali Hamka Keretamayat secara lebih dekat, boleh godek godek atau follow link ini: Youtube Channel https://www.youtube.com/user/HamkaMayat. (YouTube) FB Page https://www.facebook.com/keretamayat/ (Facebook Page) IG https://www.instagram.com/hamka_keretamayat/ (Instagram) Blog http://keretamayat.blogspot.com/ (Blog) Telegram https://t.me/keretamayat (Telegram) Terima kasih sudi follow, walau hakikatnya, kereta mayat sedang follow anda semua. Woha!

Comments are closed.