Pada tahun 1950 di Bjældskovdal, Denmark, sebuah panggilan diterima oleh balai polis di situ tentang kewujudan m4y4t yang dijumpai oleh adik beradik Højgaard, Viggo dan Emil berserta isteri Viggo, Grethe. Menurut saksi, Grethe mengadu bahawa dia merasakan ada sesuatu yang pelik di kawasan paya berkenaan dan mula menggali sehinggalah dia dapat merasakan kepala m4y4t berkenaan.

Semasa m4y4t tersebut dijumpai, rupa parasnya masih sempurna. Oleh sebab itu, mereka berpendapat m4y4t itu berkemungkinan besar baru sahaja dibunuh.

Semasa m4y4t itu dibedah, organnya seperti jantung dan hati juga masih sempurna. Jadi, memang betul lah kan baru m4ti?

Tak juga. Pentarikhan radiokarbon menyanggah pendapat tersebut. M4y4t itu sebenarnya sudah berusia lebih 2000 tahun. Memperkenalkan, jasad paya Lelaki Tollund.

Macam mana m4y4t yang dah lama macam tu boleh tak reput dan masih nampak segar?

Jawapannya terletak pada keadaan paya tu sendiri.

Paya yang dimaksudkan di sini ialah paya air tawar, bukan paya air masin. Bila kita sebut paya air tawar, mesti semua terbayang baunya yang tak enak. Itu sebenarnya bau reputan bahagian tumbuh tumbuhan yang dah m4ti.

Sebab itulah kalau perasan, paya jenis ni banyak reranting dan dedaun yang tenggelam dalam lopak lopak air mereka. Perkara ini juga menyebabkan rumput dan tumbuh tumbuhan lain tak boleh hidup di paya – kawasan tu kawasan bertoksik.

Selepas reranting dan dedaun tu semua tenggelam, bakteria akan mereputkan bahan bahan ini menjadi makanan. Perkara ini menyebabkan gas gas metana terhasil dan inilah punca bau busuk tersebut. Di Eropah, tindak balas kimia gas ini di waktu malam telah mewujudkan mitos will o wisp. Pereputan bahan bahan ini oleh bakteria juga telah mewujudkan kimia sampingan – asid.

Kalau setakat sedikit sahaja asidnya tu tak mengapa. Namun, jumlah bahan organik yang tenggelam dalam lopak paya adalah banyak dan ini memberi bakteria tersebut makanan yang banyak. Jadi, tak hairanlah kadar asid di kawasan paya air tawar ini agak rendah. Bagi paya di kawasan Lelaki Tollund, sumber utama bahan reput dan asid tersebut ialah lumut.

Tapi, apa kaitan asid ni dengan jasad paya Lelaki Tollund?

Bakteria ni, bergantung pada spesis masing masing, bukan semua tempat dia boleh hidup. Bakteria yang hidup di kawasan berais tak boleh hidup di Malaysia sebab panas sangat. Sama juga dengan bakteria bawah laut yang tak boleh hidup di kawasan permukaan air. Bagi Lelaki Tollund, jasadnya tak mereput kerana bakteria yang bertanggungjawab dalam mereputkan bangkai tak mampu hidup di kawasan berasid. Bakteria yang mereputkan bahan organik macam kayu tu pula tak boleh reputkan daging bangkai. Jadi, jasad itu dijerukkan oleh paya dalam keadaan yang masih sempurna.

Ya, konsep jeruk jasad paya ni sama macam konsep jeruk timun yang anda makan.

RUJUKAN:

Dell’Amore, Christine (July 18, 2014). “Who Were the Ancient Bog Mummies? Surprising New Clues”. National Geographic.

Silkeborg Public Library; Silkeborg Museum (2004). “A Body Appears”. The Tollund Man – A Face from Prehistoric Denmark. Silkeborg Public Library. Archived from the original on 9 December 2013. Retrieved 22 September 2007.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Alkisah diceritakan tentang pemuda, yang berdua tiadalah bertiga, yang berjasad dan bertumbuh, juga mempunyai sahabat dalam tubuh. Sebagai seorang pelajar Bioteknologi di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia Kuantan, Ammar dan sahabatnya, A sentiasa berganding bahu dalam mencari erti kewujudan alam, cuba mengkagumi ciptaan Tuhan melalui kaca mata sains biologi dan falsafah. Impian terbesar mereka adalah untuk menghampiri Ilmu Mutlak, kerana akal yang tak berisi tiadalah dibau kasturi, melainkan debu nista yang berbau jebat.

Comments are closed.