Jarum Cleopatra merupakan nama yang diberikan kepada tiga buah menara obelisk Mesir Purba yang masing-masing pada hari ini berdiri di New York City, London, dan Paris. Menara-menara ini bagaimanapun tidaklah dibina pada tempat yang sama.

Ia juga pada asalnya bukanlah dibina khusus untuk Ratu Cleopatra, sekadar meminjam namanya yang elegan di samping kecantikan dan hubungan ratu Mesir itu dengan tamadun Rom. Walaupun jarang diceritakan, setiap menara ini menyimpan kisah tersendiri yang tidak kurang menarik.

Kedua-dua menara obelisk di New York dan London diperbuat daripada batu granit merah yang dilombong dari kuari-kuari Aswan, dengan ukuran tingginya mencecah sehingga 21 meter. Ia dibina pada tahun 1,450 SM di kota Heliopolis sebagai dedikasi buat Firaun Thutmose III (1481-1425 SM).

Sementara itu, obelisk di Paris yang turut dikenali sebagai Obelisk Luxor pula diperbuat daripada batu granit kuning. Tahun pembinaannya dianggakan sekitar 3,000 tahun lalu, dengan lokasi asalnya terletak di Kuil Luxor, Mesir yang masih menempatkan menara kembarnya. Obelisk Paris berdiri setinggi 23 meter. Ketiga-tiga obelisk ini berkongsi satu persamaan di mana ia mengandungi hieroglif-hieroglif yang memuliakan Ramses II (firaun yang sebahagian sejarahwan namakan sebagai firaun zaman Nabi Musa).

Obelisk yang masih berdiri di Kuil Luxor, Mesir

JARUM CLEOPATRA DI NEW YORK

Menara obelisk ini didirikan di Central Park pada tanggal 22 Februari 1881. Ia dihadiahkan oleh Kerajaan Mesir kepada Konsulat Jeneral Amerika Syarikat yang berpangkalan di Kaherah sebagai menghargai sikap neutral yang diambil oleh negara Uncle Sam itu di waktu Great Britain dan Perancis masing-masing menya.sarkan se.ra.ngan ke atas Mesir. Menara ini juga menjadi token penghargaan kerana membantu membina Terusan Suez.

Pada zaman silam, menara ini pernah dipindahkan – dari Heliopolis ke Alexandria sekitar tahun 12 Sebelum Masehi. Di sana, ia didirikan di sebuah kuil yang dibina oleh Cleopatra khusus untuk Marc Antony. Beberapa waktu kemudian, menara ini diselubungi pepasir – hikmahnya, inskripsi hieroglif yang diukir padanya dapat terpelihara untuk diselidik oleh pakar-pakar moden.

Obelisk Central Park sewaktu masih di Alenxadria sebelum dipindahkan ke New York

 Tiga milenium lamanya, tinggalan firaun-firaun Mesir ini terpelihara rapi. Namun malangnya, menara ini kurang diselanggara sepanjang keberadaannya di Amerika Syarikat. Kulat demi kulat mula kelihatan, di samping tulisan-tulisan hieroglifnya pula semakin pudar – dipercayai akibat hujan, salji, dan udara di New York yang agak terce.mar.

Keadaan ini membuatkan Zahi Hawass, bekas menteri Jabatan Tertinggi Barangan Antik Mesir mengeluarkan kenyataan ke.ras pada tahun 2011 untuk mengambil semula menara berkenaan jika ia tidak dipelihara. Tulis beliau, “Kalau Lembaga Pemeliharaan Central Park dan Bandar New York tidak mampu memelihara menara ini dengan baik, saya akan mengambil langkah-langkah perlu bagi membawanya pulang ke tempat asalnya.”

Susulannya, majlis perbandaran New York memperuntukkan sebanyak $500,000 (RM 2,066,750) untuk membaik pulih menara obelisk berkenaan.

MENARA OBELISK DI LONDON

Jarum Cleopatra di London ditempatkan berhampiran Jambatan Jubli Emas dii Victoria Embankment, Sungai Thames. Monumen ini diberikan oleh Muhammad Ali, pemerintah Mesir dan Sudan kepada United Kingdom pada tahun 1819 bagi memperingati kemenangan British dalam Pertem.puran Sungai Nil (1798) dan Pertem.puran Alexandria (1801).

Kerajaan British bagaimanapun enggan membiayai belanja pengangkutan yang amat mahal. Maka, menara yang dihadiahkan ini ditinggalkan sahaja di Mesir. Pada tahun 1877, barulah Sir William James Erasmus Wilson menaja pengangkutan Jarum Cleopatra ke England yang menelan belanja sebanyak £10,000 (RM 57,483).

Kapal pengangkut menara obelisk

Sesampai di England, menara ini didirikan di Thames pada tahun 1878 bersama dua tugu sphinx mengapit mengawalinya. Kira-kira 3,500 tahun lamanya obelisk ini menggagahi pelbagai anca.man, ia hampir mus.nah sewaktu Pe.rang Dunia Pertama. Sebutir b.o.m Jerman mendarat berhampiran monumen ini pada 4 September 1917. Mujur, hanya kekaki obelisk dan dua tugu sphinx di kiri-kanannya sahaja yang mus.nah. Kero.sakan ini sengaja dibiarkan dan sebuah plak peringatan diletakkan bagi memperingati kejadian berkenaan.

Namun, ia mengundang keca.man Zahi Hawass pada tahun 2018. Membalas kri.tikan tersebut, Lembaga Kabinet Alam Sekitar dan Pengurusan Bandar Westminster menyatakan yang kebajikan menara berkenaan sama sekali tidak diabaikan. Kerja-kerja pembersihan dan penyelenggaraan masih tetap dilakukan, walaupun kesan-kesan pengeb.o.man dibiarkan sebagai kenang-kenangan.

OBELISK DI PARIS

Menara Obelisk di Paris turut dikenali dengan nama Obelisk Luxor. Ia berdiri di tengah-tengah Place de la Concorde, Paris. Obelisk ini juga dihadiahkan oleh Muhammad Ali kepada Perancis. Cuma bezanya, Perancis tidak banyak songeh dalam mengendalikan urusan pengangkutan monumen berkenaan. Pada tanggal 25 Oktober 1836, Obelisk Luxor didirikan semula oleh Raja Louis-Phillipe di Place de la Concorde.

Kekaki menara ini pada asalnya dibina untuk menampung tugu Raja Louis XVI. Namun, tugu berkenaan mus.nah sewaktu Revolusi 1830 (disebut sebagai Re.vo.lusi Julai). Binaan asal Obelisk Luxor dilengkapi dengan kekaki yang bercirikan 16 patung babun yang sedang mengawan. Memandangkan ia kurang sesuai untuk khalayak Perancis, maka ia dibu.ang daripada Obelisk dan sekadar dipamerkan di Muzium Louvre.

Obelisk Central Park sewaktu masih di Alenxadria sebelum dipindahkan ke New York

Di samping kekaki asal, Obelisk Luxor turut kehilangan mercu emasnya (pyramidion) yang dicu.ri pada kurun ke-6 SM. Oleh kerana itu, kerajaan Perancis pada tahun 1998 menggantikannya dengan mercu daun emas.

Walaupun tidak lagi berdiri di lokasi asalnya, ketiga-tiga obelisk ini megah mencakar langit di dua benua barat sebagai mercu kebudayaan tamadun Mesir Purba yang dipusakakan sejak ribuan tahun dahulu.

TERJEMAHAN
Kerry Sullivan. (6 Mei 2020). Cleopatra’s Needle: The Story Behind Three Awe-Inspiring Obelisks. Ancient Origins.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Pencinta bahasa ibunda dan sejarah dunia. Amir Zayyanid merupakan seorang penulis dan penterjemah bebas yang menyimpan impian mahu menabur bakti kepada anak pertiwi menerusi pendokumentasian sebanyak mungkin bahan bacaan, sama ada fiksi mahupun bukan-fiksi.

Comments are closed.