Aku nak pertahankan sahabat aku ni sebab aku tengok ramai yang tak mampu nak hadam apa yang diperkatakan oleh beliau. Banyak betul yang menyerang kenyataan beliau tanpa memahami konteks yang mahu dipersembahkan. Jadi, baca elok-elok apa yang aku nak bahaskan ini.

Sejak kebelakangan ni, ramai betul orang allergic dengan nama Tanah Melayu. Mereka tidak bersetuju dengan nama ini sedangkan sejak sekian lama lagi, tanah di sekitar Nusantara disebut sebagai Tanah Melayu ni sejak ratusan, malah ribuan tahun lagi.

Tomé Pires yang tinggal di Melaka sejak tahun 1512 hingga tahun 1515 merujuknya tempat Sultan Melaka menubuhkan kerajaan sementara selepas kejatuhan kerajaannya di Sumatera Timur sebagai Terra de Tana Malaio . Nama tanah Melayu juga disebut dalam Hikayat Hang Tuah iaitu sewaktu Hang Tuah ditanya ke manakah beliau akan pergi setelah dihalau keluar dari Melaka dan bersiap untuk merantau ke Inderapura.

Mpu Prapanca, seorang pemuisi Jawa di kraton Majapahit melalui karyanya bertajuk Desawarnama (1365) telah menyenaraikan daerah-daerah yang dikenal pasti sebagai tanah orang Melayu iaitu Jambi, Palembang, Minangkabau, Siak, Kampar, Rokan, Pane, Kampe, Aru, Mandaileng, Tumiang, Perlak, Samudra, Lamuri, Barus di Sumatera dan Langkasuka, Kedah, Kelantan serta Pahang di Semenanjung Tanah Melayu.

Sebuah kerajaan Jawa bernama Singhasari (1222-1292) pernah melakukan ekpedisi untuk menundukkan sisa-sisa empayar Melayu Srivijaya melalui Dinasti Mauli, dan ekpedisi itu dinamakan Ekpedisi Pamalayu. Dinasti Yuan (1271–1368) merujuk kepada Semenanjung Tanah Melayu yang diancam oleh dasar perluasan kuasa Ram Khamhaeng dari Sukothai sebagai Ma-li-yu-er. Catatan dari Marco Polo juga merujuk kepada sebuah tempat di Nusantara ini sebagai Malauir yang dipercayai merujuk kepada Semenanjung Tanah Melayu.

Dalam prasasti yang memahatkan kisah ekpedisi Singhasari yang diarahkan oleh raja yang bernama Kertanegara ini, ada bait-bait yang harus dikenang oleh bangsa Melayu – nama bangsa ini sudah masyhur sehingga terpahat pada batu bersurat. Berikut merupakan petikan daripada prasasti yang bertarikh 1286 Masihi itu.

‘Semoga hadiah itu membuat gembira segenap rakyat di bhūmi mālayu…’ (Prasasti Padang Roco)

Tahukah anda bahawa di Indonesia sendiri nama “Melayunesia” pernah diperkira untuk digunakan berbanding Indonesia? Nampak kan betapa besarnya nama Melayu ini dalam sejarah? Dan kemudian, sebelum Malaysia digunakan, nama Tanah Melayu atau Malaya dalam Bahasa Inggeris digunakan merujuk kepada negara ini! Fakta menarik, Dr Burhanuddin Al Helmy dan Dato Onn pernah senada dalam mencadangkan MELAYU sebagai nama kebangsaan Tanah Melayu?

Bahkan negara China sendiri ada istilah yang spesisfik merujuk kepada negara mereka sebagai “tanah berdirinya Peradaban Orang Cina” manakala nama lain untuk Korea ialah Hanguk (한국) yang membawa maksud “negara Han” yang merujuk kepada kerajaan purba Korea ketika zaman Tiga Kerajaan Korea iaitu Samhan, yang secara tidak langsung membawa maksud “negara bangsa Korea”. Tanah seperti England, Thailand, dan seumpama dengannya masih lagi bangga mengekalkan nama bangsa pembuka negara tersebut seperti Inggeris dan Thai.

Jadi, kata-kata sahabat aku ini harus diletakkan dalam konteks sejarah juga. Betapa dalam sejarah, tanah ini sudah dikenali sebagai Tanah Melayu dan Bumi Melayu. Jadi, apakah salah apabila kita menggunakan istilah Tanah Melayu dan Bumi Melayu merujuk kepada tanah bertuah ini?

Sudah tentulah sahabat aku ini menggunakan istilah Tuhan telah memberikan tanah ini kepada setiap bangsa. Kerana kami orang Islam percaya bahawa semua di bumi ini ialah hak milik Tuhan dan TUHAN pinjamkan kepada manusia untuk diuruskan. Sebab itu dalam Islam, manusia dianggap sebagai khalifah iaitu memimpin dan menguruskan bumi ini. Melayu ialah khalifah di tanah ini sejak zaman berzaman. Sejak 2500 tahun yang lalu lagi! Jadi, apakah salahnya dengan istilah ini?

Dan ya, aku senada dengan beliau mengenai isu Bangsa Melayu ini. Aku dan beliau berkongsi ketakutan jati diri Bangsa Melayu itu akan hilang merangkumi Bangsa Malaysia sebab suasana Malaysia Baharu tidak menjamin akar Melayu itu terjaga dalam susana bangsa Malaysia. Lihatlah kalian yang berpencak seperti mambang sumbang bila bercakap mengenai Tanah Melayu! Lihat bagaimana gesaan-gesaan di alam maya yang menyeru supaya kita semua jangan lagi berbangsa Melayu, tetapi berbangsa Malaysia!

Rujukan: 

Md. Salleh Yaapar. (2014) Peri Nama, Asal Usul dan Identiti Melayu: Ke arah Pencerahan yang Dinantikan. Dewan Bahasa Dan Pustaka

Hui-Ching Chang; et al. (2014). Language, Politics, and Identity in Taiwan: Naming China, Routledge Research on Taiwan. Abingdon: Routledge

Ramlah Adam. (1996) Burhanuddin Al Helmy, Suatu Kemelut Politik. Dewan Bahasa Dan Pustaka


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Merupakan penulis prolifik yang kini sudah memiliki 16 buah buku (setakat Mac 2021). Merupakan pengasas bersama The Patriots, dan memegang jawatan Chief Content Officer untuk Patriots Holding Sdn Bhd. Impian terbesarnya ialah melihat sebuah Baitul Hikmah versi Tamadun Melayu, yang mengumpulkan para genius dari segala bidang, dibawah satu bumbung akademik dan mengabadikan seluruh kehidupan mereka hanya pada ilmu!

Comments are closed.