1. Ini ialah perbandingan tidak masuk akal. Pada zaman segregation di USA, bukan sebuah universiti sahaja yang terhad untuk kulit putih, tetapi kebanyakan universiti dan sekolah awam dihadkan penyertaan mereka untuk kulit hitam. Apabila kulit hitam membuka sekolah mereka tersendiri, dihadkan pula dana-dana kerajaan untuk mereka. Dalam UiTM ini ada berpuluh etnik, kecuali Cina dan India, maka janganlah disamakan UiTM dengan mat saleh perkauman yang hadkan semua tempat belajar di sana untuk satu bangsa ja.

2. Selain itu, pekerjaan, pengangkutan awam (terdapat koj untuk kulit putih dan hitam), restoren, pekerjaaan bahkan tandas turut dihadkan untuk kulit hitam. Siap ada undang-undang yang suruh setiap rakyat depa patuh dasar segregation ini. Hangpa ada nampak orang Melayu dan Bumiputera lain buat benda macam ni?

3. Bahkan pada waktu ketika dalam gambar ini, dalam tentera pun orang kulit putih dan kulit hitam dipisahkan unit mereka. Tapi yang celakanya kulit putih tetap mengetuai kulit hitam untuk unit tersebut. Di Malaysia, orang bukan Melayu dan Bumi siap boleh jadi Ketua Polis, boleh jawat jawatan tinggi dalam tentera, siap kami suruh hangpa bukan Melayu dan Bumiputera lain masuk ATM dan POLIS, dengan berkempen lagi, tapi hangpa buat tak tau ja.

4. Apa yang kami mintak ialah jangan kacau hak kami iaitu UiTM yang tertakluk dalam perlembagaan. Yang lain hangpa nak rebut sesama hangpa, dipersilakan. UiTM ialah hak kami sebagai pribumi yang kami minta dulu yang dipersetujui oleh nenek moyang hangpa di atas pertukaran dengan kerakyatan sebagai rakyat Malaysia atau tanah Melayu pada waktu itu.

5. Kami tak kacau hak hangpa untuk buka sekolah berdasarkan kaum. Kami tak kacau hangpa nak import dasar pendidikan dari negara besar macam China untuk hangpa gunakan didik anak bangsa kalian walau kalian dah duduk sini 60 tahun jadi rakyat Malaysia, tapi masih ketegaq nak pilih pendidikan dari negara luar.

6. Kami tak pernah halang hangpa nak nikmati kekayaan sumber bumi di Malaysia sampai betapa dalam TOP 50 orang terkaya di Malaysia adalah orang 90 peratus daripadanya ialah daripada bukan Melayu. Kami cuma minta agar janganlah dikacau “portion” sikit yang disimpan perlembagaan untuk kami. Bagi kami ada tak senarai 50 orang kulit hitam yang terkaya pada zaman dalam gambar tu?

7. Kami tak pernah kacau sesuka hati mak bapak hangpa semua dok buat “mandarin speaker only” padahal kami semua tahu double meaning untuk piawaian mintak kerja itu bermaksud hangpa memang tak mau bangsa lain dah duduk kerja dengan hangpa.

8. Kami tak pernah bising bagaimana majikan-majikan seperti hangpa bubuh gaji beza ke atas kami, atau prejudis pada warna kulit kami waktu IV mintak kerja, atau menghalang kami untuk solat jumaat hanya atas nama kerja.

9. Habaq mai kat kami, apakah ini yang berlaku pada zaman segregation dan Jim Crow di USA sehinggalah awal 50-an sehingga 70-an dulu sama macam negara kita? Di Malaysia, orang bukan Melayu siap pegang jawatan menteri penting seperti Kementerian Kewangan lagi.

10. Kalau kami perkauman, kami dah lama suruh hangpa berasimliasi jadi Melayu macam cina-cina di Indonesia dipaksa tukar nama mereka jadi berbaur Nusantara, berbudaya Indonesia dan berbahasa Indonesia. Kami dah lama jadi Thailand yang suruh hangpa jadi orang Thai habis. Tak… tak… kami biar hangpa kekalkan identiti dan kebudayaan bangsa hangpa semua. Siap raihkan lagi sebagai imej negara.

11. Kami tak pernah bising bila selama lebih 100 tahun British amalkan dasar perkauman dengan bubuh kami kat kampung-kampung, letak bangsa bukan Melayu nikmati kek ekonomi di bandar-bandar besar. Tak sampai 60 tahun kami nikmati hak kami, hangpa dah melantun?

12. Bodoh betul Melayu dok main propaganda macam ni. Hangpa yang sayangkan hak-hak hangpa ni, silalah kongsikan artikel aku ni. Kita tunjuk hak kita yang dibawah naungan raja-raja Melayu bukan sesenang itu untuk ditohmahkan dengan dasar perkauman di USA! Kalau depa boleh dapat 2000 shares, kita jugak tentu boleh!


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Merupakan penulis prolifik yang kini sudah memiliki 16 buah buku (setakat Mac 2021). Merupakan pengasas bersama The Patriots, dan memegang jawatan Chief Content Officer untuk Patriots Holding Sdn Bhd. Impian terbesarnya ialah melihat sebuah Baitul Hikmah versi Tamadun Melayu, yang mengumpulkan para genius dari segala bidang, dibawah satu bumbung akademik dan mengabadikan seluruh kehidupan mereka hanya pada ilmu!

Comments are closed.