Jangan Makan Manusia Lain Atau Anda Akan Dapat Penyakit Ni…

644

Tahukah anda, terdapat satu suku kaum orang asli yang digelar sebagai Fore yang tinggal di negara Papua New Guinea. Mereka mengamalkan budaya kanibalisma, di mana jika ada sesiapa di dalam kalangan mereka yang mati, mayatnya perlu dimasak dan dimakan untuk mengeluarkan roh-roh jahat yang bakal memasuki badan mayat tersebut.

Mereka memakan kesemua bahagian mayat tersebut, iaitu daging, otak, mata, paru-paru dan lain-lain organ dalaman. Mereka tidak memakannya mentah-mentah, tetapi mereka memasak terlebih dahulu setiap organ dan bahagian badan mayat tersebut.

Kesemuanya direbus, dibakar atau dipanggang terlebih dahulu sebelum mereka mulai menjamu selera. Sudah tentu apabila kesemua bahagian badan tersebut dimasak, masakan tersebut akan menjadi selamat untuk dimakan bukan? Jawapannya tidak.

Sudah tentu kita pernah mendengar perkataan virus, bakteria, parasit dan fungus sebelum ini bukan? Tetapi pernahkah anda mendengar perkataan prion? Prion merupakan sejenis protein yang amat kecil, dan lebih kecil daripada virus yang mana mempunyai kebolehan untuk menyebabkan penyakit di dalam seseorang manusia yang memakannya.

Ia berbeza dengan protein lain kerana kerana kebolehannya untuk menyebabkan penyakit, dan tidak berubah walaupun dimasak dalam jangka masa yang lama. Sama seperti penyakit yang disebabkan oleh pemakanan otak lembu yang mempunyai prions, yang mana menjangkiti lembu-lembu yang berada di Britain, dan menyebabkan penyakit saraf, dan penyakit ini digelar sebagai Creutzfeldt–Jakob disease atau penyakit lembu gila.

Dalam perbuatan memakan mayat manusia yang lain, terutamanya bahagian otak manusia, mereka akan secara tidak sengaja memakan sekali prion yang terdapat oleh mana-mana pesakit ini, dan akan menjangkiti setiap orang di sana. Penyakit ini dikenali sebagai Transmissable Spongioform Encephalopathy (TSE) dalam bahasa perubatan.

Apakah maksud Transmissable Spongioform Encephalopathy ini? Transmissable bermaksud penyakit ini boleh berjangkit dan dipindahkan kepada individu lain. Perkataan spongioform pula bermaksud bahagian otak manusia, seperti yang anda dapat lihat dalam slaid histologi ini mempunyai vacuole yang amat besar, menyebabkan bahagian otak bertukar menjadi bentuk ibarat span.

Perkataan encephalopathy pula:, encephalo – bermaksud kepala dan lebih tepat adalah otak, dan pathy pula berasal daripada perkataan pathology, bermaksud penyakit. Jadi, TSE ini dalam bermaksud penyakit berjangkit yang menyebabkan bahagian otak bertukar menjadi span.

Gejala yang dialami pesakit adalah bersifat neurodegenerative, atau kemerosotan dalam sistem saraf manusia. Mangsa mula mengalami gejala-gejala kehilangan kawalan dalam badan mereka sendiri seperti tidak boleh berjalan dengan betul, kemerosotan penglihatan, pendengaran dan koordinasi badan mereka. Kebanyakkan mereka akhirnya maut disebabkan kegagalan mereka untuk bernafas memandangkan otot pernafasan dikawal oleh saraf yang rosak akibat dijangkiti oleh prions ini.

Penyakit ini yang dinamakan sebagai ‘kuru’ dalam etnik mereka yang bermaksud “to shake” atau menggeletar saat mereka kehilangan kawalan otot pada tubuh mereka sendiri. Perbuatan ini akhirnya menyebabkan kehilangan dan kematian kaum ini sehingga ke tahap etnik ini, hampir mengalami kepupusan sepenuhnya, yang mana kebanyakkan mereka maut pada usia 45 tahun ke bawah sahaja.

Walau bagaimanapun, perbuatan dan adat akhirnya ini dihentikan pada tahun 1960-an memandangkan terdapat sehingga 200 orang yang mati setahun akibat penyakit ini, dan dalam percubaan mereka untuk menjaga keturunan mereka sendiri agar tidak pupus, mereka menghentikan kegiatan ini terus dan tiada lagi upacara kanibalisma dalam hidup mereka.

Itulah sebabnya, mengapa agama kita sendiri melarang perbuatan memakan manusia lain yang hanya akan menyebabkan kematian dan pelbagai jangkitan kuman yang boleh merebak dan menghapuskan kebanyakkan manusia lain di dalam sekumpulan etnik dan bangsa.

Komen yang ditutup, tetapi jejak balik dan ping balik terbuka.