“Harimau Malaya
Kami Selalu Ada
Walau Di Mana Berada
Kami Disini
Terus Menjadi
Ekor Harimau Sejatí.’’

Alangkah bagusnya jika kita mempraktikkan setiap bait-bait kata tersebut menjadi kenyataan. Kita mengatakan bahawa “kami selalu ada” untuk melindungi Harimau Malaya ini daripada terus diancam kepupusan. Kita menunjukkan bahawa kita merupakan “ekor Harimau sejati” sehingga kita tidak akan membiarkan spesis Harimau ini daripada terus merana diburu oleh manusia yang tidak bertamadun.

Ini kerana jika putusnya ekor Harimau tersebut maka ia bermakna kita gagal dalam melaksanakan misi kita untuk menjadi pelindung haiwan ini. Hanya petah bicara  tapi kudrat tidak berjasa!

Harimau Malaya amat signifikan kepada negara kita Malaysia. Harimau Malaya telah dan masih menjadi sebahagian daripada Jata Negara. Lambang Malaysia atau lebih dikenali sebagai Jata Negara memberikan gambaran awal kepada masyarakat dunia akan nilai dan ciri-ciri yang terdapat dalam negara kita. Sebagai contoh, Bunga Raya yang terdapat pada Jata Negara memberikan maksud bahawa bunga ini merupakan bunga kebangsaan Malaysia.

Beralih pula kepada dua ekor harimau yang berada disisi Jata Negara, ia seolah olah menjadi pengawal buat negara  kita. Tujuan haiwan tersebut berada di situ untuk memberitahu bahawa haiwan ini merupakan haiwan rasmi buat negara Malaysia.

Selain itu, Harimau Malaya juga menjadi simbol keberanian rakyat selari dengan sifat pemangsa haiwan tersebut. Jika haiwan ini pupus daripada dunia ini maka ia seperti sudah tidak relevan untuk berada pada Jata Negara seterusnya membuatkan rakyat Malaysia seakan akan kehilangan identiti diri.

Tidak ketinggalan, pasukan kebangsaan negara turut menjadikan harimau sebagai ikon buat pasukan. Sebagai contoh, pasukan bola sepak negara dipanggil sebagai Harimau Malaya dan pasukan hoki kebangsaan pula dikenali sebagai The Speedy Tiger.

Perkara ini dilakukan supaya setiap pemain yang mewakili negara akan bermain bersungguh-sungguh dan mempunyai semangat keberanian yang tinggi seperti yang ada pada harimau. Selain itu, harimau menunjukkan bahawa pemain negara tidak akan mudah menyerah kalah dan akan bangkit melawan.

Persoalannya, apakah yang akan terjadi jika Harimau yang menjadi ikon pasukan negara ini pupus? Adakah haiwan ikonik ini akan ditukarkan dan pasukan negara bakal digelar dengan nama lain? Nampaknya bakal hilang lah taring dan belang daripada pasukan kebangsaan negara.

Bersempena dengan Hari Harimau Sedunia pada 29 Julai pada setiap tahun, penulis menyeru semua pihak untuk menyokong setiap usaha yang dilakukan untuk memulihara habitat haiwan ini di negara kita. Statistik yang dikeluarkan baru baru ini menunjukkan bahawa Harimau Malaya berada dalam tahap yang sangat kritikal.

Hanya lebih kurang 200 ekor harimau yang berjaya direkodkan berada dalam habitat liar. Dikatakan bahawa jika tiada tindakan diambil dalam masa yang terdekat, Malaysia bakal kehilangan haiwan ikonik ini dalam tempoh 5 hingga 10 tahun akan datang.

Pihak kerajaan pada hari ini telah merangka beberapa langkah untuk memulihara habitat ini daripada terus lenyap. Antaranya ialah program konservasi Harimau Malaya.

Program ini dilihat bertujuan untuk menyediakan habitat dan tempat tinggal buat haiwan tersebut untuk terus membiak selaras dengan maksud konservasi iaitu pemeliharaan dan penjagaan. Pusat Konservasi Harimau Kebangsaan (NTCC) di Temerloh, Pahang sedang dibangunkan dan bakal beroperasi dengan matlamat untuk menyelamatkan haiwan ini.

Selain itu, pihak kerajaan turut melaksanakan program penguatkuasaan Harimau Malaya. Di dalam program ini, beberapa kawasan tumpuan (hotspot) telah dikenal pasti dan pihak berkaitan akan melakukan rondaan secara kerap dan efektif. Program ini turut diperkuatkan lagi melalui Tiger Protection and Patrolling Programme (TP3) yang melibatkan kerjasama strategik antara Jabatan PERHILITAN,

Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM). Setakat Julai 2019, sebanyak 21 kes jenayah berjaya dipatahkan serta 429 jerat liar telah berjaya dimusnahkan. Diharapkan kerjasama ini bakal membuahkan hasil yang membertangsangkan.

Akhir sekali, program yang agak tipikal iaitu program kesedaran awam. Program ini kadang kala dilihat sebagai membazir kerana pihak berkaitan perlu mengeluarkan belanja yang besar bagi menyediakan bahan-bahan rangsangan.

Tetapi percayalah, ilmu berkaitan perkara ini perlu disebarkan kepada umum agar mereka tahu betapa kritikalnya masalah ini kepada ekosistem negara. Program ini melibatkan pelbagai kumpulan sasaran seperti pelajar, kakitangan kerajaan serta orang awam. Diharapakan info yang diberikan kepada masyarakat dapat memberikan kesedaran dan membanteras pemburuan haram terhadap haiwan ini.

Kesimpulannya, isu ini merupakan isu nasional yang perlu diketahui oleh setiap lapisan masyarakat. Setiap warganegara perlu memainkan peranan mereka yang tersendiri dalam memulihara habitat Harimau Malaya. Jangan pernah berkompromi dengan pihak yang tidak bermoral  yang memburu hidupan liar tersebut. Laporkan kepada pihak berkuasa!

Untuk info lebih lanjut berkaitan Harimau Malaya boleh membacanya di https://thepatriots.asia/10-fakta-menarik-mengenai-harimau-malaya/


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Jangan hirau warna bendera, Kerana itu penyebab huru hara, Jangan kisah pengikut siapa, Asalkan dia pembela bangsa. Hairul Faizi bin Hairulnizam merupakan seorang anak muda yang berusia 19 tahun. Meminati bidang penulisan yang berkaitan dengan fakta dan sejarah. Berpegang teguh kepada semangat berilmu untuk berjasa digarapkan sekali dengan misi untuk mendidik bangsa. Bercita cita untuk membawa aura penulisan yang lebih menarik untuk menambat hati anak muda . Di barisan hadapan sebagai pembela, Ilmu di dada menabur jasa, Semakin memuncak cita-cita, Semakin tunduk pada yang Esa.

Comments are closed.