Jangan Berikan Kucing Anda Panadol!

478

Tadi aku terbaca satu post di Facebook. Ia berkenaan, pemilik kucing DENGAN NIAT YANG BAIK, memberi kucingnya makan panadol untuk melegakan kesakitan yang dialami kucing peliharaannya itu. Tanpa mengetahui bahawa Acetaminophen itu sangat bertoksik pada kucing.

Menariknya, kebanyakan kes-kes keracunan acetaminophen pada kucing, adalah disebabkan kerana ia telah diberikan pemilik, dan bukannya dimakan oleh kucing itu sendiri.

Begini..

Panadol, paracetamol dan uphamol merupakan jenama ubatan yang mempunyai bahan dikenali sebegai acetaminophen di dalamnya. Kucing tak berkebolehan untuk mencerna acetaminophen, kerana ia mempunyai jumlah kandungan enzim (mencerna acetaminophen) yang kecil berbanding manusia.

Enzim yang dimaksudkan adalah enzim gluconyl transferase. Ia terdapat di dalam hati (liver) kucing, yang seperti manusia, hati ini berfungsi sebagai kilang penapisan bahan merbahaya. Enzim ini berfungsi dengan melekapkan dirinya pada molekul glucuronide, yang akan menyebabkan acetaminophen itu tidak aktif dan akan membuatkan ia larut air.

Dan seperti yang dinyatakan di atas, kucing mempunyai kandungan enzim glucoronyl transferase yang rendah di dalam badannya. Justeru, ia akan menyebabkan proses pencernaan glucoronyl conjugate (+ glucoronic acid) dari saluran darah kucing tersebut menjadi sangat lambat.

Pengumpulan metabolit atau bahan bertoksik di dalam saluran darah kucing akan mula menyebabkan kegagalan organ, oleh kerana ia tidak dapat mengangkut oksigen dengan baik. (Akan dijelaskan lebih lanjut di bawah).

Dan tahukah anda bahawa tiada ‘dos selamat’ acetaminophen untuk diberikan kepada kucing. Kerana kebiasaannya, dos serendah 50mg per kilogram kucing tersebut mampu membunuh. Walau bagaimanapun, dos serendah 10mg/kg juga pernah dilaporkan membawa mudarat dan membunuh kucing !

Oleh sebab itu, jikalau kau hancurkan 1 tablet (500mg) atau “let say” separuh tablet (250mg), dan berinya makan pada kucing dewasa, kucing dewasa tersebut boleh mati jikalau rawatan tidak diberikan secepat mungkin. Kerana ia telah melebihi dos 10mg atau 50mg/kg.

Kucing yang keracunan acetaminophen kebiasaannya akan develop simptom atau gejala dikenali sebagai methemoglobinemia.

Ia adalah satu kondisi dimana kandungan hemoglobin (pembawa oksigen) pada darah itu, telah berubah menjadi methemoglobin.

Methemoglobin adalah hemoglobin (molekul pengangkut oksigen) yang tidak normal. Oleh itu, ia tidak berupaya mengangkut dan mengedarkan oksigen dengan normal dan baik.

Dan apabila kandungan methemoglobin itu tinggi, gejala klinikal mula terbentuk seperti berikut:

– Degupan jantung menjadi laju
– Muntah
– Pergerakan tidak menentu.
– Jaundis (kekuningan) apabila hati tidak lagi berfungsi dengan baik.

Seterusnya, adalah (pengumpulan cecair) pada tapak kaki, muka, leher dan anggota lain kucing itu menyebabkan ia membengkak.

Gambar berikut adalah contoh keracunan acetaminophen pada kucing.

Kredit Gambar: Kitty’s Cottage Klinik Haiwan & Surgeri Shah Alam

RUJUKAN:

The Diagnosis of Acetaminophen Toxicosis In a Cat by Andrew L. Allen. Retrieved from : Can Vet J. 2003 Jun; 44(6): 509–510.
PMCID: PMC340185

Acetaminophen And Cats, A Dangerous Combination (PDF). by Vera Steenbergen, CVT. ASPCA Animal Poison Control Center

Komen yang ditutup, tetapi jejak balik dan ping balik terbuka.