Jangan Bandingkan Santun Melayu Dengan Whites Supremasis!

977

1. Di Amerika Syarikat, betapa r4sisnya kulit putih dulu, kulit hitam nak pergi sekolah pun sampai kena bawak National Home Guard mengawal orang-orang kulit hitam yang nak bersekolah sebab kecaman berbaur perkavman yang mereka terima.

2. Di Malaysia, orang Melayu siap benarkan bukan Melayu untuk tubuhkan sekolah jenis kebangsaan berasaskan pendidikan yang diimport dari motherland masing2. Ini sampai membuatkan pemisahan 3 kaum utama di Malaysia yang menghalang wujudnya identiti nasional yang 1.

3. Bahkan orang Melayu di Malaysia jugalah berkempen supaya daripada sekolah jenis kebangsaan, marilah kita sama-sama hantarkan anak kita ke satu sekolah supaya anak-anak kita boleh bersatu dibawah satu bumbung, dan tidak meneruskan dasar British pecahkan 3 bangsa ini.

4. Berbeza kulit Putih di Amerika Syarikat, dengan kewujudan Undang-Undang Jim Carrow yang berusaha mengasingkan Whites dan Black. Ada tak kita nampak orang Melayu buat undang-undang gini kat negara kita, cuba asingkan setiap bangsa ikut warna kulit?

5. Babak pengasingan ikut warna kulit, hatta masuk tandas pun ada dipaparkan dalam filem Hidden Figures mengenai 3 figura wanita kulit hitam yang bertanggungjawab dalam misi US ke bulan. Pengasingan perkvuman ini hatta wujud dalam organisasi saintifik macam NASA sekalipun. Bayangkan organisasi sains yang seharusnya bebas dari unsur-unsur seperti ini pun boleh amalkan perkauman sebegini hebat?

6. Sampai betapa rasisnya mat saleh di Amerika, wujudnya organisasi pengganas macam Ku Klux Klan yang didirikan di US semata-mata untuk membvnuh dan memburu orang berkulit hitam di US. Lebih 50 tahun kita merdeka, tak wujud pun kumpulan sebegini di Malaysia!

7. Betapa r4sisnya orang kulit putih ini, waktu mereka datang menjajah ke Asia, mereka kononnya melakukannya atas slogan White Mens Burden iaitu tanggungjawab sosial mereka untuk mengtamadunkan bangsa-bangsa yang mereka jajah!

8. Sebuah puisi bertajuk The White Mans Burden ditulis oleh Rudyard Kipling, ketika menulis mengenai Amerika menjajah Filipina, dengan jelas menyebut mengenainya dalam frasa “Take up the White Man’s burden”, “To serve your captives’ need” dan “be done with childish days,” yang membawa maksud tanggungjawab kulit putih memberi tamadun kepada bangsa yang dijajahnya.

9. Kalau anda membaca puisi penuhnya, cukup jelas betapa sifat superior mereka, merasakan bahawa bangsa mereka lebih mulia, lebih bertamadun, lebih hebat berbanding bangsa lain lantas menghalalkan penjajahan.

10. Anehnya, bangsa yang dikatakan sebagai whites di Malaysia inilah yang menerima kecaman-kecaman berbaur perkauman ke atas mereka. Lihat tangkap layar dari FB ini yang memaparkan betapa r4sisnya bukan Melayu terhadap Melayu-Islam.

11. Ini semua komen-komen yang mengulas mengenai SOP Solat Jemaah yang dikeluarkan oleh menteri agama. Ada banyak lagi tangkap layar, tapi saya tak sanggup menaikkannya kerana jijik dengan rasism bangsa lain yang wujud kerana mengambil kesempatan atas kesantunan orang Melayu.

12. Kalau Melayu ialah Whites di Malaysia, macam yang Whites pernah lakukan di US sana, dah tentu ada yang kena bvnuh, kena asing, kena d3ra dan sebagainya. Hatta agamanya kena kutuk pun orang Melayu mampu tersenyum, seolah-olah tidak ada apa yang berlaku.

13. Orang Melayu masih rasional kerana perbuatan dalam tangkap layar di atas bukanlah generalisasi ke atas seluruh Cina atau India seperti mana generalisasi libertard Malayo-Islamo-phobic dalam gambar di atas yang generalisasikan orang Melayu atas beberapa komen jahat segelintir.

14. Akhir kata, kami nak ajak semua berfikir. Kalau benar bahawa orang Melayu ialah whites di US, maka tak akan terjadi 10 orang terkaya di Malaysia, 9 daripadanya ialah bukan Melayu tau.

Anda mungkin juga berminat

Ruangan komen telah ditutup.