Moving Forward As One

“Jangan Angkat Hang Tuah Inspirasi Atlet Olimpik Negara.” – Luahan Pengguna Twitter

11,892

Terbaca satu Tweet yang mempertikaikan mengangkat Hang Tuah sebagai inspirasi para atlet dalam sukan olimpik ini. Katanya ini budaya feudal yang dibawa ke zaman moden, kami di The Patriots berbeza pendapat dengan Tweet tersebut.

Tak akanlah nak idolakan satu watak legenda dalam lipatan budaya Melayu pun dianggap sebagai feudalism? Hanya sebab ketaatan pada raja yang buatkan kita nak buang sisi baik pada figura watak legenda ini?

Kemahirannya menguasai banyak bahasa? Bagaimana Hang Tuah menjadi seorang diplomator yang baik mewakili Melaka sampai ke Rom membeli meriam, mewakili Melaka ke India dan juga China?

Tak akan lah sebab ketaatan Tuah pada raja yang boleh kita bahaskan kerana terlalu subjektif, kita tak boleh ambil sisi baik pada figura sejarah ini? Laksamana Yi tu setianya pada raja sama juga membabi buta!

Lepas berjaya menyelamatkan armada Korea dalam pelbagai pertempuran melawan Jepun sampai berjaya mendatangkan gerun kepada armada Jepun.

Tapi sebab ada bangsawan yang menjual kisah buruk mengenai Laksamana Yi, konon dia seorang pengkhianat, Laksamana Yi dijatuhkan hukuman b.unu.h oleh Raja Seonjo. Tetapi Yi terlepas kerana rayuan rakyat marhen.

Hanya apabila armada Korea dibawah Laksamana Won Kyun dihabiskan oleh Jepun, barulah raja dan bangsawan Korea merayu kembali kepada Laksamana Yi untuk menjadi laksamana semula, membina armada Korea yang hilang. Laksamana Yi, dengan taat, mematuhi segala perintah.

Ikutkan kisah ketaatan Laksamana Yi, tentu para-para pemabuk feudal ni akan marah melihatkan namanya dijulang-julang. Tapi tidak, rakyat Korea membina tugu Laksamana Yi dimerata-rata tempat.

Di depan dataran Gwanghwamun dekat Seoul, orang Korea membina tugu Laksamana Yi tersergam indah. Masa Korea menetang menentang Jerman masa World Cup 2018 dulu, kita dapat melihat media-media Korea menggunakan slogan-slogan ‘pilsa jeuksaeng, pilsaeng jeuksa’ dalam membakar semangat pemain Korea.

Pemain Korea, Kim Youn Gwon yang menjaringkan gol pada minit ke-92, dikaitkan dengan slogan ini. Maksudnya, jika anda berjuang seperti anda akan hidup, anda akan mati; jika anda berjuang seperti anda akan mati, anda akan hidup.

Dari mana datangnya ungkapan ni? Dari motto Laksamana Yi, seorang laksamana yang hidup pada zaman feudal! Dan orang Korea tak malu pun nak angkat tokoh yang hidup pada zaman feudal Korea.

Orang Korea bangga menjulang tokoh yang taatnya juga boleh tahan membabi buta pada institusi, pada raja-raja Korea, pada kerajaannya.

Bezanya, mereka tahu nak cungkil sisi baik dan jadikan pedoman, masalah orang kita pulak, terlalu memandang dari mata lalat, sampai semua nak disampahkan!

Kalau Korea boleh bawa semangat Laksamana Yi dan mengangkat pesona perjuangannya pada perjuangan sukan moden, kenapa tak boleh pulak nak bawa semangat Hang Tuah pada Sukan Olimpik ini?

Kita ada tokoh lain macam Panglima Yue Fei. Kehebatannya dan kekentalannya dikatakan kalau orang nak gerakkan gunung sekalipun, lagi senang dari nak gerakkan tekad Panglima Yue Fei.

Taat Yue Fei pada raja ni sampaikan dia hampir menang 12 kali dalam pepe.ran.gan, 12 kali tu jugaklah dia berundur sebab Maharaja Gaozong arahkan dia berundur ketika Dinasti Song sedang menghadapi pencerobohan Dinasti Jin dari Utara

Akhirnya Yue Fei mati dihukum b.unu.h oleh raja. Cakoi yang kita makan hari ni tu, lore dia ada kaitan dengan orang yang fitnah Yue Fei. Tapi ketaatan Yue Fei pada raja tak pulak menghalang orang China buat filem, dinamakan lagi sebagai Patriot!

Apa Korea tu tak cukup maju ke dengan ekonomi ke-10 terbesar di dunia, dengan kehebatan Halyu Wave yang membuatkan budaya Korea digilaai seluruh dunia? Apa China tu tak cukup hebat sekarang apabila berjaya menggegarkan US?

Fakta menarik, pernah ada buku dalam Bahasa Jepun mengenai biografi Laksamana Hang Tuah, bertajuk マラッカ王国の英雄 ハントゥア―琉球に残る交流の歴史 atau terjemahannya, Hang Tuah, the hero of the Kingdom of Malacca-History of exchanges that remains in Ryukyu.

Jadi, tak hairanlah kenapa figura Hang Tuah diangkat sebab orang Jepun paling kenal Hang Tuah, dalam banyak tokoh-tokoh dalam sejarah Melayu gitu.

Ruangan komen telah ditutup.