Jan Koum bukanlah nama yang kita kenal sangat pun. Kau orang lagi kenal dengan kum kum kan?

Baiklah, anda mungkin tidak kenal dengan dia, tetapi inovasi beliau pastinya ada di handphone anda sekarang ini.

Bancian dilakukan oleh CNBC pada awal tahun 2017 mendapati 1/7 manusia di planet bumi memiliki Whatsapp dalam telefon pintar mereka.

Whatsapp adalah satu aplikasi mesej sosial percuma yang ikonik dengan ikon hijau.

Secara kasarnya, ada 1 billion pengguna Whatsapp di seluruh dunia. Sedangkan twitter hanya ada 313 juta pengguna. Ia sudah cukup meletakkan WhatsApp sebagai salah satu aplikasi terulung pernah dihasilkan oleh manusia.

Koum dilahirkan di Kiev di Ukraine. Ketika berusia 16 tahun, dia dan ibunya berhijrah ke Mountain View, California untuk mencari kehidupan yang lebih baik.

Ketika remaja, beliau banyak melakukan kerja termasuk cleaner di hypermarket. Ibunya mengambil upah jadi babysitter.

Mereka banyak menerima bantuan daripada kerajaan dan badan kebajikan untuk membantu mereka dalam kehidupan seharian.

Selepas itu, beliau diterima masuk di Universiti San Jose State. Beliau pada masa yang sama bekerja dengan Ernst & Young sebagai security tester.

Selepas itu, Koum berhenti belajar untuk menfokuskan sendiri kepada usaha untuk banyak belajar sendiri (self taught) untuk menjadi programmer.

Beliau berjaya meyakinkan Yahoo untuk menerima beliau bekerja pada tahun 1997. Ia juga dibantu oleh rakannya Brian Acton yang sebelum itu bekerja dengan beliau di Ernst & Young.

Koum berkhidmat dengan Yahoo selama 9 tahun dan memutuskan untuk berhenti. Alasan beliau mahu mengembara ke beberapa negara untuk mencari pengalaman.

Beliau sendiri tak mampu menjelaskan kenapa beliau berbuat demikian, sama ada ia keputusan yang tepat ataupun tidak ketika itu.

Beliau kemudian ada meminta kerja di beberapa syarikat besar termasuk Facebook. Tetapi gagal.

Tanpa sengaja Mark Zuckerberg sebenarnya sudah melepaskan peluang pontensi untuk memiliki WhatsApp lebih awal jika menerima Koum pada ketika itu.

Pada 2009, Jan Koum membeli iPhone dan beliau tertarik dengan perkembangan aplikasi telefon pintar yang semakin berkembang. Beliau melihat potensi besar di App Store yang ketika itu baru diwujudkan dalam 7 bulan.

Jadi, Koum cuba memikirkan aplikasi yang boleh menarik pengguna. Beliau hanya ‘meeting’ dengan rakannya Alex Fishman di kedai Fishman. Selepas 2 jam bersembang pasal aplikasi yang beliau ingin wujudkan akhirnya mereka menamakan ia WhatsApp.

Ia kerana bunyinya seperti What’s Up? (Apa macam?) App di belakang tu sesuai untuk merujuk kepada Aplikasi.

Pada 24 Februari 2009, pada hari jadi beliau menubuhkan WhatsApp Inc. ber-ibu pejabat di California.

Oleh kerana ia menjadi antara aplikasi messenger yang paling awal ketika itu dan paling mudah digunakan, WhatsApp menjadi satu fenomena.

Ia mendapat sambutan luar biasa. Dalam masa yang pantas, WhatsApp telah menjadi aplikasi ‘wajib install’ oleh pengguna telefon pintar.

Kau suka ke tak suka Apps tu, kau kena ada sebab rakan kau pasti ada.

Mark Zuckerberg melihat satu ledakan besar dicetuskan WhatsApp dan beliau mahu mendapatkan WhatsApp. Pada 2012, Mark menghubungi Koum dan mereka bertemu di kedai kopi.

Selepas beberapa siri sesi makan-makan, Mark akhirnya menawarkan Koum untuk menyertai board mereka pada 9 Februari 2014.

10 hari selepas itu, Mark Zuckerberg mengumumkan pemilikan aplikasi WhatsApp yang dibeli dengan nilai US$19 billion dibeli daripada Koum dan Brian Acton.

Koum sudah menjual stok beliau di FB bernilai $2.4 billion. Namun masih ada pegangan saham bernilai $2.4 billion di Facebook.

Pada 2017, Jan Koum memiliki aset dianggarkan bernilai $ 9.3 bilion.

Jadi, itulah kisah bagaimana 1/7 manusia ataupun sekitar 1 billion manusia memiliki apps whatsapp dan mungkin 3 juta daripadanya sedang meletakkan group kerja mereka mute setahun.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Saya seorang penulis tegar. Selalu menulis ketika mendengar lagu aku yang dulu bukanlah yang sekarang daripada Tegar. Tegar bukan?

Comments are closed.