Dalam masa beberapa hari sahaja lagi , negara akan menyambut ulang tahun kemerdekaannya yang ke 63.  Walaupun wabak covid-19 masih menggila, namun ia tidak menghalang rakyat negara ini menyambut kemerdekaan negara yang bertuah ini. Jadi, mari kita soroti perjalanan menuju sebuah negara merdeka ini.

1938

Kesatuan Melayu Muda (KMM) ditubuhkan oleh Ibrahim Haji Yaacob (IBHY). KMM merupakan parti politik Melayu pertama yang ditubuhkan.

1942

KMM meminta keMERDEKAan dari pihak Jepun. Tindakan KMM ini merupakan parti pertama yang meminta kemerdekaan.

13 Ogos 1945

Piagam Taiping di antara pemimpin Malaya dan Indonesia terbentuk. Piagam ini terbentuk selepas pihak Jepun berjanji untuk memberi kemerdekaan kepada Tanah Melayu dan Indonesia pada 17 Ogos 1945. Namun, kekalahan Jepun menyebabkan kemerdekaan Tanah Melayu gagal dan Indonesia mencapai kemerdekaan terlebih dahulu.

Januari 1946

kredit : NST

Selepas kekalahan Jepun, British merancang untuk menubuhkan Malayan Union bagi menyeragamkan pentadbiran kolonial mereka. Malayan Union meng4ncam kedudukan dan kuasa bumiputera terutamanya orang-orang Melayu.

4 Mac 1946

Pergerakan Melayu Semenanjung Johor menganjurkan Kongres Melayu yang diadakan di Kelab Sultan Sulaiman Kampung Baru, Kuala Lumpur. Kongres ini disertai oleh 41 buah pertubuhan Melayu di seluruh Tanah Melayu dan Singapura. Kongres Melayu memutuskan untuk menubuhkan satu badan bagi mewakili orang-orang Melayu menentang Malayan Union.

1 April 1946

Malayan Union dengan rasminya ditubuhkan dan Sir Edward Gent dilantik sebagai Gabenor. Hak-hak orang Melayu diketepikan. Walaubagaimanapun, Sultan-Sultan bertindak untuk memulaukan majlis tersebut.

1 Februari 1948British mula sedar bahawa Malayan Union tidak sesuai dengan suasana politik Tanah Melayu. Oleh itu, Persekutuan Tanah Melayu (PTM) ditubuhkan bagi menggantikan Malayan Union.

11 Jun 1950

Cadangan Kerakyatan Communities Liaison Committee (CLC) diterima. Persidangan yang berlangsung di Kuala Lumpur ini telah menyaksikan ucapan-ucapan hangat, kec4man dan tuduhan berat terhadap Dato Onn bin Jaafar berkenaan isu kerakyatan cadangan CLC. Bagamaimanapun cadangan kerakyatan diterima dengan pindaan berikut: Menambah syarat-syarat kelahiran ibu/bapa bagi anak-anak yang dilahirkan di Negeri-negeri Melayu untuk menjadi rakyat Raja Melayu. Mereka yang tidak lahir di sini boleh memohon tetapi jika ada bukti telah menetap di sini dalam tempoh yang tertentu tanpa putus-putus dan sanggup mengangkat sumpah taat setia kepada Raja Melayu.

23 dan 25 Mac 1951

Persidangan Agung UMNO Setengah Tahun diadakan di Majestic Hotel, Kuala Lumpur telah meluluskan slogan Merdeka sebagai seruan rasmi UMNO.

Jun 1951

Pada November 1950, Dato Onn bin Jaafar membuat cadangan untuk membuka keahlian UMNO kepada orang bukan Melayu dan mengubah nama UMNO kepada United Malayan Organization. Beliau mahukan orang-orang Melayu bersifat terbuka dan menerima pendekatan baru dalam politik yang bersifat Malayan.

Penglibatan beliau dalam RIDA dan Ahli Dalam Negeri telah mendedahkan beliau kepada dasar pentadbiran British yang ingin meMalayankan Tanah Melayu. Beliau bimbang orang Melayu akan terpencil dalam arus pembangunan ekonomi penjajah jika tidak bersikap terbuka. Bagaimanapun UMNO tidak dapat menerima idea Dato Onn bin Jaafar dan tidak yakin bahawa semua dasar UMNO akan dapat diputuskan bersama ahli berbagai kaum serta mendatangkan faedah kepada orang-orang Melayu.

16 Februari 1952

Pilihanraya Munisipal Kuala Lumpur diadakan. UMNO-MCA berjaya memenangi pilihanraya tersebut dan perikatan UMNO-MCA ini merupakan formula bagi penubuhan Parti Perikatan.

23 Ogos 1953

Perikatan UMNO-MCA menganjurkan Perhimpunan Kebangsaan bagi membincang langkah-langkah mencapai kemerdekaan dan bersetuju menubuhkan Perikatan.

1 Februari 1954

Penyata Pilihan Raya telah diumumkan oleh kerajaan dan menerima bantahan kerana tidak bersetuju dengan jumlah kerusi dan tarikh pilihanraya. Gerakan menentang kertas putih laporan pilihanraya telah membuka mata MIC untuk berbaik-baik dengan Perikatan UMNO-MCA. Maka Presiden MIC, K.L.

Devaser telah mengadakan satu siding khas bagi mengetahui pendirian ahli-ahli partinya. Hasilnya majoriti ahli MIC menyokong penyertaan dalam Perikatan. Pada April 1955, setelah rundingan diadakan, UMNO-MCA-MIC diterima dengan rasminya sebagai parti rakan dalam Perikatan. Perikatan mewakili tiga kaum terbesar di Tanah Melayu dan menjadikan usaha menuntut kemerdekaan lebih lancar.

18 April 1954

Satu ceramah diadakan di Dewan Perhimpunan Cina Melaka. Tunku menyatakan hasrat untuk ke London namun duit yang ada tidaklah mencukupi. Lantas, hadirin yang hadir memberikan barangan yang mereka ada termasuk barangan kemas untuk menampung perbelanjaan rombongan Merdeka ke London.

27 Julai 1955Pilihanraya Persekutuan 1955 diadakan. Perikatan berjaya memenangi 51 dari 52 kerusi yang dipertandingkan dan Tunku Abdul Rahman dilantik sebagai Ketua Menteri.

26 dan 27 Disember 1955

Dalam Persidangan Agung UMNO, Usul Pergerakan Pemuda mahukan tarikh kemerdekaan Malaya dipercepatkan kepada 31 Ogos 1957 telah diluluskan. Sebelum itu Tun Sardon telah ke Pulau Pinang menemui Haji Ahmad Badawi di rumahnya di Kepala Batas. Turut berada di situ ialah Haji Abdullah Fahim (datuk kepada YAB Dato Seri Abdullah Hj Ahmad Badawi) yang merupakan seorang ahli falak, dan beliau telah melihat ramalan dari ilmu falak bahawa kemerdekaan negara tidak boleh dilewatkan bagi mengelakkan pelbagai angkara dari berlaku dan memberi tarikh tersebut sebagai tarikh Kemerdekaan.

1 Januari 1956Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, Tun Abdul Razak Dato Hussein, Tun Dr. Ismail Dato Abdul Rahman, Tan Sri Nik Ahmad Kamil, Tun H.S. Lee, Datuk Panglima Bukit Gantang dan lain-lain bertolak ke London bagi rundingan menuntut Kemerdekaan.

20 Februari 1956

Rombongan Merdeka tiba dari London dan turun ke Melaka setelah transit di Singapura. Tunku mengisytiharkan tarikh kemerdekaan di depan 100 000 orang di Bandar Hilir.

30 Ogos 1957

Rakyat berkumpul di Padang (Dataran Merdeka). Barisan Kepimpinan Tertinggi juga turut hadir di malam yang bersejarah itu. Bendera Union Jack diturunkan buat kali terakhir menandakan tamatnya pemerintahan British di Tanah Melayu pada 11:58 malam dan bendera PTM dinaikkan buat pertama kali menandakan bermulanya negara baru

31 Ogos 1957

Hari pertama PTM sebagai negara bebas. Tunku membacakan Pengiystiharan Kemerdekaan di hadapan 100 000 hadirin. Dengan pengisytiharan itu, maka berakhirlah penjajahan Inggeris dan kuasa Baginda Ratu Elizabeth II ke atas Persekutuan Tanah Melayu termasuk Pulau Pinang dan Melaka iaitu sejak lebih 170 tahun.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Titanic - Politik - Filem Klasik

Comments are closed.