Jalan-Jalan Kuala Lumpur: Sejarah Jalan Tun Perak

268
views

Dear Diary…

Aku pun bangun pagi untuk sarapan. Amat menarik pengalaman aku semalam berjumpa dengan pak cik pemandu bas yang memberikan aku ilmu baru dalam penerangan Jalan Raja Bot. Sementara aku nak bangun nak gosok gigi kejap dan bersahur dengan makanan aku bungkus malam tadi aku terdengar orang mengeruh kuat secara tiba-tiba.

Krohhhhh! Krooh!!!

Mak aii, terkejut aku dibuatnya, bunyinya bukan datang dari bilik aku. Aku duduk seorang sahaja kat bilik ini. Kalau Ah Lim, macam pelik je. Tak pernah dalam hidup aku dengar dia mengeruh. Halimuthu? Buat masa ni tak pernah pula. Kita bertiga je kot di rumah sewa ini, siapa pula yang berdengkur. Aku tak jadi gosok gigi dan terug bergegas nak cari siapa yang berdengkur tu. Keluar sahaja bilik aku, aku dengar lagi bunyi berdengkur itu, tetapi lebih kuat. Di luar bilik aku ialah ruang tamu di mana adanya TV yang hanya ada 5 channel, karpet dan juga sofa. Ruang tamu itu sedikit bercahaya dan aku lihat ada “kelibat” sedang baring di atas sofa…

Laaa, Halimuthu rupanya. Dia seorang berbangsa India, berusia 23 tahun. Perniagaan atas talian ialah kariernya dan rajin buat “roadshow” untuk promosi barang jualannya. Badannya agak gempal dan tinggi orangnya. Aku dengan dia dah berkawan sejak dibangku sekolah lagi. Ah Lim pula, aku kenal ketika nak menyewa rumah ini, dia nak sewa rumah di Subang Jaya, berdekatan dengan kolejnya dan pada masa yang sama dia kerja sambilan di Starbucks.  Aku perhati sahajalah gelagat dia tidur atas sofa dengan kaki sebelah di atas kepala sofa, tangan menjadi “bantal” kepada kepala dan ternganga mulutnya dan berdengkur. Kesian juga aku tengok dia. Mesti dia letih buat “roadshow” petang tadi.

Aku baru nak masuk semula ke bilik nak gosok gigi, aku ternampak Halimuthu memegang sahelai kertas dan di kertas dia ada tulis sesuatu. Macam panjang tulisannya. Aku dengan sifat perasaan ingin tahu ini, aku terus ambil kertas kat tangan Halimuthu itu. Aku baca lah kandungan dia dan..

Wow!! Rupanya ia berkaitan dengan sejarah jalan-jalan Kuala Lumpur! Aku tak suruh dia carikan sumber tentang sejadah jalan di KL sebab aku tahu dia sibuk. Aku tak pastilah kenapa dia tulis ini semua, tapi ia memang menarik perhatian aku untuk membaca apa yang dia tulis tentang salah satu sejarah jalan di KL ini. Ini tulisannya.

Jalan Tun Perak dahulunya Jalan Mountbatten (1961–1981) Mountbatten Road (1946–1961) dan Java Street (1889–1946) adalah jalan utama di Kuala Lumpur, Malaysia. Jalan ini merupakan antara jalan yang tertua di pusat bandar Kuala Lumpur. Macam mana Jalan ni boleh ada? Haa. Jom kita kajisejarah jalan ni.

Pada akhir abad ke-19,  kaum Cina menetap di sebelah timur kuala Sungai Gombak dan Klang, orang Melayu menetap di utara kuala sungai. Disebabkan itu jalan ini dibina untuk menjadi penghubung antara kawasan kampung ini dengan menamakan Java Street (atau Jalan Jawa) dan Malay Street (kini Jalan Melayu) berdekatan. Jalan ini dikatakan hanya jalan berpasir dan hanya ada dua hala. Hanya motor sahaja boleh lalu.

Di kawasan jalan ini ada sebuah kawasan perumahan pernah terletak di sepanjang Jalan Jawa dan di utara jalan itu terdapat sebuah kampung yang dipanggil sebagai Kampong Rawa. Jalan pendek berhampiran tanah perkuburan Melayu itu, di mana Masjid Jamek kini berdiri, berkembang menjadi salah sau jalan perniagaan paling sibuk di bandar ini pada awal abad ke-20, mungkin menyaingi Petaling Street ketika itu. Sementara Petaling Street, adalah tempat perniagaan dan tinggal Cina, kawasan jalan di kampong Rawa dan Jalan Melayu adalah kawasan Melayu. Pada tahun 1920-an Jalan Jawa mula membangun dan ditarkan. Dkatakan, ia adalah Jalan kedua di KL yang ditar selain Batu Road. Sekitar zaman 1930-an, Jalan ini menjadi syurga membeli-belah untuk orang Eropah dan juga membeli-belah mereka di Market Street (kini Leboh Pasar Besar).

Jalan Jawa kemudiannya dinamakan Mountbatten Road sempena nama Laksamana Armada Louis Francis Albert Victor Nicholas Mountbatten, Earl Mountbatten Pertama Burma. Saya ceritakan sedikitlah siapa Laksamana Louis Mountbatten ini. Beliau dilahirkan di Frogmore House, Windsor Birkshire, England pada tahun 1900. Beliau adalah anak saudara kepada Putera Philip, yang diketepikan untuk menaikkan Queen Elizabeth, Pemaisuri UK kini.

Beliau adalah laksamana Komander di Asia Tenggara, yang bertanggungjawab mempersetujui penyerahan diri Jepun pada 1945. Beliau adalah Gabenor di Kemerdekaan India pada 1947-1948 dan Gabenor terakhir yang pegang seluruh wilayah India sebeleum kemerdekaan India. Beliau diberi penghormatan sebagai salah seorang pahlawan di British pada ketika itu. Beliau meninggal dunia pada tahun 1979 di Mullaghmore di Ireland pada usia 79 tahun. Nama Jalan Jawa ditukarkan kepada Jalan Mountbatten pada tahun 1946 kerana jasa beliau dalam mempertahankan British dan memerdekakan beberapa negara Komenwel.

Tahun 1940-an, jalan ini dibesarkan sehingga 4 hala dan dibina bahu jalan untuk memisahkan jalan untuk memudahkan pengguna. Pada tahun itu juga kedai-kedai mewah seperti Robinson’s, Whiteaways Laidlaw, John Little dan Gian Singh beroperasi di sana. Ia menjadi salah satu pusat membeli belah ala-Bukit bintang lah pada masa itu. Dikatakan pada Krismas, jalan ini menjadi agak meriah kerana seluruh jalan itu dihiasi dengan lampu berwarna-warni dan bermacam perhiasan. Saban tahum kemudian popularitinya sebagai kawasan membeli-belah di kawasan ini mula merosot.

Robinson’s ditutup dan bangunan megah telah dirobohkan untuk memberi laluan kepada Bank Perdagangan Bumiputra. Whiteaways dan rumah kedai yang bersebelahan juga diruntuhkan kearah permodenan. Zaman itu juga Jalan ini ditukarkan menjadi kawasan “commercial” di mana bank, pejabat kewangan, pusat perniagaan barangan runcit dan lain-lain di bina di sini, pusat membeli belah barangan mewah dikatakan berpindah ke tempat lain dan kebanyakannya di kawasan Ampang dan Dang Wangi.

Ketika menjunamnya pretasi perniagaan di Jalan Mountbatten, keadaan berbeza pula di jirannya Jalan Tuanku Abdul Rahman (Batu Road), yang menjadi lubuk emas di Kuala Lumpur. Sekitar permukaan zaman 1980-an. Jalan ini dijadikan kawasan perbankan dan ada berberapa kawasan “embassy” negara ditempatkan disitu (sebelum kebanyakannya berpindah di kawasan Ampang).

Pada 1981, Jalan Mountbatten dinamakan lagi sebagai Jalan Tun Perak dalam usaha kerajaan menasionalisasikan nama-nama jalan daripada nama-nama Inggeris kepada nama berunsurkan sejarah tempatan. Mengikut pendapat penduduk, nama Tun Perak dipilih kerana Jalan ini dahulu adalah Jalan utama ke pertengahan aktiviti Kuala Lumpur pada ketika itu, bagaikan Jalan ini sebagai “bendahara” yang memberi jalan kepada pengunjung ke tengah-tengah Kuala Lumpur. Nama Tun Perak sempena dengan nama Bendehara teragung Kesultanan Melayu Melaka, iaitu Tun Perak.

Kini jalan ini menjadi salah satu jalan paling sesak di Kuala Lumpur, kawasan jalan ini masih mempunyai bangunan lama, kedai-kedai dan mempunyai stesen dan trek LRT dibina atas jalan ini. Jalan yang panjangnya hanya 1.5-1.9 km ini masih aktif seperti dahulu menghubungkan Jalan Raja dan Jalan Tuanku Abdul Rahman membawa pemnadu dan penjalan kkai ke bekas pusat utama Kuala Lumpur, Petaling Street (kini kebanyakannya di kawasan Golden Triangle KL). Di Jalan ini jugalah terletaknya menara tertinggi di Kuala Lumpur (dulu lah sebelum terbinanya Menara KL) iaitu Menara Maybank. Nak pergi ke jalan ini?

Senang saja, bila anda nak pergi ke Petaling Street melalui Jalan Parlimen, jalan terus je nanti anda akan menghadap Jalan Tun Perak ni. Siap sedia dengan kesesakkan jalan raya. Permulaan jalan ini terdapat sebuah “taman poket” untuk pengunjung merasai hutan di tengah bandar. Malah lokasi Masjid Jamek Kuala Lumpur pun letaknya di lokasinya itu. Jalan ini bermula dari Simpang Jalan Parlimen, Jalan Raja dan Jalan Tuanku Abdul Rahman dan berakhir di Jalan Pudu. Jalan ini menjadi salah satu jalan yang menyimpan sejarah lampau di mana bangunan lama masih ada di jalan ini dan Masjid Jamek yang tesergam indah. Jalan ini dikatakan “sempadan” antara KL lama dan KL baru dan penyambung jalan ke Golden Triangle KL dan KL Lama.

Rujukan:

Hough Richard: Mountbatten: Hero Of Our Time

The Other  Global City by Yeoh Seng Guan and  Shail Maryam

Insider Kuala Lumpur by  Lam Seng Fatt

Reaching Upwards and  Outwards From KL by  Eric Peris

Kuala Lumpur Heritage Trail by Malaysian Traveller