Jalan-Jalan Kuala Lumpur: Sejarah Jalan Tuanku Abdul Rahman

0
453
views

Dear Diary…

Alhamdulillah, aku dah habis kerja juga. Memang sibuk juga kerja tadi. Bulan puasa ini, ramai pula yang memesan kad kredit dan debit. Agak penat juga aku sekarang ini. Aku pergi ke loker aku selepas “punch card”. Aku melihat telefon bimbit aku mengeluarkan cahaya notifikasi. Aku buka telefon aku dan melihat mesej “Whatsapp” tunang aku. Dia ajak aku pergi ke Jalan TAR lepasi ini. Biar betul…

Aku nak cakap sahaja yang aku malas, tapi nanti kena bebel pula. Jadi aku biartkan sahaja.  Perempuan… biasalah. Melalui perancangan, sepatutnya aku akan berjumpanya di hadapan pusat membeli belah Sogo. Alahai, kena teman pula. Bukan apa, aku sebenarnya agak malas nak keluar pergi mana-mana masa bulan puasa ini. Malah, dia ajak aku pergi cari baju kahwin agak lewat lepas berbuka. Tapi kalau fikirkan, dah lama aku tak keluar dengan dia. Jadi aku ikut sahaja.

Jarak antara tempat kerja aku ke Jalan TAR dekat sahaja, lalu jalan dalam sudah sampai. Aku menunggu bas untuk pergi ke Jalan TAR. Aku sebenarnya dah buat kajian tentang jalan TAR ini sebelum aku buat kajian tentang Jalan Bukit Bintang lagi. Boleh katakan Jalan ini adalah jalan pertama aku buat kajian dalam sejarah nama jalan ini. Tengah cari Google ke tentang Jalan TAR itu? Maaflah, TAR itu adalah nama singkatan sahaja. Nama panjangnya ialah Jalan Tuanku Abdul Rahman.

Tuanku Abdul Rahman dinlahirkan di Istana Seri Menanti, Negeri Sembilan pada 24 Ogos 1895. Beliau adalah anak kedua dalam keluarga Tuanku Muhammad Shah bin Tuanku Antah iaitu Yamtuan Besar Negeri Sembilan ke tujuh dan Yang Di Pertuan Besar yang pertama dalam Negeri Sembilan Moden (Negeri-Negeri Melayu Bersekutu). Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Jempol dan diteruskan di Kolej Melayu. Beliau belajar perundangan Sivil dan menjadi salah seorang peguam bangsa Melayu yang terawal.Beliau bekerja sebagai Sekretari Persekutuan dan juga menyertai Sukarelawan infantri Malaya dan dilantik sebagai Leftenan pada tahun 1918.

Selepas kemangkatan ayahandanya pada tahun 1933, beliau dilantik menjadi Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan. Beliau dikatakan sebagai salah seorang perunding antara tentera British dan tentera Jepun ketika serangan Jepun di Malaya. Perundingan itu gagal dan Jepun menarik sebahagian besar kuasa beliau pada ketika itu. Beliau adalah salah seorang yang menandatangani Malayan Union namun beliau menentang Malayan Union atas nasihat Sultan Badlishah, Sultan Kedah untuk memfailkan kes menentang Malayan Union keatas kerajaan Malayan Union.

Pada 3 Ogos 1957.Beliau dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong yang pertama hasil dari 9 undi-undi Raja Melayu mengalahkan Sultan Abu Bakar, Sultan Pahang dan pada hari kemerdekaan, Beliau menjadi Yang di Pertuan Agong (YDPA) yang pertama dengan syarat terma pemerintahan 5 tahun. Keunikan pentabalan ini ialah, ia tiadaa upacara meletakkan mahkota atau tiara, sebaliknya, ia melalui upacara mencium Keris Kerajaan (Kris of state) dan amalan ini di amalkan oleh semua Agong sehingga kini. Beliau mangkat pada 1 April 1960 ketika usianya 65 tahun. Beliau mangkat ketika sedang tidur. Beliau dimakamkan di perkuburan diraja Negeri Sembilan di Seri Menanti.

Waqaf Saham

Jalan ini dahulunya digelar Batu Road. Mengapa digelar Batu Road atau Jalan Batu? Kerana dikatakan Jalan ini adalah Jalan pertama yang di buat dengan jalan batu yang bertar pada sekitar awal tahun 1930-an. Jalan yang sepanjang 8 km ini menjadi salah satu Jalan utama KL ketika itu kerana ia menghubungkan berberapa Jalan Utama iaitu Chow Kit Road (Jalan Chow Kit) Jalan Ipoh (Jalan Sultan Azlan Shah), Pahang Road (Jalan Pahang) Treacher Road (Jalan Sultan Ismail), Raja Laut Avenue (Jalan Raja Laut), Campbell Road (Jalan Dang Wangi) dan Mountbatten Road (Jalan Tun Perak).

Jalan ini mempunyai sejarahnya sendiri kerana jalan ini adalah salah satu daripada kawasan “hot spot” Kuala Lumpur di mana penduduk Kuala Lumpur akan pergi sama ada untuk shopping di kedai-kedai baju, makanan, barang keperluan ataupun hiburan seperti wayang, pub dan ada juga tempat tinggal seperti hotel atau rumah tumpangan. Jalan ini menjadi jalan utama di Kuala Lumpur atau centre point aktiviti Harian Kuala Lumpur untuk penduduk bekerja dan kehadiran pelancong luar yang ingin melihat kesatuan sejagat bangsa Malaysia yang membuka kedai mereka tanpa halangan di tepi jalan ini.

Jalan ini juga pernah melalui zaman gelap iaitu ia adalah salah satu jalan di mana rusuhan kaum 13 Mei 1969 bergaduh dan berbunuhan sama sendiri. Disebabkan itu, jalan ini ditutup selama berberapa bulan walaupun rusuhan itu tamat. Berkemungkinan selepas rusuhan tersebut. Sekitar awal tahun 1970-an. Ia ditukarkan nama Jalan Batu Road ke Jalan Tuanku Abdul Rahman untuk memperingati Yang di Pertuan Agong Malaysia yang pertama iaitu Tuanku Abdul Rahman, yang dipertuan Besar Negeri Sembilan.

Pada awal tahun 1980-1990-an, jalan ini sungguhpun terkenal dan menjadi pusat berjual beli di Kuala Lumpur pada siang hari, pada malam hari ia adalah kawasan sarang pelacuran kerana banyak pub dibuka. Kini, kes pelacuran di jalan itu hampir mencecah 0% apablia perubahan jalan dan kawasan dan pengawasan yang ketat di jalan tersebut. Banyak pub diruntuhkan dan dibina kawasan emporium atau gedung kain dan pakaian di sepanjang jalan tersebut. Wayang lama dan bangunan hotel lama masih dikekalkan untuk sejarah jalan tersebut.

Kini, jalan ini masih menjadi jalan utama di Kuala Lumpur dan terkenal dengan barangan pakaian lelaki dan wanita seperti baju kahwin, baju raya, baju Melayu, Cina, India hampir disepanjang jalan tersebut ada jual sehinggakan ia digelar “Jalan Baju dan kain”.

Jalan ini bangunannya kebanyakannya masih mengekalkan bangunan lama untuk tatapan pelancong dan tempatan bahawa jalan ini pernah wujud dan melalui asam garam di dunia ini. Penduduk tempatan lebih suka menggelarkan jalan ini Jalan TAR (Tuanku Abdul Rahman). Kepada yang tak pernah pergi jalan ni, moh le singgah. Sana selain dari baju dan kain, ada je tempat makan di kawasan situ dan juga pasar menjual barang-barang berdekatan Jalan Chow Kit.

Jalan ini bermula dari persimpangan Jalan Pahang dan Jalan Ipoh dan berakhir di persimpangan Jalan Parlimen, Jalan Tun Perak dan Jalan Raja. Kesimpulannya, Jalan ini masih mempunyai bangunan lama dan tinggalan restoran British yang dibina sejak tahun 1920-an lagi. Iaitu restoran dan bar Colliseum dan wayang Odeon yang masih berdiri sehingga kini dan menjadi salah satu kawasan yang aktif lagi-lagi ketika musim perayaan.

Oh, bas sudah sampai, nampaknya setakat ini sahajalah penulisan aku tentang sejarah Jalan TAR ini, aku akan ceritakan lagi tentang nama-nama jalan di Kuala Lumpur dan sejarahnya. Sekian, nak “dating” dulu..

#SelimThe3rd