Jalan-Jalan Kuala Lumpur: Sejarah Jalan Sultan

0
253
views

Dear Diary…

Aku hari ni tak kerja, sebab demam tentang kejadian semalam (aku tidak akan ke Bangsar lagi selepas insiden itu), badanku amat sejuk sesangat, demam sejuk ni. Tiba-tiba, rakan sebilik aku, Ah Lim namanya. Dia ni pelajar lagi. Ambil Degree Ekonomi. Berbangsa Cina. Dia tegur aku

“Haiya, apa sudah jadi ni kawan? You ok ka? You malam balik, terus tidur, tada tegur saya ma, banyak pelik”

Aku jawab

Ada sesuatu terjadi Lim, nanti aku ceritalah”

Dia Balas

Baiklah, nanti malam kita cerita. Eh Halim, You mintak sama saya itu fakta tentang satu sejarah jalan ni kan? Saya sudah cari dan banyak benda saya dapat. Saya pegi sana semalam dan saya interview sorang uncle yang keturunan dia berniaga kat sana. Nama Uncle Daniel. Ini semua hasil kajian sama saya. Saya keluar dulu ma, lambat mahu datang kelas. Saya pegi dulu.:”

Oh ya, baru aku ingat, yang semalam aku ada minta kepada Lim untuk buat kajian pasal salah satu jalan ni. Bukan apa, jalan ini memang menarik untuk diceritakan. Jadi aku yang agak selsema dan pening kepala ni, gagahkan diri untuk membaca buku yang ditinggalkan oleh Lim. Kandungan dia ialah tentang sejarah jalan yang aku suruh dia cari itu. Aku tuliskan disini laporan dia.

Jalan Sultan ini sudah lama dibina ketika Petaling Street dibina sejak zaman British lagi. Kepada yang belum mengetahui, sebelum Jalan Batu Road dan kawasan KLCC menjadi tarikan penduduk. Kawasan Petaling Street adalah salah satu kawasan awal di mana penempatan dan perniagaan bermula di Kuala Lumpur ini. Ia menjadi “hot spot” warga tempatan untuk mencari kerja dan juga berniaga. Jalan ini dikatakan adalah salah satu jalan terawal dibina di Kuala Lumpur kerana kawasan jalan yang amat strategik dan penting di kawasan Kuala Lumpur (KL) lama ini.

Kenapa nama Jalan ni Sultan? Sultan apa? Sultan negeri mana? Ada berberapa spekulasi dan pendapat beberapa penduduk tempatan dan ahli kajian menyatakan kemungkinan besar nama jalan ini dinamakan sempena nama salah seorang pengasas Kuala Lumpur, iaitu Sultan Puasa atau lebih dikenali sebagai Sutan Puasa. Berberapa pendapat menafikan dakwaan ini kerana namanya Sutan bukan Sultan. Tetapi ada juga yang menamakan Sutan Puasa sebagai Sultan Puasa.

Namun terdapat berberapa teori lain menyatakan bahawa jalan ini dipanggil Jalan Sultan kerana ia adalah nama sempena Sultan Selangor, Sultan Abdul Samad (1804-1898). Ini kerana mengikut berberapa pendapat, Istana Sultan Selangor dibina di kawasan jalan ini namun ia diruntuhkan ketika kolonial British di Selangor pada tahun 1880-an di mana Sultan Abdul Samad dipindahkan ke Klang kerana Resident British Selangor juga tinggal di kawasan itu.

Baginda memilih Jugra sebagai istana dan ibu negeri Selangor dan memindahkan istananya ke sana sehingga kemangkatan baginda. Istana baginda diruntuhkan dan dibina kawasan bangunan kedai dan jalan yang dinamakan Sultan Street. Ada pendapat yang menyatakan jalan ini dinamakan selepas kemangkatan Sultan Abdul Samad. Kebanyakan sejarawan bersetuju dengan teori ini kerana Kuala Lumpur dahulu sebahagian dari Negeri Selangor dan Sultan Abdul Samad amat banyak jasa baginda terhadap negeri itu.

Dahulu jalan ini menjadi salah satu jalan utama pada awal 1930-an kerana ada stesen kereta api yang menghubungkan kawasan Petaling Street dan ke landasan utama ke Pelabuhan Sweetenham (Pelabuhan Klang) untuk Bristish mengimport Bijih Timah. Zaman itu juga bijih timah mula menjadi popular dan salah satu bahan dagangan penting kerana berlaku revolusi industry, perperangan dan juga pengetinan makanan. Jalan ini juga adalah kawasan kedai barangan cenderahati dan tempat makanan untuk pengunjung selepas ziarah pasar petaling Street.

Setelah merdeka, jalan ini dinamakan sebagai Jalan Sultan dan kawasannya dinaikkan dengan pembinaan ruang pejalan kaki di bahu jalan. Usaha memperbanyakkan hotel dan membesarkan sedikit jalan untuk kemudahan pengunjung juga berlaku. Jalan ini masih wujud dan menjadi penghubung jalan luar ke Jalan Petaling yang masih aktif perniagaan dan makanan sejak dahulu lagi.

 

Masih lagi ada bangunan lama dan berberapa tempat penginapan dan restoran kekal disitu. Stesen kereta api sudah tiada lagi tetapi digantikan dengan MRT dan LRT Pasar Seni yang menjadikan kawasan utama pengungjung yang ingin datang ke Jalan Petaling dan jalan-jalan lain untuk membelj belah.

 

Walaupun masa berlalu pantas, jalan ini masih berfungsi sebagai penghubung jalan luar untuk ke China Town (KL lama) dan jalan utama yang lain. Sesiapa tak pernah pergi ni, datang la ziarah. Jalan dia tak  sepanjang macam jalan dalam bab yang lepas, ia pebih kurang 1.8 km sahaja. Moh le ziarah  jalan ni.

Jalan ini bermula di persimpangan Jalan Tun Tan Cheng Lock, Tun Tan Siew Sin dan Jalan Pudu dan berakhir di  jalan melengkung atau lengkok ke Jalan Hang Kasturi berhampiran kawasan stesen bas Pasar Seni. Keunikan jalan ini ialah ia berbentuk huruf “J” dari mula hingga akhir. Jalan ini hanyalah jalan sehala dan keluasan dua hala. Jalan ini agak lengang bila waktu pagi sekitar pukul 10-12 dan malam sekitar pukul 10 ke atas, selebihnya ia sememangnya sesak dan tidak disarankan untuk melalui jalan ini ketika waktu pergi atau balik kerja atau waktu cuti sekolah.

Ah Lim

PS: Sumber saya dari uncle Daniel dan buku Kuala Lumpur Street Names by Mariana Isa anda Maganjeet Kaut (2015)

Aku membaca dengan agak teruja. Hebat juga Ah Lim ini cari sumber. Biasalah dia kan seorang pelajar. Aku pernah lalu jalan ini ketika nak cari kedai makan di kawasan jalan itu. Aku ada pergi sebuah warung berdekatan dengan simpang jalan ini yang makanannya memang sedap. Warung Melayu.

 

Harga dia pun agak berpatutan dan makanan dia sangat sedap. Aku sarankan sesiapa sahaja untuk pergi dan cuba. Bulan puasa ini, jika malas nak masak, anda boleh sahaja pergi ke persimpangan antara Jalan Pudu dan Jalan Sultan, bersebelahan Hotel Ancasa Spa ada sebuah warung Melayu yang makanannya memang sedap. Jika ada masa, datanglah.

 

Adeh, rasa lapar lah pula masa bulan puasa ni. Dahlah demam, lapar pula tu. Tadi dah la tak sahur sebab terus tidur. Aduh, apalah nasib, dugaan bulan puasa. Aku mengambil telefon aku untuk whatsapp Lim, sekali. Malangnya telefon aku tak dicas. Kehabisan bateri. Kena tunggu sekejaplah nak kirim makanan berbuka. Halimuthu (Seorang lagi rakan bilik aku) tak ada pula, sibuk dengan perniagaan roti canai dia. Oklah, aku nak rehat dulu, penatnya hari ini..