Saya baru sahaja membaca penulisan rakan admin berkenaan kenyataan Tun melalui media Malaysian Insight berkenaan Scorpene. Sekali lagi Scorpene menjadi isu hangat dan menjadi buah bicara hamba politik untuk mendapatkan political mileage memandangkan pilihanraya dah semakin hampir dan kehangatannya semakin terasa – trend memainkan isu Scorpene ini sudah boleh dibaca sejak 2008 lagi jadi saya tak terkejut bilamana ada lagi rakyat bebal dan pemimpin politik yang mengitar semula isu.

Ia tak lain adalah usaha untuk mendapatkan sokongan politik atas 3 nama utama – rasuah, duit rakyat dan pembaziran.

Ya tiga perkara ini menjadi sebutan hamba politik sebilang masa yang jelas adalah kalangan orang yang tidak cakna dan tidak memahami keperluan pertahanan nasional, termasuk Tun sendiri.

Asal nak dekat pilihanraya je, cerita pasal Scorpene akan dijadikan modal ulangan oleh pihak-pihak politik yang saya rasa tak perlulah nak sebut siapa dengan calitan kononnya ada unsur rasuah dan kronisme dalam perolehan 2 unit kapal selam TLDM tersebut.

Cerita ni dah lama wujud, sejak 2008 lagi. Yang jadi pelopor menyebarkan dakyah tentang Scorpene ni adalah tak lain tak bukan media lidah bercabang seperti MalaysiaKini dan MalaysianInsider selain FMT dan lain-lain cabang media alternatif lain.

Pada waktu itu, pemerintah yang ada masih bebal dari segi menjawab tohmahan keatas TLDM dan Angkatan Kapal Selam, dan ini menyebabkan penularan fitnah seperti Altantuya adalah gadis Mongolia si tukang tafsir dan penterjemah yang tak pernah ke Perancis.

Macam biasa setiap 5 tahun sekali cerita ni akan naik, lagi-lagi bila dekat sangat dah pilihanraya dekat Malaysia yang tercinta ni. Mulanya dicanang oleh Tian Chua (yang latar belakang tentang pertahanan pun tak ada) dan disambut oleh Kua Kia Soong, seorang cina yang menulis dua buah buku copy paste laporan media dan canang diri sendiri pakar pertahanan walhal beza antara korvet dengan frigate pun dia menggagau. Lepas tu bola tanggung disambut oleh Rafizi, politikus yang eja warfare pun salah. Ulangan demi ulangan dibuat supaya political mileage tu kekal.

Kami takkan bersuara kalau yang menyuarakan isu itu ada hard facts and figures, tapi yang lebih banyak dicanangkan menjurus kepada fitnah dan persepsi negatif terutama keatas Angkatan Kapal Selam dan TLDM sendiri dengan konotasi yang disebarkan kepada masyarakat oleh kalangan hamba politik.

Jadi penulisan saya kali ini akan membidas kenyataan Tun dan juga membidas siaran ulangan fitnah berkenaan kos perolehan Scorpene oleh Malaysia yang sebenarnya bukan menjurus kepada pembasmian rasuah tetapi lebih kepada modal politik untuk pilihanraya saja.

Tak Boleh Guna Di Laut Cina Selatan

“Saya memang tak nak beli kerana kita tak boleh guna. Kapal selam itu kita tak boleh guna di Selat Melaka. Dan kita tidak ada duit, kosnya tinggi.”

Ini adalah petikan kenyataan yang disebut oleh Tun sendiri sewaktu temuramah oleh Malaysian Insight yang kemudian diulang siar oleh media-media alternatif lain seperti FMT dan Mkini.

Kenyataan Tun agak tidak berasas kerana hanya menumpukan Selat Melaka walhal Malaysia adalah sebuah negara yang bersempadan dengan 4 kawasan perairan utama – Laut Andaman di bahagian utara Semenanjung, Laut China Selatan yang bersempadan dengan Pantai Timur Semenanjung serta Sabah Sarawak dan Laut Sulu di Sabah Timur, selain Selat Melaka.

Ya memang kebanyakan kapal selam asing yang transit Selat Melaka akan berada dipermukaan, bermula dari Selat Singapura hinggalah Permatang Sedepa yang mana kawasan perairan ini memang cetek – tetapi Tun mesti ingat, kawasan perairan Selat Melaka selepas Permatang Sedepa (atau One Fathom Bank) menghala ke utara terus ke Laut Andaman dan seterusnya ke Lautan Hindi mempunyai kedalaman yang signifikan serta sesuai untuk operasi bawah permukaan.

Saya sendiri terlibat bertugas di DSV Mega Bakti mengiringi KD Tunku Abdul Rahman dari Sepanggar ke Lumut dimana sepanjang perjalanan – KD TAR hanya berada dipermukaan apabila kami tiba di Singapura dan meneruskan perlayaran hingga ke Lumut dan sebagai seorang yang kerap menggunakan jaringan laluan pelayaran Selat Melaka dan faham akan keadaan kedalaman kawasan perairan tersebut, hanya kawasan Selat Melaka yang saya sebutkan itu sahaja yang mewujudkan limitasi bagi operasi kapal selam.

Tetapi tidak di utara Permatang Sedepa yang juga merupakan Selat Melaka.

Tidak di Laut China Selatan.

Ya ada kawasan Selat Melaka dari Port Dickson hingga Melaka yang mempunyai kedalaman kurang dari 30 meter tapi Tun kena tahu, Selat Melaka itu sendiri mampu mengendalikan kapal-kapal kargo mega, malah Singapura sendiri melaksanakan rondaan bawah permukaan di perairan mereka dan jauh ke Laut China Selatan. Selat Melaka bukan satu-satunya perairan yang kita ada.

Kedalaman kedua-dua kawasan perairan ini sangat signifikan malahan kedalaman kawasan perairan luar pantai Sarawak dan Sabah boleh mencecah 3000 meter dan ke atas. Tun boleh tanyakan PUSAT HIDROGRAFI NASIONAL kita. Mereka mencerap dan membuat pemetaan kawasan dasar laut untuk kegunaan perkapalan saudagar dan tentera. Tun boleh tanyakan Murphy, Petronas dan Shell, dimana pelantar minyak laut dalam mereka beroperasi dikawasan dengan kedalaman lebih 1000 meter. Tidak sesuaikah kedalaman tersebut untuk pengoperasian kapal selam?

Kenapa kita tak sesuai sedangkan Republik Rakyat China dan Amerika Syarikat sendiri mengoperasikan kapal selam mereka di perairan Laut China Selatan.
Pengkhususan operasi kapal selam TLDM tertumpu di kawasan Laut China Selatan sebilang masa kerana adanya ancaman konvensional dari angkatan kapal selam asing dan angkatan laut asing yang melakukan aktiviti yang tidak sepatutnya di Zon Ekonomi Eksklusif negara kita.

Tun kena ingat, ZEE negara kita ini dipenuhi dengan pelantar-pelantar minyak dan gas yang merupakan sumber bahan api utama yang mejana ekonomi negara kita dan kita tak boleh letakkan threat perception hanya di Selat Melaka.

Melihatkan kata-kata Tun yang menyebut, kapal selam tidak sesuai kerana perairan kita cetek, dan tak boleh digunakan di Selat Melaka menunjukkan Tun tidak faham atau mungkin not informed adequately berkenaan operasi kapal selam TLDM itu sendiri yang mana pengoperasian angkatan kapal selam tidak terhad di Selat Melaka tetapi merangkumi Laut China Selatan, Laut Andaman dan Laut Sulu. Barangkali Tun sendiri tersilap, seperti mana Tun sendiri pernah silap menyebut dalam penulisan biografi bertajuk Doktor Umum bahawa tiada pesawat Sukhoi Su-35 apabila diusulkan untuk pesawat tersebut digunakan oleh TUDM tetapi Tun kata pesawat tersebut tak wujud. Ini bukan saya kata, Tun sendiri kata dan tulis dalam biografi Tun sendiri yang laris dipasaran. Saya ada satu salinan juga dirumah. Ya saya baca sebab tu saya nyatakan disini.

Oh juga suka saya ingatkan, sebelum kita buat perolehan untuk mendapatkan Scorpene, Singapura dan Indonesia telah lebih awal menjadi operator kapal selam. Ya benar yang berbahagia Tun, Singapura bermula dengan 4 buah kapal selam second hand jenis Challenger dari Sweden, beroperasi di Laut China Selatan dan kemudian menambah lagi jumlah dengan mendapatkan 2 tambahan kapal selam jenis Archer second hand juga dari Sweden. Indonesia sejak tahun 70an sudah mengoperasikan kapal selam. 2 negara tu ada persempadanan dengan Selat Melaka tetapi tetap berpendirian perlu mengoperasikan dan mengendalikan angkatan kapal selam. Tidak pula kepimpinan mereka menyatakan ia tidak sesuai kerana perairan yang cetek.

Malah sewaktu diawal proses cadangan untuk mendapatkan kapal selam, Menteri Pertahanan Singapura menjelaskan akan peri penting untuk mempunyai dan mempelajari keupayaan dan kepentingan aset peperangan bawah permukaan dalam memperbaiki dan mempertingkatkan keupayaan pertahanan Singapura.

Wahai Tun, di Singapura tu, keliling dia air cetek. Dari Sembawang membawa ke Changi. Cetek belaka. Tetap ada mengoperasikan kapal selam. Bukan suruh tiru mereka tapi apa logikanya dan apa peri penting bila adanya aset pertahanan sebegitu?

Dan saya agak terkejut bilamana Tun kata kita tak ada duit dan kos operasi tinggi.

Bukankah keadaan ekonomi sewaktu pentadbiran Tun sudah baik, dan bukankah keputusan pembelian dibuat sewaktu zaman Tun yang sudah semakin pulih dari krisis kewangan?

Aneh bilamana Tun kata kita tak ada duit sedangkan pada masa sama Tun luluskan perolehan aset persenjataan lain untuk Angkatan Tentera Malaysia.

Tak Tahu: Tiba-Tiba Buat Pesanan

“Tetapi tiba-tiba setelah saya bersara, saya dapat tahu menteri pertahanan (Najib) sudah buat pesanan untuk mendapatkan dua buah Scorpene.

“Keputusan itu mungkin dibuat ketika saya menjadi perdana menteri, tetapi saya tidak dimaklumkan tentangnya,” katanya.

-Rencana untuk mengukuhkan kekuatan TLDM dengan penubuhan angkatan kapal selam bukan cerita dua tahun lepas, tetapi merupakan aspirasi yang sudah lama didokong sejak pentadbiran Tunku Abdul Rahman lagi.

Tun tahu tak siapa yang mempunyai visi untuk TLDM mempunyai angkatan kapal selam sendiri yang kredibel?

Laksamana K Thanabalasingham – laksamana TLDM pertama yang merupakan warganegara Malaysia dan seorang yang mempunyai pandangan jauh akan perkara keselamatan dan pertahanan nasional.

Laksamana K. Thanabalasingham adalah orang yang pertama menyebut tentang keperluan TLDM untuk menjadi kuasa angkatan laut yang mengendalikan aset bawah permukaan untuk tujuan cegah rintang dan keselamatan kawasan perairan negara dari ancaman konvensional dan ini telah disebut oleh beliau sewaktu memegang tampuk pentadbiran TLDM dari 1967 hingga 1976. Beliau menyatakan bahawa TLDM mestilah menjadi angkatan yang memiliki kemampuan sub surface warfare dan ini adalah visi beliau pada era 70an.

Tun, tahun 70an lagi TLDM sudah berkira-kira untuk mempunyai underwater fighting capabilities.

Beliau nampak kepentingan peperangan bawah permukaan sebagai deterrence atau cegah rintang dalam menghadapi ancaman konvensional, dan usaha untuk membangunkan keupayaan ini dibuat dengan menghantar anggota dan pegawai TLDM ke luar negara untuk tujuan kursus peperangan bawah permukaan dan anti kapal selam.

Usaha untuk membolehkan TLDM mendapatkan aset berupa kapal selam bagi tujuan cegah rintang dan mempertahankan kedaulatan perairan negara kita yang kaya dengan hasil sumber petroleum dan gas serta dalam merangka ancaman masa depan yang bakal dihadapi ekoran penetapan oleh negara-negara tetangga berkenaan Zon Ekonomi Eksklusif melalui ketetapan UNCLOS.

Maka sekitar tahun 1995 ada usaha untuk kembalikan idea menubuhkan angkatan kapal selam dan ini diteruskan usulnya oleh PTL pada tahun 1999.

Beliau telah menyebut tentang mewujudkan angkatan kapal selam sejak tahun 70an lagi. TUJUH PULUHAN yang berbahagian Tun, sebelum Tun jadi PM lagi tu.

Rencana ini sering dibincangkan dan dikaji pelbagai aspek oleh TLDM, Dasar dan MINDEF sendiri, jadi agak aneh bilamana Tun kata seolah-olah tak tahu adanya rencana sedemikian. Come on la Tun, you are a prime minister for 22 years. Takkan tak ada seorang pun Panglima TLDM yang bercakap tentang perkara ini secara terus. Oh ya memang ada. Panglima TLDM yang bernama Lak.

Kalau Tun kata tak ada perbincangan mengenainya di parlimen, bagaimana pula dengan Hansard parlimen yang ada menyebut dan membincangkan tentang peri penting dan usaha untuk mewujudkan keupayaan angkatan kapal selam?

Impossible kalau Tun sebagai Menteri Kewangan dan Perdana Menteri sendiri tak tahu akan adanya perolehan secara direct government to government negotiation antara MALAYSIA DAN PERANCIS. Impossible Tun. Impossible.

Sebab apa impossible, sebab kami masih ingat Tun hadir dalam majlis tanda tangan persetujuan perolehan Scorpene diantara Malaysia dan Peranchis. Ini berlaku pada tahun 2002. Takkan Kementerian Kewangan merangkap Perdana Menteri tak mai kan.

Dan Perimekar itu pulak syarikat LTAT yang asalnya milik Mohkzani yang juga cuba untuk usulkan pembelian kapal selam Jerman jenis Type 212 sebelum diambil alih oleh LTAT.

Tahun 1999, Laksamana TLDM ada beritahu tentang kemampuan TLDM untuk beroperasi jauh dilaut lepas dengan adanya angaktan kapal selam dan Tun sendiri setuju dengan cadangan tersebut yang mana ia disusuli dengan perolehan Scorpene.

Tang mana yang Tun kata tak tau. Nak kami interview Laksamana Tan Sri Dato Sri Abu Bakar Abdul Jamal (bersara) pulak ke. Boleh je.

Perbincangan mengenai perolehan itu sendiri disebut dalam kabinet dan dewan rakyat. Hansard parlimen tidak menipu Tun.

Oh dan saya suka cara Tun sebut dalam video yang dikepilkan oleh Malaysian Insight – yang mana Tun sebut “seingat saya”.

Maknanya Tun sebenarnya ingat-ingat lupa la ya dak.

Sekali lagi Hansard Parlimen tidak menipu.

Lagi satu, Tun mungkin lupa akan Amin Shah, orang kuat industri yang Tun pilih untuk terajui PSCND yang mana dia juga beria-ria mahu jual kapal selam second hand buruk dari Belanda kepada TLDM circa 1999-2000? Ya Amin Shah sendiri pernah offer 2 buah kapal selam second hand yang dah uzur teruk dari Belanda dan park depan Markas Armada supaya Tun setuju je dengan dua kapal selam second hand tu, padahal TLDM pada masa sama tak berminat langsung dengan venture Amin Shah dan lebih cenderung untuk mendapatkan jenis kapal selam CA-2000 yang merupakan konsep dan rekabentuk kapal selam yang kemudiannya menjadi Scorpene yang dah tentu bukan second hand dan lebih berkeupayaan dari kapal selam tahun 70an dari Belanda yang bernama Tigerhaai dan Zwardwiss yang harganya nanti akan lebih mahal.

Takkanlah Tun tak tahu rencana Amin Shah, diakan orang kuat Tun. Sama kuat dengan Eric Chia tauke Perwaja, dan tauke-tauke YTL dan IOI sekadar menyebut beberapa konglomerat?

Nasib rencana Amin Shah untuk jual kapal selam rompong dari Belanda tu gagal dan ia ditolak mentah-mentah oleh TLDM pada waktu itu. Kalau tak, tak tahulah berapa billion lesap, macam lesapnya 1 billion ringgit bila ia digelapkan juga oleh Amin Shah sewaktu program NGPV.

Tun lupa? Kami tak pernah lupa akan jerung-jerung celaka yang menyebabkan TLDM berada pada keadaan sekarang yang serba serbi kurang sana sini. WE NEVER FORGET.

Dan tolonglah wahai Tun, takkan satu perolehan ini Tun sendiri tak tahu sedangkan waktu zaman Tun, perolehan pertahanan punya banyak – dari PERISTA, ke perolehan pesawat Sukhoi dan sebelumnya MiG29N, segala bala kenderaan tempur dan kapal perang, takkan satu dua kapal selam ni Tun tak tahu langsung. Imposible lah.

Ke Tun hanya baca skrip budak lepasan universiti yang dah memang tak tahu menahu langsung apa-apa pasal defence related matters?

Kapal Selam Bukan Untuk Pertahanan, Tetapi Menyerang

“Lagipun saya kata kita nak perang dengan siapa? Kalau kita beli pun berapa banyak. Kita tak boleh perang dengan sesiapa.”

Simple je yang berbahagia Tun Mahathir Mohamed – Perdana Menteri Malaysia selama 22 tahun.

Saya jawab macam ni je:

IF YOU WANT PEACE, PREPARE FOR WAR.
SI VIS PACEM, PARA BELLUM

Oh dan setiap aset pertahanan mempunyai keupayaan untuk diatur gerak dalam postur defensif dan ofensif. Nampaknya Tun terkeliru dengan sebutan pertahanan yang nampak tertumpu kepada hanya bertahan. Atau sebenarnya pemahaman Tun kurang baik.

Tun tahu tak kenapa Singapura yang sekangkang kera tu ada sampai 6 kapal selam. Dia nak berperang dengan siapa?

Ya bukan dengan kita, tapi mereka bersiap sedia untuk menghadapi ancaman dan menyediakan aset cegah rintang yang membolehkan mana-mana musuh yang berniat membuat angkara supaya berfikir dua tiga empat kali untuk melakukan tindakan sedemikian. Itulah dia pertahanan.

Cara Tun cakap ni macam kita pertikai keselamatan rumahlah, kenapa nak kena pasang grill, kenapa nak pasang CCTV, kenapa nak upah jaga, kenapa nak masuk taman atau kondo kena ada kad sekuriti, kenapa nak kena ada rukuntetangga. Kenapa Polis bila dah dekat nak raya pesan suruh periksa kunci rumah, simpan barang berharga, simpan nombor telefon kecemasan, suruh pesan dengan jiran tengok-tengokkan rumah. Kenapa kita buat demikian walhal katalah kita duduk dekat taman yang dah berpuluh tahun tak ada kes rompak atau samun, kita tetap buat benda-benda tu. Kenapa?

Sebab kita tak tahu bila akan jadi kes rompakan dan samun jadi membuat persediaan itu adalah lebih baik dari tunggu dah kena baru nak buat macam-macam suruhanjaya bagai. The same goes to national defence. Menanyakan soalan “kita nak perang dengan siapa” itu secara tak langsung – Tun dah letakkan level Tun sebarai dan sebaris dengan politikus murahan Malaysia, level yang tak sepatutnya untuk seorang Perdana Menteri yang mentadbir selama 22 tahun.

Bertahan bukannya bermaksud – oh senjata ni untuk menyerang jadi tak boleh beli. Konotasi defensif Tun itu sendiri dah salah dan pincang walhal defensive is also an offensive. Kalau ikut konotasi Tun mengenai pertahanan diri adalah sebegitu maka saya rasakan pemahaman Tun agak dangkal dan sangat pincang sekali kerana, macam Tun cakap kapal selam adalah senjata menyerang. Tapi tidak boleh langsung digunakan untuk pertahanan diri? Salah tu.

Apa sahaja sistem senjata yang ada merupakan double edge sword. Ia boleh digunakan untuk defensive posture dan juga offensive posture. Kalau tidak kenapa, macam saya katakan Singapura sampai ada 6 kapal selam second hand. Kenapa Indonesia masih kekalkan angkatan kapal selamnya yang merupakan 2 buah Type 209 dan malah berkira kira untuk membuat perolehan baharu. Kenapa Thailand juga merangka perolehan untuk menubuhkan dan mendapatkan kapal selam. Kenapa Vietnam juga melakukan perkara sedemikian. Mereka nak serang siapa?

Depa nak perang dengan siapa?

Submarine yang diperoleh oleh RMN boleh dioperasikan di mana2 kawasan lautan bergantung kepada kedalamannya..

Yang pasti ia boleh dioperasikan di pantai timur Sabah, ia boleh dioperasikan di laut china selatan dan juga di selat melaka.

Kelebihan scorpene atau mana-mana kapal selam yang dijana dengan penjana diesel elektrik adalah ia lebih senyap dan lebih sukar dikesan di kawasan air cetek…dan kawasan perairan yang sibuk dengan aktiviti perkapalan. Satu kelebihan yang ada secara tersendiri pada wilayah laut malaysia serta zon ekonomi eksklusifnya.

Kawasan-kawasan perairan negara adalah kawasan perairan yang amat sibuk dengan aktiviti perkapalan yang pelbagai dan merupakan sea lanes of communication yang amat vital bagi perdagangan dunia, terutama dari barat ke timur dan ke benua amerika.

Selain itu, kedalaman kawasan perairan negara yang tidak sedalam lautan pasifik (kedalaman pentas benua negara adalah dalam lingkungan 150m-200m di laut china selatan, selat melaka mempunyai kedalaman 200m di utara dan paling cetek 5m terletak d iselatan, sekaligus Malaysia mempunyai keadaan topografi semulajadi yang menyukarkan pengesanan kapal selam, dua perkara ini merupakan kelebihan yang dimiliki negara dan ia dieksploitasi bagi tujuan pertahanan dengan pengunaan kapal selam.

Perlu diketahui umum, kapal selam adalah aset strategik yang amat digeruni oleh mana-mana armada. Dari sebesar-besar kuasa militer dunia hingga negara dunia ketiga, kerana satu kapal selam mampu untuk menghadang atau memusnahkan aset kritikal armada seperti kapal pengangkut atau kombatan permukaan prinsipal seperti destroyer atau kruiser dengan mudah dan tanpa dikesan, meyebabkan musuh perlu berfikir dua tiga empat kali untuk cuba memasuki perairan negara dengan formasi armada yang besar.

Senario jika berlaku perperangan. Blockade akan menyebabkan detour pada SLOC dan secara langsung menjejaskan perdagangan antarabangsa dan ini akan menutup laluan strategik minyak mentah dunia. Menjadi tanggungjawab Malaysia mempertahankan laluan ini dari sabotaj musuh. Dengan kehadiran kapal selam Malaysia, musuh yang ingin mensabotaj laluan ini terpaksa berfikir dua kali kerana Scorpene merupakan ancaman paling besar kepada kapal selam dan kapal perang mereka.

Selain itu, kedalaman kawasan perairan negara yang tidak sedalam lautan pasifik (kedalaman pentas benua negara adalah dalam lingkungan 150m-200m Di laut china selatan. Selat melaka mempunyai kedalaman 200m di utara dan paling cetek 5m diselatan. Mempunyai keadaan topografi semulajadi yang menyukarkan pengesanan kapal selam, dua perkara ini merupakan kelebihan yang dimiliki negara dan ia dieksploitasi bagi tujuan pertahanan dengan pengunaan kapal selam.

Oleh kerana Scorpene terlalu senyap ia bukan sahaja mampu memberi ancaman kepada kapal-kapal perang kecil malah fleet yang paling besar pun terasa terancam.
Selain itu, teknik untuk mencari kapal selam juga bukan mudah. US sendiri perlu mempunyai deretan kapal frigat anti kapal selam lengkap dengan helikopter organik yang mampu membawa sonobuoy dan memusnahkan kapal selam. Selain pengunaan pesawat rondaan maritim anti kapal selam dan juga pengunaan sonar aktif dari kapal perang permukaan…hanya untuk mencari dan memusnahkan satu kapal selam.

Ya, anda perlu mengatur gerak seluruh kekuatan anti kapal selam yang ada pada kapal dan pesawat untuk mencari dan memusnah sebuah kapal selam. Ia satu tugas yang bukan mudah dan ini lebih menyukarkan jika nakhoda kapal selam tersebut amat cekap dan mengetahui selok belok perairan dan kawasan-kawasan yang memberikan kelebihan kepada nya dgn mengelak dari dikesan atau membuat serangan.

Kelihatan dua buah seperti tidak mencukupi, perlu diketahui kuantiti bukanlah segalanya. Kualiti adalah aspek yang perlu diambil kira dan amat ditekankan.

Angkatan Kapal Selam kita merupakan aset maritim strategik yang diperlukan untuk mempertahankan ancaman konvensional lintasan laut yang merangkumi armada-armada kapal dan kapal selam seteru yang cuba membuat angkara murka keatas negara kita.

Sifatnya yang siluman, moden dan sukar dikesan malah memerlukan pihak musuh sejumlah kos yang tinggi untuk menangkis serta menjejak pemburu halimunan ini menjadikan ia aset yang sangat penting untuk TLDM dan juga ATM itu sendiri.

Dikendali sejumlah warga angkatan yang sangat kompeten, trampil dan siaga sepanjang masa, ia adalah mata tombak dan pemukul utama armada TLDM yang disegani rakan dan digeruni lawan.

Perbandingan Dengan Korea Utara

“Korea Utara ada berapa puluh biji. Kita nak beli dua biji nak lawan dengan siapa? Kita tak ada rancangan nak perang dengan Indonesia ataupun Singapura.”

Tun, Korea Utara memang ada berpuluh kapal selam – semuanya kapal selam era Perang Korea, era Perang Dingin buatan Soviet dan China. Betul mereka ada berpuluh-puluh kapal selam, dan jumlah tersebut adalah untuk mengatasi kekuatan armada angkatan laut Korea Selatan dan Jepun dan Amerika Syarikat yang lebih ampuh kuasa tempur mereka di atas permukaan yang mana mereka iaitu Korea Utara sangat serba kekurangan dari segi teknologi, maka ia diimbangi dengan jumlah.

Disebabkan Korea Utara mempunyai sumber terhad untuk membangunkan armada kapal perang, maka mereka mengambil jalan menguasai ruang bawah permukaan laut – walaupun kapal selam mereka tidaklah secanggih Scorpene atau Type218SG malah tidak setaraf pun dengan fast attack boat milik angkatan laut Amerika dan Republik Rakyat China dan Jepun yang super moden, tapi ia sudah cukup untuk mewujudkan langkah cegah rintang kepada armada Amerika dan meletakkan armada Korea Selatan dan Jepun dalam keadaan berjaga-jaga.

Kebanyakan kapal selam Korea Utara adalah buatan mereka sendiri, dengan kualiti binaan yang rendah standardnya, tidak mempunyai sifat stealth yang baik dan enjin untuk tujuan pendorongannya juga sangat bising kalau mengikut standard angkatan laut global – namun ia adalah deteran yang cukup ampuh untuk Korea Utara melaksanakan serangan hendap dan penyusupan unit gerila mereka, malah sesuai untuk operasi kawasan perairan semenanjung Korea dan tidak memerlukan mereka untuk beroperasi jauh di lautan lepas, cukup di kawasan pesisir.

Yang berbahagia Tun, kapal selam Korea Utara terdiri dari jenis Yono yang merupakan midget submarine, yang mulai digunakan sejak tahun 1960an, sejumlah Type 033 atau Romeo class yang merupakan vintaj era Soviet dengan separuh darinya sudah usang dan tidak berada dalam keadan baik (China dan Russia sendiri dah scrap Romeo class), dan sejumlah Sang-O yang dibina sendiri – semuanya memang mempunyai jumlah signifikan tetapi sangat rendah kualiti dan taraf stealth-nya yang memudahkan ia dikesan angkatan laut seteru.

Ini sangat berbeza dengan kapal selam kita, malah kapal selam negara-negara serantau Asia Tenggara sekali pun yang lebih baik kondisi, kualiti dan keupayaan selaman serta tahap silumannya walaupun kuantitinya lebih sedikit.

Bising pun kapal selam Korea yang usang itu pun tetap ia dianggap ancaman yang berbahaya oleh angkatan laut kuasa besar, apatah lagi kapal selam diesel seperti Scorpene atau seperti Challenger dan Archer yang lebih moden?

Nampak tak Tun, sebuah kapal selam mampu menyebabkan satu armada besar kucar kacir tak senang duduk dan ini dibuktikan sewaktu Konflik Falklands dimana hampir keseluruhan armada Argentina berlabuh di pangkalan mereka bilamana mengetahui Royal Navy mengatur gerak 1 kapal selam ke Falklands.

1 Uboat milik Nazi Jerman cukup ampuh untuk menyebabkan konvoi Amerika yang membawa bekalan untuk Britain sewaktu Perang Dunia Kedua lumpuh.

Satu skuadron kapal selam balistik milik angkatan laut Soviet sudah cukup menggentarkan Amerika Syarikat.

1 kapal selam Sweden sudah cukup untuk memeningkan petinggi armada Amerika untuk mencari dan memburu ia dalam latihan silang antara kedua negara.

Korea Utara tak perlu serang sesiapa pun, hanya tunjukkan kapal-kapal selam vintaj mereka kesana kemari dan ia sudah cukup menggentarkan armada Amerika, apatah lagi mereka mempunyai kelebihan dari segi kuantiti yang mengimbangi kekurangan dari segi teknologi dan kualiti binaan.

Kenapa begitu?

Kerana kapal selam adalah ancaman yang sangat sukar ditangani, dan ia adalah aset cegah rintang yang sangat signifikan kelebihannya dan bagi pihak musuh ia memerlukan atur gerak seluruh kekuatan armada untuk mencari dan memusnah,dari pesawat rondaan maritim hinggalah kapal pembinasa lengkap dengan helikopter anti kapal selam yang memakan kos tinggi untuk melaksana operasi. Ini semata mata untuk mengekang 1 kapal selam.

Kata kunci disini adlaah CEGAH RINTANG/DETERRENCE.

Saya Anti Perang

“Saya anti perang. Saya tidak boleh selesaikan apa-apa konflik melalui peperangan. Iyalah, kita mesti ada tentera tetapi tentera kita adalah pertahanan. Kapal selam bukanlah untuk pertahanan.”

Masa krisis kewangan tahun 1997-1998 Malaysia dan Singapura hampir terlibat dalam konflik bersenjata.

Seluruh Singapura dimobilisasikan kerahannya.

Bola merah diwartakan.

ATM juga diaturgerak.

Pasukan khusus kita telah ditetapkan sasaran-sasaran penting untuk serangan balas.

Tun lupa ke Tun bagi arahan dekat panglima-panglima untuk pecah perang sebab sangka matawang kita jatuh disebabkan oleh Singapura.

Generasi ATM sekarang tak tahu tapi ramai dari petinggi circa 97-98 yang sudah bersara masih ingat arahan Tun.

Anti perang ye?

Saksi hidup masih ada lagi Tun.

Mungkin Tun je terlupa.

Tapi ramai yang ingat. Ini bukan Melayu yang mudah lupa macam Tun canangkan dalam sajak tu.

Dan ramai juga yang termakan dengan momokan Singapura nak serang kita masa zaman Tun vs Lee dulu. Masing-masing jadikan jiran sebagai boogeyman.

Tun tak salah bila mengatakan yang Tun anti-perang. Kami tak lupa bagaimana Tun dengan lantang menyergah Israel bilamana Palestin tiap kali diasak, bilamana sewaktu Iraq dan Afghanistan dijarah Amerika dan sekutunya. Kita tak lupa, polisi dan kenyataan Tun tu, tapi bila Tun kata kapal selam bukan untuk pertahanan tu, kami terasa macam – eh ini ke Tun Mahathir yang dulu masa jadi Perdana Menteri Malaysia sangat mapan memodenkan Angkatan Tentera Malaysia. Ini ke statement seorang Perdana Menteri 22 tahun tadbir Malaysia. Like seriously?

Pesawat MiG-29N, segala Sukhoi, segala frigate yang kita ada, program NGPV kita, program PERISTA yang dilaksanakan dulu tu pun semua tu setiap satunya mampu untuk menyerang dan tetap untuk pertahanan.

Jadi, yang berbahagia Tun, saya nak tanya ni, Tun keliru dengan perkataan menyerang dan bertahan, kurang faham dengan defensive and offensive posture atau Tun bercakap ikut teks yang ditulis oleh entah sapa untuk tujuan political mileage.

Terus terang cakap, this is so not you wahai Tun Mahathir Mohamed.

This is so not you whom i knew for the last 30 plus years. Sangat lain.

Perimekar Orang Tengah, Tuduhan Sogokan Dan Kaitan Perempuan Mongolia

Media alternatif dan NGO seperti Suaram adalah antara lidah utama yang seringkali menyebut kontrak berjumlah EUR 114.96 Juta atau 550 juta Ringgit yang dibayar kepada Perimekar sebagai sogokan. Kamu bacalah di setiap laporan berita mereka tanpa gagal mereka sebutkan kontrak tersebut sebagai sogokan dan sehingga hari ini mereka gagal menunjukkan bukti perakaunan akan adanya pembayaran sogokan.

Saya memetik Hansard Parlimen yang dibacakan di Parlimen Malaysia yang menerangkan dengan jelas dan tepat akan jumlah pecahan kos kontrak 114.96 juta Euro yang dituduh pihak-pihak bermotif politik sebagai komisyen dan sogokan:

“Syarikat Perimekar Sdn. Bhd. yang didakwa menerima komisen, sebenarnya diberikan kontrak menyediakan perkhidmatan sokongan dan koordinasi untuk tempoh selama enam tahun. Nilai kontrak tersebut adalah sebanyak EURO 114.96 juta, yang dibayar secara berperingkat-peringkat mengikut kemajuan pelaksanaan projek.

Perimekar Sdn Bhd dimiliki bersama oleh Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT), Boustead Holdings Berhad dan K.S.Ombak Laut Sdn. Bhd

Skop kerja perkhidmatan sokongan adalah seperti berikut:

Menyediakan kemudahan kediaman beserta kelengkapan untuk tim projek bagi 27 keluarga di Perancis dan Sepanyol untuk tempoh enam tahun.

Menyediakan pejabat urusan dan kediaman beserta kelengkapan bagi krew kapal selam TLDM seramai 156 orang untuk tempoh empat tahun di Perancis dan Sepanyol.
Menyediakan insurans kesihatan bagi anggota serta keluarga tim projek dan krew kapal selam di Perancis dan Sepanyol.

Membayar elaun harian dan elaun krew kapal selam sebanyak EURO 50 sehari seorang untuk tiga tahun pertama dan EURO 60 sehari seorang untuk tiga tahun kedua.
Membiayai kos penerbangan pergi dan balik bagi setiap krew kapal selam untuk balik bercuti ke Malaysia pada setiap 4 bulan (tiga kali setahun).

Lain-lain keperluan tim projek dan krew kapal selam di Perancis dan Sepanyol
Perkhidmatan koordinasi pula melibatkan:

Bertanggungjawab memastikan penyertaan syarikat Malaysia dalam pembinaan dan membantu syarikat-syarikat Malaysia yang berpotensi untuk menyertai program off-set.
Membantu kontraktor utama dalam memberi maklumat tentang prosedur kerajaan berhubung perlaksanaan kontrak.

Menyelaras latihan krew kapal selam antara kontraktor dengan kerajaan.
Menyediakan laporan koordinasi setiap enam bulan.”

Perimekar adalah syarikat yang dikendalikan oleh Lembaga Tabung Angkatan Tentera. Asalnya ia milik Mokhzani dan kemudia diambil alih oleh LTAT.

Syarikat ini diterajui pada waktu itu oleh Laksamana Mady Dato Hussein Thamby (bersara) dimana syarikat Perimekar sebelum tandatangan persetujuan perolehan Scorpene oleh Malaysia dan Peranchis telah diberikan tanggungjawab untuk meneliti dokumen dan spesifikasi berkenaan Scorpene yang mana ia turut melibatkan pegawai-pegawai TLDM. Penelitian dokumen, spesifikasi dan rangkaan kos operasi Scorpene ini adalah untuk membantu Kementerian Kewangan yang akan membuat keputusan akhir untuk meneruskan atau membatalkan perolehan.

Kementerian Kewangan tetap adalah kementerian yang mempunyai kuasa menyatakan kata putus setuju atau tidak, dan dalam kes ini mereka setuju dan urusan jual beli, pembayaran, rundingan pereknomian dan timbal balas antara kedua negara dibuat oleh KEMENTERIAN KEWANGAN. (Masa tu Menteri Kewangan adalah – Tun Dr Mahathir Mohamed. Full stop)

Perimekar ni jugak yang dapat kontrak untuk urusan mengurus tadbir pegawai dan krew kita ke Perancis dan Spain selepas tu. Itu yang mereka dibayar 114.69 juta Euro tu. Ia bukan sogokan, bukan komisyen tapi untuk mengendali tadbiran krew kita disana. 114.69 juta Euro itulah gaji bulan-bulan pegawai dan kru kapal selam kita. Itulah elaun mereka. Itulah duit yang bayar tiket penerbangan mereka setahun 3 kali. Itulah yang cover insurans depa. Yang cover transportation depa. Yang cover segala bala keperluan tim penilai, krew dan staf sokongan selama 6 tahun. Basically tu duit kerajaan. Dan Perimekar diamanahkan untuk urus duit tu.

Kontrak Scorpene ni terbahagi dua:

Perolehan dua buah kapal selam BARU Scorpene telah ditandatangani pada 5 Jun 2002 oleh Kerajaan Malaysia dengan Syarikat DCNS (Perancis) dan NAVANITA (Sepanyol) selaku pembekal kapal selam dan Perimekar Sdn Bhd sebagai Project Services Provider. Nilai kontrak ini ialah EURO 1.084 bilion. Skop kontrak ini terbahagi kepada dua bahagian iaitu:

a) Bahagian Pertama: Antara Kerajaan Malaysia dengan Syarikat DCNS ( Perancis ) dan NAVANITA ( Sepanyol ) merangkumi perolehan dua buah kapal selam jenis Scorpene, pakej Integrated Logistic Support (ILS) dan latihan untuk warga kapal selam Scorpene. Nilai bahagian ini ialah EURO969.15 Juta.

b) Bahagian Kedua: Antara Kerajaan Malaysia dengan Perimekar Sdn Bhd merangkumi perkhidmatan koordinasi dan sokongan kepada Pasukan Projek dan pelatih pelatih kapal selam di Perancis dan Sepanyol. Nilai bahagian ini ialah EURO114.96 Juta.

Oklah mari kita kira kos pembayaran elaun untuk kru kapal selam kita yang seramai 156 orang selam 6 tahun di Perancis dan Sepanyol ya.

to make the 114 million Euro so called siphoned money into perspective :

1st three years daily allowance = 50EUR
final three years daily allowance = 60EUR
no of personnel = 156 person
total payment per person for 1st 3 year = 54750EUR
total payment per person for last 3 year = 65700EUR
total for 156 personnel for 1st 3 year = 8.541 million EUR
total for 156 personnel for last 3 year =10.2492 million EUR
GRAND TOTAL = 18.790 million EUR
18.790 juta Euro tu saja untuk elaun.

Itu tak kira gaji pokok dan elaun tentera lain lagi yang mana gaji pegawai dengan anggota saja aku agak boleh cecah belas puluh ringgit jugak. Tukarkanlah ia ke Euro. Oklah tangga gaji pegawai TLDM sekarang berapa kalau pangkat Leftenan ke Komander. Kurang-kurang RM2500 hingga RM3500 sebulan. Elaun pegawai tak kira lagi tu. Tangga gaji LLP dan PW pulak dari katakanlah dari RM900 hingga RM1700. Tak kira pegawai waran senior yang tangga gaji boleh cecah RM2000. Ni kiraan kasar je ni. Kau kiralah dengan 156 orang dan kalikan dengan 6 tahun agak-agak setahun gaji depa berapa pulak.

Tiket kapal terbang seorang dari Paris ke KL via Malaysia Airlines saja dah berapa pulak. Kira la untuk 156 orang untuk 3 kali penerbangan setahun selama 6 tahun. Tak kira flight dari France ke Spain pulak ye dak.

Insurans kesihatan tak masuk lagi tu. Eropah mana ada hospital masuk bayar Rm 2 macam kat sini. Kau sakit kau kena ada insurans baru boleh masuk hospital. Orang miskin dilarang sakit.

Jadi, fikir-fikirkanlah ya. Celah mana kau nak sogok dengan kos sedemikian.

Dan lagi masih ada mulut-mulut politik puaka yang kata perolehan kapal selam kita satu pembaziran dan harganya terlalu mahal.

Macam nilah, selain Malaysia hanya Chile sahaja yang memesan Scorpene secara terus dengan Navantia dan DCNS.

Kos untuk KD Tunku Abdul Rahman dan KD Tun Razak keseluruhannya adalah 1.086 billion Euro, bersamaan 3 billion Ringgit Malaysia pada tahun 2002. Setiap unit Scorpene bernilai 484 juta Euro.

Kos untuk O`Higgins dan Carerra yang diperolehi angkatan laut Chile bernilai 500 juta Euro.

Kedua-dua Scorpene Malaysia dan Chile telah beroperasi secara aktif.

India mengambil keputusan membina sendiri Scorpene di Magazon, dan tidak menempahnya di Peranchis tetapi tetap memohon bantuan teknikal, kejuruteraan dan pembinaan Scorpene mereka. Kos pembinaan Kalvari class adalah sekitar 750 juta Euro dan tempahan berjumlah 6 buah.

Brazil juga membuat keputusan sama seperti India, tetapi membangunkan kelas Scorpene yang lebih besar dengan jumlah kos seunit sekitar 415 juta Euro untuk 4 buah Scorpene dan dibina sepenuhnya di Brazil dengan bantuan Peranchis.

Scorpene India dan Brazil masih lagi dalam proses pembinaan, dengan India mengalami peningkatan kos mendadak sepanjang program pembinaan yang bermula tahun 2009. Brazil pula dijangkan akan menyiapkan Scorpene pertama mereka menjelang 2018.

Kita ambil satu lagi contoh dari Sepanyol yang membina kapal selam jenis S-80 yang mempunyai persamaan dengan Scorpene.

Sepanyol menempah 4 buah S-80 dengan kos sekitar 553 juta Euro seunit, dan pembinaan bermula pada tahun 2009 dan terhenti apabila terdapat isu permasalahan penambahan berat mendadak yang menyebabkan kelewatan dan penambahan kos pembinaan untuk menyeimbangkan berat berjumlah 7.5 juta Euro bagi setiap meter pertambahan panjang kapal selam S-80. Isu berkenaan pembangunan sistem AIP juga menghantui perolehan S-80.

Jadi tang mana yang kata mahal tu eh?

Bilamana dua pegawai kanan DCNS baru-baru ini dipanggil untuk siasatan, kami sendiri tak terkejut malah setuju untuk mereka berdua disiasat sebagai membidas tuduhan fitnah dan tohmahan pihak Suaram berkenaan perolehan Scorpene. Mereka sendiri tak mengaku salah malah setuju untuk disiasat. Razak Baginda sendiri bekerjasama untuk disiasat.

Tu tandanya apa?

Tandanya memang tiada salah laku dan mereka tak takut dengan pertuduhan tersebut yang merupakan tuduhan liar bermotifkan politik. Tapi macam biasa media alternatif akan tetap berat sebelah untuk gain political mileage master-master politik mereka.

Siasatan masih dijalankan oleh pihak Perancis, tetapi media seperti Mkini dan konco-konco mereka melaporkan dengan mewujudkan persepsi seolah-olah sudah ada pertuduhan dan perbicaraan. Senang cerita media alternatif ni exagerrate cerita.

Ada sifat bias disitu memandangkan yelah kita tahu media alternatif ni adalah lidah-lidah rasmi pihak politikus yang memang seteru politik kerajaan memerintah sekarang. Sedangkan Reuters yang juga melaporkan dalam media mereka menyatakan dengan jelas saya lampirkan disini.

Link: https://www.reuters.com/article/us-france-malaysia-submarines-idUSKBN1AI17L

Oh dan bila disiasat ia bukan bermaksud tuduhan Suaram itu benar, malah boleh jadi tuduhan Suaram itu tak berasas dan mempunyai motif politk. Nak tahu betul ke tidak mestilah kena siasat kan.

Secara konsisten pihak Kementerian Pertahanan sejak wujudnya pertuduhan oleh kalangan pihak pro-pembangkang tidak pernah mengubah kenyataan rasmi mereka yang bayaran 114.96 juta Euro itu adalah jumlah kontrak yang diberikan untuk khidmat yang ditetapkan oleh TLDM dan Mindef kepada krew-krew kapal selam kita di Peranchis dan Sepanyol.

Tapi pihak suaram masih lagi bermain-main dengan fitnah. Antaranya fitnah yang Altantuya adalah penterjemah dalam urusan pembelian Scorpene.

Ini adalah tuduhan paling bodoh sejak ia mula-mula disebut oleh hamba politik dari 2008.

Kenapa?

  1. Altantuya tak pernah jejakkan kaki ke Perancis sejak dari 2004-2008, tahun dimana kedua-dua scorpene dibina.

2. Altantuya tak fasih berbahasa Perancis – macam mana pulak boleh jadi penterjemah. Oh dan bahasa inggeris mendiang pun tunggang langgang jadah nak jadi penterjemah.

3. Altantuya memang tidak terlibat dengan mana-mana urusan perolehan scorpene yang bermula pada tahun 2002 – krew aks pun tak pernah nampak dia, hatta tak kenal pun.

4. Dia model, apa kena mengena dia nak buat urusan pembelian senjata perang.

5. Pihak Perancis yang berurusan dengan malaysia semuanya fasih berbahasa Inggeris dan tidak memerlukan penterjemah yang tak reti cakap perancis dari Mongolia.

Tapi macam biasa media alternatif tetap kaitkan dua kes yang tak ada kena mengena ini sebagai satu konsiprasi. Dan macam biasa hamba politik akan angguk kata ini betul. Kita bukan nak back up sangat pemerintah tapi bukti kritikal yang ditunjukkan oleh politikus sikit pun tak substantial dan semuanya adalah berdasarakan agak-agak dan assumption dan putar belit banding pihak pemerintah yang berulang kali dengan konsisten termasuk dengan kenyataan orang-orang yang jadi pelaku-pelaku utama untuk perolehan Scropene menyatakan semua perolehan diaudit, semua rekod perakaunan konsisten tanpa ada pecah amanah dan paling penting:

PERJANJIAN PEROLEHAN SCORPENE ADALAH MELALUI GOVERNMENT TO GOVERNMENT DIRECT NEGOTIATION DIANTARA MALAYSIA DAN PERANCIS.

Tak ada orang tengah pun. Perimekar tu sendiri bukan orang tengah tetapi service provider untuk bantu licinkan urusan tadbir mengendali krew dan pegawai kita selama mereka di Peranchis dan Sepanyol selama 6 tahun. Tang mana kata depa dapat komisyen berjumlah 114.96 Euro sedangkan kerajaan bayar depa untuk bayar elaun dan gaji dan insurans dan tiket pesawat dan pengangkutan dan urus tadbir kru kapal selam kita. 114.96 Euro tu untuk TLDM. Tapi macam biasa hamba politik tetap cakap komisyen sebab dengar sangat cakap politikus murahan Malaysia.

Oh dan hasil keuntungan dari kontrak yang Perimekar dapat hanyalah RM1 juta ringgit. Tak percaya? Pergilah mintak laporan audit syarikat mereka. Kenapa yang ini tak dicanang.

Takkan kita nak benda yang betul sebagai salah.

Bukan ke pihak pembangkang sendiri cakap direct negotiation lebih telus. Bila sudah benar telus kenapa tetap terus menerus dengan pemfitnahan.

TAK LAIN TAK BUKAN KEPENTINGAN UNTUK MENANG PERSEPSI POLITIK LEBIH UTAMA DARI MELAWAN RASUAH DAN MENYATAKAN KEBENARAN.

Itu yang sampai sekarang hamba politik tetap kata kapal selam tak menyelam walaupun Lim Guan Eng sendiri ikut naik dan tengok depan mata duduk dalam Scorpene kita. Tandanya apa?

Kepada Tun Mahathir. KAMI TAK PERNAH LUPA.

KAMI TAK PERNAH LUPA JASA BAIK TUN UNTUK PASUKAN KESELAMATAN TAPI ITU TAK MEMBERIKAN LESEN UNTUK TIDAK BOLEH LANGSUNG BIDAS TUN.

TUN BUKAN MOKSYA YANG MAKSUM PUN.

Kami akui jasa Tun selama lebih 20 tahun, tetapi isu pertahanan negara bagi kami bukanlah alat untuk dipolitikkan. Terima kasih.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

A Seaman is not only a Navigator, but also a Merchant and a Soldier. "Through the seas we are strong. Jalesveva Jayamahe." 1. Diploma Nautical Studies, ALAM (2009). 2. Combined Mate and Master, A1MC, ALAM (2014). 3. COC Class 3, MARDEP Malaysia.

4 Comments

  1. Hahaha, kes Altantuya tu fitnah ke?
    Rakaman CCTV di klia boleh hilang selama 20 minit masa ketibaan penerbangan dari monggol tu? Beratus cctv boleh rosak serentak? Hahaha.
    Sekarang Tun dah PM malaysia, ko tuliskan lagi kalau berani..hehehehe

  2. Suka tengok angka2 besar yg ditunjukkan. Menunjukkan yg untuk mentadbir sesebuah negara bukanlah spt mentadbir sebuah keluarga. Ilmu yg dipakai adalah berlainan sama sekali. Cuma sayang seribu kali sayang, artikel ini tidak smpai kpd org yg sepatutnya sehingga telah menjadi pm sekali lagi. Hemat saya beliau telah menjadi PM tunjuk sahaja. Hanya diletakkan diatas pedestal kerana org ramai masih menghormatinya sbg pemimpin yg berjaya meletakkan nama Malaysia di mata dunia berbanding calon2 pemimpin kerajaan skrg yg lain. Hm. PM tunjuk yg sudah hilang taring dan belang, itulah Tun M yg sekrg. Sekadar boneka sementara sebelum pemimpin berat sebelah yg sebenar2nya naik. Kesianlah wahai Melayu yg mendabik diri megah dan tegap mengikut peredaran dunia namun hakikatnya telah pun melayu.

Reply To Anonymous Cancel Reply