Pernah dengar?

Ini sebenarnya jenis personaliti manusia berdasarkan Myers-Briggs Type Indicator (MBTI).

MBTI ialah ujian personaliti paling popular di dunia.

Tetapi, boleh percaya ke? Valid ke?

Ujian ini memang popular.

Setiap tahun, lebih 2 juta orang ambil ujian ini.

89 daripada 100 syarikat yang disenaraikan bawah Fortune menggunakannya.

Syarikat yang jual ujian ini untung lebih $20 juta setiap tahun.

Tapi sebenarnya, alat ujian ini sangat kontroversi.

Why?

Pertama, MBTI dibuat pada tahun 1940 berasaskan teori Carl Jung.

Teori ini hanya berasaskan pemerhatian beliau & tiada kajian yang menyokong.

Waktu ini, bidang psikologi masih belum jadi satu bidang saintifik.

Tapi sebab dia tokoh psikologi yang terawal, teori dia popular.

Berasaskan teori ini, Katherine Briggs & anaknya Isabel Briggs Myers buat MBTI dengan bantuan Edward Hay, seorang pengurus HR di sebuah bank di Philadelphia.

Mereka semua tiada asas ilmu psikologi dan sains.

Jadi, permulaan penciptaan alat ujian ini pun bukan berasaskan sains.

Kedua, MBTI kelaskan personaliti berdasarkan kategori hitam-putih (sama ada A atau B), sedangkan boleh sahaja kita ada A dan B sekali gus.

Contohnya, kita Thinking (T) atau Feeling (F)?

Kajian terkini kata, ramai orang yang Thinker & Feeler pada masa yang sama.

Ketiga, banyak kajian menunjukkan MBTI tiada validity dan reliability yang kuat.

Contohnya, 50% orang yang jawab MBTI buat kali kedua dapat keputusan personaliti yang berbeza, walaupun hanya jarak 5 minggu.

Ini menunjukkan ujian MBTI tidak reliable (tidak konsisten).

Keempat, kajian menunjukkan MBTI tidak efektif untuk “predict” kejayaan orang dalam pekerjaan tertentu.

Walaupun begitu, alat ujian ini masih popular digunakan dalam banyak syarikat seluruh dunia.

Kelima, jenis personaliti dalam MBTI tidak komprehensif.

Ada beberapa jenis personaliti yang tiada dalam MBTI.

Salah satunya, sama ada seseorang itu lebih “agreeable” (bersetuju) atau lebih “argumentative” (berhujah).

Tetapi, ini dah tahun 2020, kenapa MBTI masih sangat popular?

Pertama, sebab ujian ini mampu buat orang rasa “wow” selepas mendapat keputusan.

“This isn’t a test designed to accurately categorize people, but rather a test designed to make them feel happy after taking it.”

Kedua, sebab penggunaan ujian ini sudah dinormalisasi.

Bila dah diguna secara meluas, terutama oleh syarikat ternama atau tokoh yang dipercayai, orang tidak begitu kisah untuk melihat bukti saintifik.

Malah, selepas dah tahu pun, ada yang masih tidak peduli dengan bukti sains.

Terakhir, ramai orang guna MBTI untuk hiburan sahaja.

Mereka mungkin tak percaya sangat pun, tetapi sekadar nak cuba-cuba.

Habis tu, apa alat ujian personaliti yang paling baik?

Buat masa ini, kajian menunjukkan Big Five Personality Test mempunyai validity dan reliability yang terbaik.

Big Five terdiri daripada:

Extraversion, Emotional Stability, Agreeableness, Conscientiousness, and Openness.

Bacaan Lanjut: 

Goodbye to MBTI, the Fad That Won’t Die. https://www.psychologytoday.com/us/blog/give-and-take/201309/goodbye-mbti-the-fad-won-t-die

Why the Myers-Briggs test is totally meaningless. https://www.vox.com/2014/7/15/5881947/myers-briggs-personality-test-meaningless}

Using the Myers-Briggs Type Indicator to Study Managers: A Literature Review and Research Agenda. https://journals.sagepub.com/doi/abs/10.1177/014920639602200103

Artikel dinaikkan selepas mendapat izin penulis asal, saudara Akif Basri. Kalau berminat untuk membaca perkongsian hebat beliau mengenai psikologi, boleh follow Twitter beliau @akif_basri.

 


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Moving forward as one.

Comments are closed.