Rasulullah memiliki ramai isteri. Isteri-isteri Rasulullah dikenali sebagai Ummul Mukminin yang bermaksud Ibu Golongan Beriman. Rasulullah mengamalkan monogami ketika bersama Saiyidatina Khadijah dan Rasulullah juga mengamalkan poligami setelah Saiyidatina Khadijah meninggal dunia.

Jika difahami maksud ‘Sunnah’ itu sebagai perkara yang dilakukan oleh Rasulullah, atau perkara yang disyariatkan kepada Rasulullah, maka kedua-dua ini iaitu monogami dan poligami adalah Sunnah baginda. Perlu kita tahu, bahawa terdapat beberapa definasi ‘Sunnah’ jika ditilik dari sudut disiplin-disiplin ilmu Islami dan terdapat juga pembahagian-pembahagian Sunnah pula.

Likes page baru kami: The Patriots 2.0 (https://www.facebook.com/thepatriots2.0asia/)

Amat penting juga untuk kita ketahui beza antara istilah Sunnah dan istilah Sunat yang difahami dari sudut hukum Fiqh. Namun, artikel kali ini tidak akan membahaskan perbezaan tersebut kerana ingin fokus membicara tentang para isteri Rasulullah. Rasulullah memiliki beberapa isteri iaitu :-

– Saiyidatina Khadijah binti Khuwailid
– Saiyidatina Saudah binti Zam’ah
– Saiyidatina Aisyah binti Saiyidina Abu Bakar
– Saiyidatina Hafsah binti Saiyidina Umar
– Saiyidatina Zainab binti Khuzaimah
– Saiyidatina Hindun binti Abi Umayyah
– Saiyidatina Zainab binti Jahsyi
– Saiyidatina Juwairiyah binti al-Harith
– Saiyidatina Ramlah binti Abi Sufyan
– Saiyidatina Safiyyah binti Huyay
– Saiyidatina Maimunah binti al-Harith

Rasulullah juga memiliki hamba yang bersama dengan baginda iaitu Raihanah binti Zaid al-Quraizah dan Mariyah al-Qibti yang dikenali sebagai Ummu Walad.

Rasulullah juga memiliki beberapa orang isteri yang diceraikan tanpa pernah bersama dan tidak dirujuk semula.

Berikut merupakan biografi ringkas isteri-isteri Rasulullah.

– Saiyidatina Khadijah binti Khuwailid
Saiyidatina Khadijah binti Khuwailid merupakan isteri pertama Rasulullah. Beliau merupakan isteri tertua kerana dilahirkan pada tahun 68 Sebelum Hijrah. Beliau berkahwin dengan Rasulullah pada tahun 28 Sebelum Hijrah ketika berusia 40 tahun. Beliau meninggal dunia ketika berusia 65 tahun.

Daripada beliau, Rasulullah mendapat 6 orang cahaya mata iaitu Saiyidina Qasim, Saiyidatina Zainab, Saiyidatina Ruqayyah, Saiyidatina Ummu Kulthum, Saiyidatina Fatimah az-Zahra dan Saiyidina Abdullah. Anak Rasulullah yang bernama Ibrahim pula dilahirkan oleh Mariyah al-Qibti.

– Saiyidatina Saudah binti Zam’ah
Saiyidatina Saudah binti Zam’ah merupakan isteri kedua Rasulullah. Beliau juga merupakan isteri tertua kerana dilahirkan pada tahun 68 Sebelum Hijrah, sama seperti Saiyidatina Khadijah. Beliau berkahwin dengan Rasulullah pada tahun 3 Sebelum Hijrah ketika berusia 65 tahun. Beliau meninggal dunia ketika berusia 91 tahun.

– Saiyidatina Aisyah binti Saiyidina Abu Bakar
Saiyidatina Aisyah binti Saiyidina Abu Bakar merupakan isteri ketiga Rasulullah. Beliau merupakan isteri termuda kerana dilahirkan pada tahun 9 Sebelum Hijrah. Beliau lebih muda dari anak Rasulullah iaitu Saiyidatina Fatimah. Beliau berkahwin dengan Rasulullah pada tahun 2 Sebelum Hijrah ketika berusia 7 tahun, namun berkumpul dengan Rasulullah ketika berusia 9 tahun. Beliau meninggal dunia ketika berusia 67 tahun.

– Saiyidatina Hafsah binti Saiyidina Umar
Saiyidatina Hafsah binti Saiyidina Umar merupakan isteri keempat Rasulullah. Beliau dilahirkan pada tahun 18 Sebelum Hijrah. Beliau berkahwin dengan Rasulullah pada tahun 3 Hijrah ketika berusia 21 tahun. Beliau meninggal dunia ketika berusia 59 tahun.

– Saiyidatina Zainab binti Khuzaimah
Saiyidatina Zainab binti Khuzaimah merupakan isteri kelima Rasulullah. Beliau dilahirkan pada tahun 26 Sebelum Hijrah. Beliau berkahwin dengan Rasulullah pada tahun 3 Hijrah ketika berusia 29 tahun. Beliau dikenali sebagai Ummu al-Masakin. Beliau meninggal dunia ketika berusia 30 tahun.

– Saiyidatina Hindun binti Abi Umayyah
Saiyidatina Hindun binti Abi Umayyah merupakan isteri keenam Rasulullah. Beliau dilahirkan pada tahun 30 Sebelum Hijrah. Beliau berkahwin dengan Rasulullah pada tahun 4 Hijrah ketika berusia 34 tahun. Beliau dikenali sebagai Ummu Salamah. Beliau meninggal dunia ketika berusia 91 tahun.

– Saiyidatina Zainab binti Jahsyi
Saiyidatina Zainab binti Jahsyi merupakan isteri ketujuh Rasulullah. Beliau dilahirkan pada tahun 30 Sebelum Hijrah. Beliau berkahwin dengan Rasulullah pada tahun 5 Hijrah ketika berusia 35 tahun. Beliau meninggal dunia ketika berusia 50 tahun.

– Saiyidatina Juwairiyah binti al-Harith
Saiyidatina Juwairiyah binti al-Harith merupakan isteri kelapan Rasulullah. Beliau dilahirkan pada tahun 16 Sebelum Hijrah. Beliau berkahwin dengan Rasulullah pada tahun 6 Hijrah ketika berusia 22 tahun. Beliau meninggal dunia ketika berusia 72 tahun.

– Saiyidatina Ramlah binti Abi Sufyan
Saiyidatina Ramlah binti Abi Sufyan merupakan isteri kesembilan Rasulullah. Beliau dilahirkan pada tahun 30 Sebelum Hijrah. Beliau berkahwin dengan Rasulullah pada tahun 7 Hijrah ketika berusia 37 tahun. Beliau dikenali sebagai Ummu Habibah. Beliau meninggal dunia ketika berusia 74 tahun.

– Saiyidatina Safiyyah binti Huyay
Saiyidatina Safiyyah binti Huyay merupakan isteri kesepuluh Rasulullah. Beliau dilahirkan pada tahun 10 Sebelum Hijrah. Beliau berkahwin dengan Rasulullah pada tahun 7 Hijrah ketika berusia 17 tahun. Beliau meninggal dunia ketika berusia 60 tahun.

– Saiyidatina Maimunah binti al-Harith
Saiyidatina Maimunah binti al-Harith merupakan isteri kesebelas Rasulullah. Beliau dilahirkan pada tahun 18 Sebelum Hijrah. Beliau berkahwin dengan Rasulullah pada tahun 7 Hijrah ketika berusia 25 tahun. Beliau meninggal dunia ketika berusia 69 tahun.

Kesemua isteri Rasulullah bernikah dengan baginda pada usia kurang 40 tahun kecuali Saiyidatina Saudah binti Zam’ah. Manakala isteri Rasulullah yang bernikah dengan baginda ketika berusia 20-an selain Saiyidatina Aisyah binti Saiyidina Abu Bakar ialah :-

1) Saiyidatina Hafsah binti Saiyidina Umar (21)
2) Saiyidatina Zainab binti Khuzaimah (29)
3) Saiyidatina Juwairiyah binti al-Harith (22)
4) Saiyidatina Safiyyah binti Huyay (17)
5) Saiyidatina Maimunah binti al-Harith (25)

Likes page baru kami: The Patriots 2.0 (https://www.facebook.com/thepatriots2.0asia/)

Para ulama Ahlus Sunnah Wal Jamaah ketika menghurai tentang kisah hidup peribadi Rasulullah akan sangat menjaga adab mereka. Mereka tidak akan bercakap dengan bahasa yang akan menjatuhkan martabat Rasulullah dan ahli keluarga baginda.

RUJUKAN:

Dari Jendela Al-Habib Al-Mustafa karya Syeikh Raja Mukhlis al-Azhari

Tarikh al-Hawadits wal Ahwal an-Nabawiyyah karya al-Muhadis Syeikh Dr Sayyid Muhammad bin Alawi al-Maliki.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

IBN JAWI merupakan penuntut bidang Engineering di sebuah universiti. Beliau juga giat dalam pengajian Turath Islami secara Talaqqi Sanad bagi mengimbangi aspek duniawi dan ukhrawi. Beliau yang meminati topik Falsafah, Sejarah dan Politik merangka usaha kebangkitan ummah melalui Kalam & Qalam. Walaupun memiliki aliran pemikiran tersendiri, namun beliau terbuka untuk bertukar pandangan dengan mana-mana aliran pemikiran agar dapat memahami cara berfikir kelompok berlainan.

Comments are closed.