Tamadun Rom Purba mempunyai keunikan tersendiri dari segi pentadbiran, seni bina, sastera, keagamaan, dan ketenteraan walaupun pada dasarnya tamadun ini ‘peniru’ tamadun awal iaitu Yunani Kuno kemudian berkembang sebagai sebuah empayar menakluki Eropah.

Namun, ada kisah menarik dalam tamadun tersebut terutamanya pada zaman pemerintahan Maharaja Caligula yang terkenal dengan kezalimannya. Pada abad pertama Masihi, kapal-kapal besar dibina atas permintaan Caligula dan kapal tersebut kelihatan seperti istana terapung.

Illustrasi oleh artis CM Knight-Smith menunjukkan bayangan kapal ‘istana terapung’ Caligula.

Kapal ‘istana terapung’ itu berlayar di Tasik Lemi dan pembinaan kapal tersebut mengikut budaya Hellenistik dari Fasa Ptolemaik (kerajaan Mesir di bawah pengaruh Rom).

Tujuan Caligula membina kapal-kapal sebegitu adalah simbolik kepada penjelmaan semula sebagai Alexander the Great yang baru. Caligula dipercayai penyembah dewi Isis dan menyanjung kepahlawanan Alexander sehingga baginda ingin menjadi idolanya.

Tambahan pula, Caligula ingin menjadi maharaja yang dilihat lebih kaya dan mampu membina bangunan yang agung berbanding maharaja yang lepas. Maka, terbinanya kapal ‘istana terapung’ ini. Kapal itu mempunyai harta yang bertimbun dan dekorasi yang begitu cantik. ‘Istana terapung’ ini juga dilengkapi dengan lantai mozek, sistem pemanas, dekorasi berupa batu marmar, tempat mandi, dan sebagainya.

Tasik Nemi menjadi pilihan kapal ‘istana terapung’ berlayar kerana tasik hasil dari aktiviti gunung berapi ini terletak di kawasan Lazio, 30 km di selatan Rom dan satu-satunya tasik yang mampu para maharaja pergi tanpa diawasi oleh pengawalnya.

Dalam manuskrip sastera, panjang kapal pertama Caligula yang dipanggil sebagai Prima Nave adalah 70 meter dengan lebarnya sebesar 20 meter. Manakala kapal kedua (Seconda Nave) panjangnya 73 meter dan lebar sebesar 24 meter. Prima Neva mempunyai koridor, bilik-bilik diraja, dan beberapa binaan yang masih tidak diketahui. Seconda Neva pula kapal besar yang masih tidak diketahui fungsinya namun pengkaji meneka kapal itu mempunyai kuil sembahan dewi Diana.

Sehingga runtuhnya Tamadun Rom Purba, kapal tersebut masih berada di Tasik Lemi dan terbiar selama berabad lamanya. Masuk abad ke-15 Masihi, lebih tepat pada tahun 1446, ekspedisi pencarian kapal Caligula pertama kali dilaksanakan oleh Cardinal Prospero Colonna dan temannya Leon Battista Alberti.

Pertama kali mereka melakukan ekspedisi pencarian dengan menyelam ke dasar tasik menggunakan alatan selam bernama ‘Diving Bell’. Pada kedalaman 18.3 meter, mereka menemui kapal karam yang terdiri daripada batu-bata, alatan kuprum dan gangsa, artifak, batu marmar, dan rangka kayu. Kapal karam yang disyaki sebagai istana terapung Caligula menjadi tempat penemuan artifak menarik. Namun bagitu, telah banyak artifak dijual demi peroleh duit gadai yang tinggi.

Lawatan orang ramai melihat rangka kapal Caligula sebelum Perang Dunia Kedua.

Beberapa abad kemudian iaitu sekitar abad ke-19 Masihi, barulah para pengkaji professional muncul untuk memulihara dua buah kapal istana terapung Caligula yang mereka temui. Tahun 1927, atas arahan pemerintah diktator Itali bernama Benito Mussolini, usaha mengeringkan tasik bermula dan mendedahkan kapal-kapal karam tersebut. Penemuan tersebut menjadi hangat dalam media masa dan Itali ingin menjadikan kapal-kapal karam tersebut sebagai muzium bagi memperingati sejarah nenek moyang mereka.

Namun Impian Itali tidak kesampaian apabila masuk tahun 1944. Perang Dunia Kedua berlaku sehingga muzium kapal karam menjadi mangsa perang antara AS dengan Jerman dengan bedilan meriam mereka. Akibat bedilan tanpa henti, hancur seluruh kapal dan artifak yang selama ini menjadi keagungan maharaja Caligula.

Replika Prima dan Seconda Neva dalam Nemi Museum.

Kemudian, Projek Diana ditubuhkan oleh organisasi Association Dianes Lacus untuk memulihara kembali artifak yang tinggal di Tasik Nemi. Projek ini kemudian membina replika Prima Nave bagi mengekalkan kembali legasi Caligula. Sekarang, kalau berkunjung ke Itali dan nak melihat replika kapal istana terapung Caligula, pergi saja ke Nemi Museum.

RUJUKAN:

Klimczak. N (21 March 2017). Two Roman Ships that Were Lost in WWII: What Destroyed the Floating Palaces of Emperor Caligula? Ancient History. https://www.ancient-origins.net/…/two-roman-ships-were-lost…

Mark. M (10 May 2017). The Search Is On For Caligula’s Orgy Boats Where His Twisted Fantasies May Have Been Played Out. Ancient History. https://www.ancient-origins.net/…/search-caligula-s-orgy-bo…


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang ulat buku dan pejuang alam sekitar. Penulis yang rajin tulis tentang flora dan fauna serta sejarah dunia. Dan tak terkecuali peminat Fate.

Comments are closed.