Israk Mikraj Yang Hampir Dilupakan Kerana Covid-19

1,983

Dalam musim ujian kepada seluruh dunia saat ini, jangan kita lupakan satu peristiwa amat penting dalam sejarah Islam.

Peristiwa yang ajaib yang memerlukan Rasulullah saw ‘naik ke langit’ hanya satu malam saja. Tidakkah ini ajaib?

Sedang kita sibuk menghadapi tentangan virus Covid-19, mari kita ambil sedikit hikmah dari peristiwa Israk dan Mikraj ini. Antaranya:

1. Israk dan Mikraj adalah Perjalanan yang Nyata

– Ini bukan perjalanan melalui mimpi atau rohani semata. Ia adalah perjalanan jasad yang dapat dilihat dengan mata kasar Rasulullah sendiri.

Baginda mendapat perintah secara langsung dari Allah tanpa perantara untuk solat lima waktu. Peristiwa ini jelas juga dalam ingatan Baginda kerana selepas kembara tersebut, Baginda telah menceritakan segalanya pada para Sahabat.

2. Tanda Kekuasaan Allah swt

– Peristiwa ini membuktikan kekuasaan Allah. Hanya Allah yang mengkehendaki dengan kuasanya membawa Rasulullah ke langit.

Apa yang Allah kehendaki, pasti akan terjadi. Allah telah nyatakan dalam Surah Al-Isra ayat 1 bahawa peristiwa Israk Mikraj ini bertujuan menunjukkan kekuasaan-Nya.

3. Bentuk Kemuliaan Allah kepada Rasulullah saw

– Pada tahun yang sama, sebelum peristiwa ini, Rasulullah telah hadapi pelbagai ujian. Antaranya Baginda telah diusir ketika berdakwah di Thaif.

Baginda juga telah kehilangan isteri tercinta dan bapa saudara yang sangat disayangi. Maka Allah telah gantikan semua itu dengan persitiwa ini. Begitulah Allah memuliakan kekasih-Nya.

4. Bukti Kerasulan Rasulullah saw

-Peristiwa ini memantapkan kerasulan Rasulullah saw. Ia juga diciptakan untuk memuliakan Rasulullah.

Ia sebagai persediaan untuk dakwah Rasulullah yang akan datang.

Promosi Buku DTT

5. Bukti ajaran Rasulullah bersifat Universal

– Peristiwa Israk, merupakan perjalanan Rasulullah saw dari Makkah ke Madinah dan kemudia ke Masjidil Aqsa menunjukkan ajaran Nabi bukan saja untuk penduduk Makkah tetapi untuk sekalian alam.

6. Perintah didirikan Solat Lima Waktu

-Peristiwa Mikraj iaitu perjalanan Nabi saw ke Sidratul Muntaha adalah tempat Baginda menerima perintah untuk solat lima waktu.

Walaupun pada mulanya mendapat perintah 50 waktu, tetapi Nabi saw meminta untuk mengurangkan kepada lima waktu.

Rasulullah sangat menegaskan berkaitan solat kerana solat adalah tiang agama. Solat yang sempurna mampu mendorong diri terus melakukan ketaatan.

7. Pembersihan Hati untuk Menghadap Allah swt

– Diriwayatkan, bahawa Nabi saw telah ‘dibedah’ oleh malaikat bagi membersihkan hati Baginda dari sifat sifat buruk seperti was was.

Menunjukkan bahawa sebelum bertemu Allah, maka ikhlaskan hati. Yakin pada Allah dan fokus pada ibadah. Tiada keduniaan yang boleh menganggu apabila kita berhubung dengan Allah.

Sebab itu kita diingatkan untuk selalu istighfar. Supaya hati sentiasa tentera. Hati tenteram adalah hati yang bersih.

Walau di mana kita bertugas, kita berlindung, jangan kita lupa untuk dirikan solat. Hanya Allah mampu menguatkan kita. Jaga diri kita di waktu begini. Allah hantar ‘tentera’ nya untuk menyedarkan kita.

Tiada masa untuk bergaduh. Tiada masa untuk bermusuh. Ini waktu kita bersama. Kerana kita menghadap kiblat yang sama.

Wallahu a’lam.

Ruangan komen telah ditutup.

PROMO

LAWATI LAMAN SESAWANG UNTUK MELIHAT HARGA PROMOSI JUALAN KECEMASAN COVID-19.

 

https://www.thepatriots.store

16108