Antara perkara yang menarik di Turki semenjak dari era Empayar Uthmaniyyah lagi, adalah kewujudan beberapa yayasan-yayasan yang mempromosikan budaya  bertoleransi dan berkebajikan.

Ada yang menyediakan pampasan kewangan sekiranya seorang hamba merosakkan harta atau perabot milik tuannya, ada yang membawa kanak-kanak berkelah. Terdapat juga yayasan lain yang menyediakan khidmat untuk menebus dan membebaskan golongan hamba, membantu membebaskan tahanan akibat hutang dengan melangsaikan bebanan hutang mereka.

Semua itu adalah bentuk kebajikan kemanusiaan, namun yang agak menarik adalah budaya kasih sayang masyarakat Turki terhadap haiwan-haiwan samada domestik mahu pun haiwan liar terutamanya di Istanbul, ia menjadi satu budaya yang telah dipulihara masyarakat sejak berabad lamanya.

Menjadi satu kebiasaan bagi orang Turki dalam menyediakan agihan makanan kepada haiwan liar di atas gunung. Ia juga berupaya mencegah haiwan liar memasuki kawasan bandar pada musim sejuk. Bahkan menyediakan rawatan untuk haiwan yang ditemui tercedera semasa musim yang mencabar seperti musim sejuk.

Namun pada hari-hari biasa, haiwan-haiwan jalanan, terutamanya anjing dan kucing akan dilayan umpama “raja” di setiap sudut kota Istanbul.

HAIWAN JALANAN DI BUMI UTHMANIYYAH

Cinta terhadap haiwan merupakan lambang keimanan dalam Islam.

Kucing dikenali sebagai haiwan yang manja, mudah didekati tetapi adakalanya pemalas, manakala anjing terkenal kerana sifat kesetiaan mereka yang tiada tolok bandingnya.

Walau bagaimanapun, ini tidak menjadi isu dalam budaya Islam di Turki, di mana kucing dan anjing masing-masing memiliki kedudukan yang sama sekali tiada perbezaannya. Ini mungkin kerana Muslim di Turki merupakan pengikut mazhab Hanafi.

Kucing di Istanbul amat terkenal sama seperti anjing di kota bersejarah itu. Pada masa kini, budaya di kalangan penduduk tempatan masih dikekalkan iaitu memberi makan kucing jalanan.

Apabila masyarakat mula keluar di jalanan, semua kucing dari pelbagai kejiranan akan berkumpul di sekeliling mereka dan berbaris menunggu makanan, seolah-olah satu kerahan pasukan tenter4 sedang digerakkan.

Sebenarnya, masuk akal juga, kucing-kucing ini lah “angkatan tenter4” yang bertanggungjawab membasmi populasi tikus, walaupun adakalanya mereka juga suka menyelongkar tong-tong sampah hingga berselerak.

Tikus adalah tetamu yang tidak diundang terutamanya di rumah-rumah kayu lama dan kucing adalah musuh tradisi mereka. Pada zaman dahulu, sebuah rumah tanpa seekor kucing adalah satu perkara yang pelik. Namun, tidak semua kucing boleh menangkap tikus kerana ia memerlukan kucing itu bersifat “menikus”.

Kucing yang kurang sifat naluri pemburu dipasangkan dengan kucing pemburu dan mereka akan terbiasa dengan kerja-kerja yang mereka lakukan bersama dalam masa yang singkat.

Namun, pada asasnya, kucing diberi makan bukan sahaja sebagai ganjaran atas sumbangan mereka menangkap tikus sekaligus mengurangkan risiko penularan penyakit-penyakit berjangkit. Tetapi secara simboliknya ia dijadikan sahabat oleh golongan tua dan kanak-kanak.

Ia biasanya dilakukan oleh golongan yang pernah dikhianati kesetiaannya oleh saudara atau sahabat mereka, dan orang yang tidak mempunyai anak, atau kem4tian isteri, akan menzahirkan kasih sayang dan belas kasihan mereka kepada kucing.

KISAH-KISAH PENTING BERKAITAN KUCING

Terdapat beberapa kisah-kisah bersejarah atau kisah lagenda yang melibatkan tokoh-tokoh terkenal dan penting dengan kucing. Antaranya adalah kisah Putera Şerefeddin Efendi.

Putera Şerefeddin Efendi, putera yang diasingkan hingga diusir dari tanah airnya, memaksa dirinya meneruskan hidup dan meninggal dunia bersendirian di Beirut. Satu-satunya sahabat peneman hidupnya ketika dalam buangan, adalah seekor kucing, kucing itu lah yang “memaklum kan” tentang kem4tian beliau kepada jirannya.

Setiap kucing domestik hampir memiliki naluri yang sama seperti seorang anak kecil. Apabila penjaganya di rumah memberikan sedikit perhatian kepada kanak-kanak lain, mereka akan menunjukkan sifat cemburu.

Kucing tidak perlu risau jika hidup di Istanbul, penduduk Istanbul itu sendiri adalah penjaga yang menjaga puluhan hingga ratusan ekor kucing jalanan dengan memberi makan kepada mereka.

Cerita-cerita yang kontra dan protagonis dengan budaya Islam Turki pula antaranya adalah budaya Katolik yang pernah melaksanakan pembunvhan besar-besaran kucing di Eropah, ia berikutan perintah yang dikeluarkan Paus Gregory IX kerana tanggapan bahawa kucing adalah jelmaan syaitan dan harus dihapuskan.

Akibatnya populasi tikus meningkat lantas menghentam orang Eropah dengan bencana wabak Black De4th. Saat itu, umat Islam agak kurang menerima kesan dahsyat wabak tersebut kerana kemajuan dalam teknologi sains.

BEZA KUCING DAN ANJING MENURUT ISLAM

Kucing adalah haiwan pintar dengan deria dan pancaindera yang kuat. Walaupun mereka mengembara jauh dari tempat mereka tinggal, mereka kebiasaanya mampu mencari jalan pulang ke rumah.

Menurut kepercayaan umum, kucing dianggap sebagai haiwan yang “tidak tahu bersyukur”, sementara anjing terkenal dengan sifat kesetiaan mereka. Walau bagaimanapun, para agamawan lebih menyukai kucing yang selalu meminta-minta diberi makan tanpa menunjukkan rasa terima kasih kepada si pemberi, tetapi para agamawan kurang memberi perhatian kepada anjing, bukan lah kerana mereka membenci anjing, tetapi dalam Islam, terutamanya mazhab Shafie, anjing boleh menjadi najis dalam keadaan tertentu seperti kebasahan.

Salam sesetengah mazhab Islam juga, jika air kencing kucing terkena pada pakaian seseorang, ia tidak dianggap sebagai najis, manakala air liur anjing dianggap najis dan jika ia terkena pada pakaian, kita tidak boleh bersolat dengan pakaian itu sehinggalah ia disamak/sertu.

Berdasarkan pegangan Imam Shafie, jika air liur anjing mengotori pakaian seseorang, najis itu perlu disamak sebanyak tujuh kali.

TOKOH SEJARAH DAN KUCING

Nama samaran untuk Pir Asad, salah seorang khalifah Rumi, yang terkenal dengan sifat kecintaannya kepada kucing, adalah “Pisili Sultan” (Sultan Kucing). Ketika kucing kesayangannya meninggal dunia, dia mengebumikan kucingnya di tempat duduknya, dekat dengan kakinya.

Terdapat juga cerita rakyat tentang lelaki bernama Ahmed Rufah, seorang yang tua, ketika beliau sedang duduk, kucingnya datang dan tertidur di atas lengan jubahnya. Apabila waktu untuk solat Jumaat telah tiba, dia tidak mahu mengganggu tidur kucingnya, jadi dia memotong lengan bajunya. Kisah ini hampir serupa dengan kisah Nabi Muhammad SAW.

Terdapat sebuah masjid di Damsyik yang bernama Masjid al-Qitat. “Qitat” bermaksud “kucing” dalam bahasa Arab. Ia juga merupakan yayasan yang ditubuhkan untuk melindungi kucing yang terbiar di jalan. Penjaga masjid membeli makanan dari hasil pendapatan yayasan dan memberi makan kepada ratusan kucing jalanan setiap hari.

İsmail Saib Sencer, pengarah Perpustakaan Bayezid di Istanbul, sentiasa memberi makan kepada ratusan kucing jalanan. Atas sebab ini, Perpustakaan Bayezid digelar sebagai “Perpustakaan Kucing.”

Terdapat terlalu banyak jenis kucing. Sesetengah di antara mereka sangat cantik, dan bagi sesetengah orang, dapat membelai bulu mereka adalah amat menyeronokkan. İsmet Sungurbey, guru undang-undang di Istanbul, memberi makan untuk ratusan kucing di laman sekolahnya. Kemudian dia menulis buku yang dipanggil “Hayvan Hakları” (Hak Haiwan).

Arndt, seorang profesor kimia di Universiti Istanbul, mengajar dengan membawa bersama kucing di atas bahu nya. Kucing yang dibenarkan berkeliaran dengan bebas untuk masuk dan keluar atau tidur di mana sahaja mereka mahu tanpa diganggu dipanggil sebagai “Tuan Kucing”.

Terdapat juga orang yang tidak menggemari atau mengalami alergik terhadap kucing. Contohnya, Sultan Abdülmecid ada alahan terhadap kucing, dan dia tidak boleh berada di dalam satu bilik yang sama dengan seekor kucing.

Kisahnya berlaku pada suatu pagi, sambil membaca Al-Quran, baginda keluar untuk seketika, dan apabila baginda kembali, baginda mendapati bahawa kucing telah mencakar dan mengotori beberapa halaman Al Quran. Itulah kali terakhir baginda mendekati kucing.

Dan pada suatu hari, ketika baginda dan pegawai-pegawainya melangkah masuk ke Istana Beykoz, seorang kucing muncul untuk “menyambut” kedatangan mereka dan baginda segera memerintahkan semua orang untuk “berundur”. Tetapi anaknya Sultan Abdülhamid adalah seorang yang mencintai kucing. Sultan ini mempunyai seekor kucing berbulu putih bernama “Agha Effendi.”

KUCING DI ZAMAN KEMODENAN

Apabila dunia memasuki era kemodenan, kehidupan di dalam pangsapuri dan apartmen pun bermula, hari-hari kegemilangan kucing yang sentiasa dimuliakan seakan-akan sedang berakhir.

Rumah-rumah moden tidak sesuai untuk memelihara kucing. Kucing adalah haiwan yang bersih, tetapi mereka perlukan sebuah rumah lengkap dengan taman.

Kucing pada hari ini tidak ubah seperti berfungsi sekadar sebagai alat mainan, mereka berada dalam keadaan yang berbeza dengan sifat sebenar mereka.

Lebih-lebih lagi, walaupun Islam tidak membenarkan manusia dan haiwan dibuang sistem peranakan, ada pemilik terpaksa melakukannya terhadap kucing supaya tidak menjadi satu masalah kepada jiran-jirannya.

KUCING DALAM KESUSASTERAAN

Kucing juga mendapat tempat dalam kesusasteraan oriental. Seorang penyair yang dipanggil Maali, yang hidup pada era Sultan Süleyman Qanuni, menulis sebuah “requiem” (sajak bagi menangisi suatu kem4tian dalam budaya Kristian) untuk kucing.

Namık Kemal, salah seorang penyair abad ke-19, menulis puisi yang hampir serupa dengan requiem, yang menggambarkan kebaikan dan jasa bakti kucing dalam bahasa yang sedikit lucu.

Kisah, jenaka dan lagenda kucing juga mempunyai cerita yang menerangkan ciri-ciri kucing. Antaranya kisah yang popular adalah kisah isteri Nasreddin Hodja memasak dan kemudian memakan habis 3 kilogram hati Nasreddin Hodja bawa pulang.

Pada waktu petang ketika dia pulang, isterinya menuduh seekor kucing memakan hati tersebut. Hodja kemudian menimbang kucing itu yang mencecah berat 3 kilogram.

“Isteriku, jika ini adalah kucing maka di manakah hati itu, jika ini adalah hati, maka di mana kucing itu?”

Inilah soalan terkenal yang ditanyakan Nasreddin Hodja kepada isterinya. Walaupun kucing terkenal dengan sifat suka mencuri, haiwan yang malang ini selalu dipersalahkan atas hampir semua benda yang sering hilang.

KUCING DAN NABI MUHAMMAD S.A.W.

Cinta dan kasih Nabi Muhammad SAW terhadap kucing disampaikan dalam hadis baginda : “Mengasihi kucing adalah sebahagian dari iman”.

Ketika Nabi Muhammad SAW sedang dalam perjalanan melaksanakan ekspedisi kempen Per4ng Uhud, baginda terserempak dengan seekor kucing yang sedang menyusukan anak-anaknya, baginda mengubah laluan angkatan tenter4nya. Dalam perjalanan pulang, Rasulullah SAW membawa kucing itu pulang dan memberinya nama “Muezza.”

Seorang sahabat Nabi Muhammad SAW diberi nama Abu Hurairah, yang bermaksud “bapa kucing”.  Abu Hurairah diberi nama ini kerana di mana sahaja dia pergi, dia sentiasa membawa bersama kucing dengan nya.

Pada suatu hari, di saat Nabi hendak mengambil jubahnya, baginda melihat Mueeza sedang terlena tidur diatas jubahnya. Baginda tidak ingin mengganggu haiwan kesayangannya itu, lantas memotong bahagian lengan yang ditiduri Mueeza dari jubahnya.

Apabila Nabi kembali ke rumah, Muezza terbangun dan merunduk sujud kepada tuannya. Sebagai balasan, Nabi menzahirkan kasih sayangnya dengan membelai lembut ke badan kucing itu sebanyak 3 kali.

Dalam kisah lain, setiap kali Nabi menerima tetamu di kediamannya, Nabi selalu membawa Mueeza dan diletakkan di atas pahanya. Salah satu sifat Mueeza yang Nabi sukai ialah ia selalu mengiau tiap kali ia mendengar azan, dan seolah-olah suaranya seperti mengikuti lantunan suara azan.

Nabi berpesan kepada para sahabat baginda untuk sentiasa menyayangi kucing peliharaan, sebagaimana menyayangi keluarga sendiri.

Hukuman bagi mereka yang menyakiti haiwan comel ini sangatlah berat, dalam sebuah hadis shahih Al Bukhari, dikisahkan tentang seorang wanita yang tidak pernah memberi makan kepada kucingnya, bahkan dikurung pula kucing itu tanpa melepaskannya supaya boleh mencari makanan sendiri, Nabi Muhammad SAW pun menjelaskan bahawa hukuman bagi wanita ini adalah seksa neraka.

Dari Ibnu Umar r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda, “Seorang wanita dimasukkan kedalam neraka kerana seekor kucing yang dia ikat dan tidak diberikan makan bahkan tidak dibenarkan makan binatang-binatang kecil yang ada di lantai,” (HR. Bukhari).

Hari ini, di Turki terutamanya di Istanbul, haiwan-haiwan jalanan lebih-lebih lagi kucing dan anjing merupakan makhluk yang diberikan tempat yang istimewa di kalangan penduduk kota tersebut.

Mereka tidak akan berlapar, bahkan, pemilik kedai-kedai daging mentah selalu memberi makan kepada anjing dan kucing yang melintas di hadapan kedai mereka kerana mereka percaya perbuatan tersebut akan menambahkan lagi rezeki mereka dalam perniagaan.

Bahkan pernah ada kes pelancong di Istanbul dikenakan hukuman yang berat atas kesalahan menyepak seekor kucing dengan sengaja yang dirakam melalui kamera litar tertutup.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

•MALAY• •MUSLIM• •TERENGGANU• •NATIONALIST• •CONSERVATIVE•

Comments are closed.