Isi Sebenar Tweet Mesut Ozil

39,710

Inilah Tweet “Hayırlı Cumalar Doğu Türkistan” (Salam Jumaat Turkistan Timur) Mesut Özil yang kena kecam teruk dekat China. Bukan saja TV kerajaan batalkan siaran perlawanan Arsenal v. Man City, penyokong Özil sendiri pun kecam dia, tutup fan page dia kat Baidu Tieba terus.

Untuk makluman, “Doğu Türkistan” atau “East Turkestan” (Turkistan Timur) ialah nama yang dicadangkan oleh nasionalis Uyghur sekiranya Xinjiang merdeka daripada China. Dalam Bahasa Turki, Xinjiang ialah “Sincan”. Bila kau sebut “East Turkestan”, seolah-olah kau memberi pengiktirafan kepada gerakan-gerakan untuk memerdekakan Xinjiang.

Latar belakang yang warna biru tu ialah bendera “Gök Bayrak” yang dipakai oleh gerakan East Turkestan. Sama dengan bendera Turki sebab orang Uyghur dan orang Turk serumpun (rumpun “Turkic”). Atas semangat serumpun (“Pan-Turkism”), ramai di Turki menyokong gerakan East Turkestan termasuk parti nasionalis seperti MHP dan sayap pemudanya “Grey Wolves”.

Kalau menurut netizen China, depa bukan marah sangat kat Özil sebab komen pasal layanan terhadap Uyghur, tapi lebih kepada tindakan memanggil Xinjiang sebagai “East Turkestan” dan mempamerkan Gök Bayrak.

Itu je yang aku nak komen. Hurai lebih kang aku pula kena kecam.

Ruangan komen telah ditutup.