Bulan Mei 2020 merupakan ulang tahun ke-12 kemasukan filem Iron Man (2008) sekaligus berperanan sebagai batu asas Marvel Cinematic Universe. Dan ia juga merupakan kaedah terbaik untuk menjelaskan dalam mengadaptasi komik ke layar perak, protagonis seharusnya menjadi penggerak utama filem berbanding plot.

Tidak ramai tahu sebelum Iron Man (2008) arahan Jon Favreau ditayangkan kepada umum, ia merupakan satu risiko kepada Marvel Studios. Yalah, pada ketika itu lebih ramai orang mengenali Spiderman versi Tobey Maguire, Batman dan Superman berbanding Tony Stark/Iron Man yang digalas oleh Robert Downey Jr.

Tetapi selepas filem tersebut berjaya mengutip AS$585.5 juta dan watak Iron Man diterima ramai, barulah ramai sedar resepi kejayaan sesebuah filem tidak semestinya didorong oleh plot tetapi protagonisnya. Dan dalam kes Iron Man, sejarah komiknya itu kaya dengan pelbagai plot dan perwatakan watak yang mempengaruhi pembangunan filem itu sendiri.

Salah seorang yang mendedahkan hal ini ialah Jeff Bridges yang memegang peranan sebagai bapa angkat Stark merangkap antagonis, Obadiah Stane. Bridges mendedahkan semasa penggambaran, beliau bersama Downey Jr dan Favreau mengubahsuai skrip bagi mengetahui hala tuju yang akan dibawa Stark dalam filem berkenaan.

Dengan pelbagai plot yang kaya dengan sejarah, pasukan pembikin Iron Man beruntung mempunyai akses sedemikian. Ini kerana watak tersebut bijak beradaptasi dengan pelbagai plot cerita yang diperkenalkan oleh penulis-penulisnya sama ada Extremis, Demon in a Bottle atau Fear Itself.

Malah, inilah visi asal mendiang Stan Lee semasa memperkenalkan Iron Man. Beliau berkata, “Jika ada satu perkara pembaca orang muda tidak suka ialah p3rang. Jadi, saya mempunyai hero yang mempunyai haluan berlawanan. Dia seorang pembuat s3njata, dia kaya dan dia seorang pengilang.

“Saya fikir ia mesti seronok untuk membawa watak sedemikian yang tiada siapa suka dan menolak kepada para pembaca serta memaksa mereka menyukainya.”

Syaratnya ialah selagi mana perwatakan Stark kekal sama, maka pilih sajalah apa haluan penceritaan yang bersesuaian dengan plot. Tak ramai tahu semasa watak Stark dan Ho Yinsen diperkenalkan, kedua-duanya diperkenalkan berlatarbelakangkan P3rang Vietnam yang dilihat tidak sesuai dengan latar masa terkini yang dimahukan Favreau.

Justeru bagi memastikan ia bersesuaian dengan latar masa terkini, musuh yang menawannya ialah Ten Rings berlatarbelakangkan Afghanistan dalam filem tersebut. Manakala hubungan Stark dengan Stane dan Pepper Potts juga turut diubah mengikut kesesuaian filem berkenaan.

Dalam komik, Stane ialah pesaingnya yang mahu merebut Stark Industries. Manakala Pepper pula ialah setiausahanya yang tiada hubungan romantik dengan Stark dan berkahwin dengan Happy Hogan, pemandunya.

Tetapi semua itu diubah tanpa mengubah sedikit pun visi Lee terhadap watak berkenaan. Dengan menjadikan hubungan Pepper-Stark ke hadapan dan Stane sebagai rakan keluarga/mentor, ia memberi kaitan peribadi Stark terhadap isu yang dihadapinya dan risiko lebih tinggi. Paling penting, dia masih lagi si gila tetapi dalam konteks hari ini.

Pengaruh kompas moral sama ini turut dikesan dalam filem Captain America: The First Avenger yang memilih haluan sama seperti Iron Man (2008). Walaupun plotnya tiada kaitan dengan komik-komik Captain America semasa P3rang Dunia Kedua (WWII), dorongan yang dibawa wataknya turut mengubah dinamik hubungannya dengan watak-watak lain seperti Peggy Carter dan James ‘Bucky’ Buchanan.

Apabila Russo bersaudara mengumumkan kemasukan terbaru filem Captain America menerusi Captain America: Civil War (2016), semua tahu ia berkait semula dengan insiden Sokovia dan politik antarabangsa. Tetapi tidak ramai sedar, ia juga didorong oleh watak-wataknya sebagai nadi utama plot termasuk Stark dan Steve Rogers/Captain America.

Sesiapa saja yang melihat adegan pergaduhan Captain America (Chris Evans) dengan Iron Man (Downey Jr) tahu ia memang Civil War kerana didorong oleh konflik watak. Dalam kes mereka berdua, Stark mahu membunuh Bucky kerana membunuh ibu bapanya pada tahun 1991 manakala Rogers pula mahu menyelamatkan rakannya itu.

Dan disebabkan resepi inilah, ia mencatat kutipan AS$1.153 bilion sekaligus menjadikannya sebagai filem kutipan pecah panggung tertinggi pada tahun 2016 dan filem ke-12 kutipan pecah panggung tertinggi sepanjang zaman.

Tetapi ada pula filem MCU yang melawan model yang ditetapkan Iron Man (2008) seperti Thor: Ragnarok. Filem arahan Taika Waititi itu dilihat berjaya mengadaptasi plot komik ‘Ragnarok’ ke layar perak tetapi mengubahsuai watak Thor ke arah tona komedi bersesuaian dengan tona MCU. Perubahan personaliti Thor amat berbeza dengan personaliti Dewa Kilatnya dalam filem Thor (2011).

RUJUKAN:

Chappell, Caitlin. (2020). Marvel’s Iron Man Proved Character Matters More Than Plot. CBR. https://www.cbr.com/marvel-iron-man-proved-character-matters-more-plot/


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Graduan Bachelor of Business Admin (Human Resource) dari UNITAR yang meminati sejarah sejak 11 tahun. Ketika ini merupakan saudagar simkad Tone Excel. Harapan terbesar ialah melihat saudara seagama dan sebangsa kembali bersatu di bawah satu panji dan terus maju bersama. Tanpa perpaduan, manusia tidak akan ke mana-mana, malah tidak akan dapat membina sebuah tamadun yang gemilang seperti mana yang dilakukan oleh nenek moyang kita yang lepas. Dan sejarah adalah saksi bahawasanya perpaduan kunci penting dalam membina sebuah tamadun yang gemilang.

Comments are closed.