Integrated Logistics Solutions SDN BHD

0
328
views

Integrated Logistics Solutions SDB BHD (ILS) adalah sebuah syarikat yang memulakan operasinya sejak tahun 1970 lagi. Syarikat ILS memfokuskan kepada perkhidmatan logistik yang sangat menyeluruh termasuk warehousing, forwarding, haulage dan cold chain distribution. Fasiliti mereka yang dilengkapi dengan gudang dan juga lori merupakan faktor mereka dilantik oleh kerajaan sebagai Multimodal Transport Operator (MTO) dan juga merupakan agen berdaftar dengan Jabatan Kastam dan Eksais Diraja Malaysia.

Pengarah urusan ILS, Puan Wan Hidayah Ariff mengatakan bahawa mereka berusaha kuat untuk memberi pembaharuan kepada pengurusan syarikat walaupun ILS sendiri telah bertapak selama 40 tahun di dalam industri. Beliau juga percaya bahawa sokongan padu daripada kakitangan syarikat yang sangat berpengalaman mempengaruhi kedudukan ILS yang masih kekal bersaing di dalam industri pada masa kini.

Selain itu, Puan Wan Hidayah berpendapat bahawa syarikat Bumiputera yang ingin sentiasa berdaya saing harus menjadi lebih proaktif dan sentiasa merebut peluang perniagaan. Syarikat-syarikat Bumiputera juga tidak perlu segan untuk memohon bantuan yang telah disediakan kerajaan menerusi agen agen yang telah dilantik.

Contoh yang boleh dilihat sini apabila ILS memohon bantuan daripada TERAJU dan ILS sendiri telah menerima pelbagai bentuan bantuan dan juga sokongan, malah ILS dapat meningkatkan fasiliti setelah menerima geran Dana Mudahcara. Beliau melakukan ini semua kerana tidak mahu ketinggalan dan beliau mahu ILS bersaing dengan syarikat tempatan dan juga global.

Alternatif yang dilakukan kerajaan dari segi sokongan dan bantuan dapat meningkatkan dan melahirkan lebih ramai usahawan Bumiputera. Beliau juga turut berpendapat bahawa tiada sebab untuk kerajaan menolak permohonan daripada syarikat syarikat Bumiputera jika perniagaan dan pengurusan syarikat berada di landasan yang betul. Beliau turut menambah bahawa usahawan harus mengekalkan komunikasi antara dua hala dengan pegawai program untuk mengikuti perkembangan.

Comments

comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here