Innocent Witness (2019): Kisah Budak Asperger Menjadi Saksi Tunggal Kes Pembvnuhan

854

Filem ni aku baru tengok dengan Astro.  Dan ianya filem yang berbaloi untuk korang tengok.

Filem ini bukanlah filem yang terlalu tegang dan sarat dengan air mata sampai berminit minit. Cukuplah ia memberikan anda pengalaman tontonan yang emosi secukup rasa.

Peguam cuba membebaskan tertuduh

Ok, macam ni. Dalam satu kes yang diklasifikasikan sebagai pembunvhan, satu satunya saksi adalah remaja 16 tahun yang ada autisme.

Sekarang ini, siapa akan percaya dengan dia? Mampukah seorang peguam membawa gadis 16 tahun itu ke kandang saksi dalam usaha dia membela defendant?

Defendan / tetuduh kes ini adalah seorang pembantu rumah bernama Oh Mi Ran (lakonan Yum Hye Ran).

Dia memberitahu, takkan dia sanggup membvnuh tuannya yang telah memberikannya tempat tinggal. Malah dia sebenarnya cuba menyelamatkan tuannya itu.

Oh Mi Ran menyatakan kepada lawyer dia Yang Soon Ho (lakonan Jung Woo Sung) bahawa, dia bukan pembvnuh. Sebaliknya dia cuba menyelamatkan tuannya yang ketika itu cuba membvnuh diri.

Soon Ho berhadapan dengan hujah yang sukar  untuk mempertahankan Oh Mi Ran. Kerana fakta kes menyatakan bahawa si m4ti, men!nggal kerana lemas oleh beg plastik.

Dan pada masa yang sama, pendakwaraya tak percaya, jika Oh Mi Ran tak mampu mengoyakkan plastik itu.

Soon Ho memberikan satu hujah yang mengejutkan semua, apabila, plastik memang banyak digunakan oleh orang di Korea Selatan untuk membvnuh diri. Malah ada yang membeli kit membvnuh diri berbentuk plastik itu di internet.

Namun siapa yang akan percaya kan?

Ji Woo harapan terakhir Soon Ho

Lalu Soon Ho cuma ada harapan pada saksi kejadian iaitu Kim Ji Woo (lakonan Kim Hyang Gi), seorang remaja perempuan yang mengidap autisme.

Dia melihat kejadian itu beratus meter dari rumahnya yang bertentang dengan tingkap.

Pastinya sukar untuk orang seperti Soon Ho berkomunikasi dengan Ji Woo. Kerana dia sangat sukar untuk menerima orang lain masuk ke dalam ‘circle’ kehidupannya.

Ji Woo ini mengidap spektrum autisme yang disebut sebagai sindrom Asperger. Ibunya pernah berkongsi bahawa dia ingatkan Ji Woo adalah genius.

Di mana, pada usia setahun dia boleh meminta ibunya menukar lampinnya. Sedangkan bayi lain sebayanya baru nak menyebut papa dan mama.

Pada usianya dua tahun Ji Woo sudah boleh membaca. Dia memang anak yang bijak dan suka dengan teka-teki.

Mengenali asperger yang ada pada Ji Woo

Apakah itu sindrom Asperger itu?

Promosi Buku DTT

Asperger memiliki ni  berbeza sedikit dengan spektrum autisme yang lain.

Jika autisme yang lain, pengidapnya akan berhadapan dengan kemunduran dari segi kecerdasan (kognitif) serta penguasaan bahasa.

Manakala mereka yang ada sindrom Asperger, mereka cerdas dan mahir dalam pertuturan. Cuma mereka agak janggal nak berkomunikasi dengan orang lain.

Semakin lama, Soon Ho cuba mendapatkan informasi daripada Ji Woo, semakin banyak dia belajar tentang gadis remaja itu.

Rakannya menasihatkan Soon Ho, jika mahu berkomunikasi dengan Ji Woo, hendaklah masuk ke dalam dunia mereka terlebih dahulu.

Lalu dia pun cuba memasuki di Ji Woo. Rupa-rupanya banyak perkara yang dia dapat tahu tentang Ji Woo.

Masyarakat kerap memandang rendah golongan seperti Ji Woo kerana tak kenal dengan mereka yang ada kecerdasan tersendiri.

Namun kecerdasan itu tak dapat mereka tunjukkan kerana, tiada siapa nak mendengar ataupun memberikan mereka peluang.

Antaranya, Ji Woo boleh mengira bintik pada corak tali leher Soon Ho dalam masa singkat.

Akhirnya Soon Ho diterima masuk di dalam lingkaran Ji Woo. Mereka menetapkan masa 5pm adalah masa untuk mereka bermain teka teki.

Dan akhirnya gadis autistik itu masuk ke mahkamah untuk menjadi saksi kes pembvnuhan.

Ji Woo seperti yang dikatakan oleh ibunya, anak gadis yang sangat kuat. Dia membuktikannya, dia mengatasi rasa gentarnya untuk naik ke kandang saksi dan berhujah di hadapan semua orang.

Ji Woo ada masalah pendengaran akut – di mana telinganya sangat sensitif. Dia boleh mendengar bunyi detikan jarum jam di mahkamah sekalipun.

Dan selebihnya, aku serahkan kat korang untuk layan filem ini. Apa yang akan jadi kepada pembantu rumah yang berharap kepada seorang remaja asperger untuk membebaskannya daripada pertuduhan?

Dan mampukah Soon Ho menang kes ini dengan membawa saksi seperti Ji Woo? Soon Ho cuma mahukan keterangan berkaitan apa yang dia nampak daripada Ji Woo, tetapi pihak pendakwaan mulai mengambil kira perkara yang lain termasuk observasi Ji Woo ke atas Oh Mi Ran.

Soon Ho menganggap mereka mulai cuba memanipulasi Ji Woo yang ada kecacatan. Perghh. Dia terlepas ayat tu, terus sentap Ji Woo mendengarnya.

Filem ini, lebih daripada filem berbentuk lawyer yang lain. Ianya memaparkan sisi lebih besar dalam kehidupan kita ni. Sejauh mana masyarakat mahu mendengar dan menerima kecerdasan yang ada pada seorang autistik?

Filem yang sangat direkomendasi untuk korang dan sesuai ditonton seisi keluarga.

Artikel asal boleh didapati diblog asal, Axello.net. 

Ruangan komen telah ditutup.