Hari tu aku ada sebut pasal protes meletus di Lubnan dan Chile atas isu “bread and butter” ( https://thepatriots.asia/protes-sebab-wassap-kena-cukai/ ). Di Lubnan ada protes pasal cukai panggilan Whatsapp, manakala di Chile ada protes terhadap kenaikan harga tiket Metro (MRT) sebanyak 30 peso (RM 0.17) dari 800 peso ke 830 peso yang telah menyebabkan 20 maut bertempur dengan polis dan tentera.

Di Lubnan, Saad Hariri meletak jawatan sebagai PM. Manakala di Chile, Sebastián Piñera masih bertahan sebagai presiden, tapi baru saja membatalkan sidang kemuncak Pertubuhan Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) yang dijadualkan pada 16-17 November. Chile menjadi negara pertama yang membatalkan sidang kemuncak APEC dalam 30 tahun sejarah APEC.

Orang luar mungkin heran, naik 30 pesos je pun. Kalau kira peratusan pun naik 4% je, macam RM 2 naik jadi RM 2.08. Berbaloi ke merusuh?

Salah satu slogan yang dilaung oleh protester ialah “no son los 30 pesos, sino los 30 años” (bukan 30 peso, tapi 30 tahun!). Ada yang mengedarkan infografik “Chilean Iceberg” (“El Iceberg Chileno”) di Internet untuk menerangkan kenapa diorang protes: isu harga tiket hanyalah “tip of the iceberg”, sebenarnya ada banyak lagi masalah yang membuat rakyat Chile (terutamanya belia) rasa fed up. Dan semua masalah itu dikatakan berpunca daripada “neoliberalism” yang ada sejarah lebih 30 tahun di Chile.

Krisis Neoliberalism Chile

Apa itu neoliberalism?

Neoliberalism ialah satu fahaman ekonomi yang muncul sekitar lewat 1960-an, dipelopori oleh ahli ekonomi seperti Milton Friedman, Frank Knight dan Gary Becker dari Universiti Chicago di US. Orang panggil diorang ni sebagai “Chicago School”. Diorang dicop sebagai “neoliberal” sebab diorang cuba menghidupkan balik ekonomi pasaran bebas (ekonomi liberal) yang sudah “discredited” selepas kemelesetan sedunia “Great Depression” tahun 1929-1939.

(Nota: Sebelum Kemelesetan 1929-1939, pemikiran ekonomi didominasi oleh fahaman ekonomi liberal yang kata ekonomi akan pulih sendiri tanpa campur tangan kerajaan. Jadi bila berlaku kegawatan ekonomi pada 1929, kerajaan negara-negara maju tak buat apa-apa dan biarkan, menyebabkan keadaan ekonomi semakin teruk. Kelemahan teori liberal membuat ia “discredited” dan diganti oleh fahaman Keynesian yang menyarankan kerajaan bercampur tangan dan berbelanja untuk memulihkan ekonomi)

Menurut neoliberalism, ekonomi akan jadi lebih cekap (efficient) kalau sektor swasta diberi kebebasan penuh, campur tangan kerajaan hanya akan membantutkan ekonomi. Syarikat milik negara (state-owned enterprise – SOE) tak bagus, tak cekap. Kerajaan berhutang tak bagus, sebab akan beri kesan “crowding out” kepada sektor swasta. Negara yang diidamkan oleh golongan neoliberal ialah sebuah negara di mana kerajaan langsung tak campur tangan dalam ekonomi dan tak kacau sektor swasta.

Jadi pendukung neoliberalism menyarankan SOE seperti syarikat penerbangan, syarikat air dan syarikat elektrik perlu diswastakan. Peraturan ke atas syarikat perlu dilonggarkan (deregulation). Pasaran negara perlu dibuka kepada pelabur asing. Dan neoliberal paling obses sekali dengan perbelanjaan kerajaan. Kerajaan kena ambil langkah kurangkan perbelanjaan dan naikkan cukai yang juga dikenali sebagai “austerity measures”. Tapi selalunya, yang dicukai ialah golongan bawahan dan individu, syarikat besar diberi pelepasan cukai.

Gaji minima? Tak boleh, itu akan membebankan syarikat. Subsidi? Tak boleh, nanti kerajaan akan berhutang. Benda-benda yang kita “take for granted” bagi neoliberal adalah kejahatan yang boleh menjahanamkan ekonomi. “Privatization” “deregulation” “liberalization” “austerity” baru betul.

Chile ialah antara negara pertama dalam dunia yang bereksperimen dengan neoliberalism. Pada tahun 1973, Jeneral Augusto Pinochet melancarkan kudeta menggulingkan Presiden Salvadore Allende yang dikatakan telah menyebabkan masalah inflasi di Chile dengan dasar sosialis dia. Pinochet mengupah ahli ekonomi dari Chicago (“Chicago Boys”) untuk jadi penasihat ekonomi dia. Dasar neoliberal dilaksanakan, kadar inflasi berjaya turun dari 600% di era Allende ke 10%.

Memasuki 2000-an, Chile dah jadi antara ekonomi paling “maju” (developed) di Amerika Selatan kalau diukur dengan Indeks Pembangunan Insan (HDI), dan ekonomi paling “bebas” kalau diukur dengan Indeks Kebebasan Ekonomi. Dan Chile juga adalah negara yang mempunyai paling banyak perjanjian perdagangan bebas (FTA) di dunia.

Jadi Chile mula diangkat sebagai “model” oleh US, EU, IMF dan Bank Dunia, seolah-olah neoliberalism ialah satu-satunya cara mengurus ekonomi. Setiap kali negara nak pinjam duit, mesti kena bersetuju dengan syarat-syarat seperti penswastaan, deregulation, pembukaan pasaran dan austerity. Itu yang jadi dekat Indonesia dan Korea Selatan selepas Krisis Kewangan 1997-1998, dan Greece semasa 2010-2011.

Tapi, walaupun Chile “maju”, “bebas”, jurang pendapatan pun semakin meningkat. Sebab di bawah ekonomi neoliberal, tak ada “social safety net” kepada pekerja dan penganggur. Tak ada gaji minima, gaji ditekan serendah-rendahnya. Semua benda adalah swasta punya, air mahal, pendidikan mahal, semua benda mahal sebab kerajaan tak menyediakan barangan dan perkhidmatan awam yang dianggap memakan perbelanjaan besar.

Keadaan ada bertambah baik di bawah pemerintahan Ricardo Lagos (2000-2006) dan Michelle Bachelet (2006-2010, 2014-2018) yang berhaluan sosialis. Diorang cuba mengimbangi neoliberalism dengan dasar-dasar pro-rakyat. Tapi apabila Piñera yang berhaluan neoliberal naik, dia gelojoh nak reverse Chile kembali ke arah neoliberalism.

Kenaikan harga tiket Metro dilihat sebagai tanda permulaan austerity yang lebih besar. Itu yang membuat rakyat risau dengan masa depan diorang dan mengadakan protes terhadap Piñera. Sebelum ni Piñera dah pernah jadi presiden (2010-2014), dan dasar neoliberal dia pun telah mengundang pelbagai protes, cuma tak sebesar kali ini.

Di Lubnan pun sama. Cukai Whatsapp hanyalah “trigger”, dasar austerity yang diperkenalkan oleh Saad Hariri selepas meminjam dengan IMF dan beberapa institusi kewangan Barat tu yang membuat rakyat turun ke jalan. Selain Chile, protes pun meletus di Ecuador terhadap Presiden Lenin Moreno yang juga seorang pendukung neoliberalism.

Sama ada neoliberalism good or bad, ia amat bergantung kepada perspektif sebenarnya. Cuma apabila rakyat rasa hidup diorang tertekan, dasar ekonomi yang bagus macam mana pun akan ditolak dan ditentang. Kita sekarang hidup dalam “the age of the masses” yang sangat menguji sejauhmana elit dapat melaksanakan dasar yang betul untuk menjaga kepentingan negara, dan pada masa yang sama menjaga hati dan kebajikan rakyat.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang Pegawai Tadbir Dan Diplomatik, graduan dalam bidang Hubungan Antarabangsa Dan Pertahanan dari Universiti Kebangsaan Malaysia dan Universiti Malaya.

Comments are closed.