Semakin meningkat dewasa, kita sama-sama perasan tiga benda takkan naik: harga barangan, berat badan dan ketinggian fizikal. Tentang harga barangan jangan serius sangat (aku pun tengah panas hati). Tentang berat badan tu betul sebenarnya. Penimbang yang salah. Pasal ketinggian fizikal ini yang masalah. Semua kena mengaku memang takkan naik selepas mencapai takat. Walau bagaimanapun, cuba tengok garisan dalam graf dibawah:

Purata ketinggian bangsa Eropah saban zaman (Hatton & Bray, 2010).

Memang betul. Ketinggian individu takkan naik. Ketinggian populasi lain cerita. Turun-temurun Eropah lebih tinggi untuk dibandingkan dengan nenek moyang mereka. Dulu kala ketinggian 183 sentimenter dianggap “tinggi gila”; sekarang sekadar “tinggi biasa”. Malah lelaki ketinggian 170 sentimeter kena tanggung macam-macam cemuhan (shortie, dwarf, peanut, stumpie, Hershey’s Kiss dsb.) kalau di Barat. Apa yang saintis perasan adalah: ketinggian bangsa-bangsa Barat meningkat 11 sentimeter dalam masa 100 tahun (Hatton, 2011).

Memahami Trend Peningkatan

Amerika Syarikat wajar dijadikan contoh dalam perbincangan ini. Populasi mereka menikmati trend peningkatan bermula tahun 1910. Dalam masa 60 tahun, purata ketinggian Amerika Syarikat naik daripada 167-172 sm (1920) ke 172-177 sm (1970). Namun trend ini terhenti sejak 1970-an, yang mana sampai hari ini purata mereka sekitar 177 sm sahaja.

Perhatian. The Patriots sedang mencari manuskrip untuk diterbitkan. Jika berminat, anda boleh kirimkan ke alamat emel seperti dalam gambar.

Untuk pengetahuan semua, faktor ketinggian memainkan peranan besar dalam pembangunan masyarakat. Kalau ketinggian manusia meningkat secara bergenerasi, itu tandanya kualiti makanan kena pada cara. Kualiti makanan mempengaruhi masyarakat secara individu dan generasi. Dari segi individu, manusia lebih berpendidikan dan berpeluang menikmati gaji tinggi; manakala secara generasi pula, manusia bertambah tinggi (NCD-RisC, 2016).

Teori Yang Terbukti

Umumnya ramai di Malaysia menyangka bangsa-bangsa Barat lebih murah rezeki bab ketinggian. Namun tanggapan ini ternyata tidak betul. Selepas Perang Dunia Pertama, kualiti hidup Amerika Syarikat terjejas teruk angkara The Great Depression. Ramai tidak cukup makan dan hasilnya jelas dalam statistik. Populasi tetap meningkat tinggi… tetapi berbeza untuk dibandingkan dengan zaman pasca-Perang Dunia Kedua. Selepas 1940-an, populasi Amerika Syarikat bertambah tinggi begitu cepat – jelas membuktikan kecekapan pemerintahan gandingan Roosevelt/Truman dan Eisenhower/Nixon. Sekadar makluman, empat figura ini adalah punca Amerika Syarikat menjadi gagah perkasa.

Rahsia ketinggian mereka adalah makanan yang berkualiti. Kerana itulah rahsia ketinggian bangsa Jepun dan Korea. Bangsa China dulu panggil Jepun “wo” (pendek). Walau bagaimanapun, bangsa Jepun naik daripada purata 1.5 meter ke 1.7 meter selepas Perang Dunia Kedua.

Lihat perbezaan.

Realiti mula berbeza selepas bangsa Jepun merenung pemakanan mereka. Dulu semua pakat makan sayur dengan susu saja. Selepas 1940-an, bangsa Jepun membina semula dan kekal makan makanan yang sama. Tetapi mereka mengutamakan ikan dan daging lembu setiap hari. Sumber protein dikatakan menguatkan daya pemikiran dan meningkatkan ketinggian (Grasgruber, et al., 2016).

Itu cerita Jepun. Korea Selatan lagi dahsyat. Sekitar 1920-an, ketinggian populasi mereka sekadar 160 sentimeter saja. Sekarang purata ketinggian Korea Selatan ada dalam 175 sentimeter. China juga didapati semakin panjat tangga ketinggian. Ketiga-tiga negara Asia ini mengikuti resam Barat iaitu makanan berkualiti.

Maka hujahnya jelas: orang Eropah lagi tinggi daripada orang Asia. Tetapi itu cerita dulu. Sekarang jurang ketinggian semakin rapat. Eropah juga mempunyai kelebihan geopolitik. Bukan main bangsa-bangsa Eropah buat onar di Asia suatu masa dahulu, sekali gus menafikan hak makanan berkualiti pada warga-warga tempatan. Namun sekali lagi, itu cerita dulu.

Yang penting sekarang adalah dasar pemakanan. Tidak melampau untuk cakap Malaysia agak ketinggalan dalam bab ini. Banyak benda kena buat untuk memastikan semua rakyat dapat menikmati protein yang cukup. Cuba tengok Canada misalnya. Populasinya lebih kurang saja dengan Malaysia. Tetapi harga ayam mereka sekitar $7.87/kilogram. Daging lembu Angus (halal) pula $19.78/kilogram.

Ini harga Walmart tau. Bukan harga pasaran biasa.

Ikan terlalu rambang kerana banyak jenis tetapi harganya tidak lari jauh daripada ayam dan lembu. Purata gaji pekerja baru mereka? $4,279 sebulan.

Kalian tahu berapa gaji kalian. Kalian juga tahu berapa harga ayam, daging dan ikan di tempat kalian. Persoalan saya mudah: rasa-rasa setimpal tak gaji dengan sumber protein? Kalian dipelawa balas di komen. Ini belum lagi kita bicara harga susu.

RUJUKAN:

Grasgruber, P., et al. (2016). Major correlates of male height: A study of 105 countries. Economics & Human Biology. 21: 172-195.

Hatton, T. (2011, Ogos 5). How have Europeans grown so tall? Vox EU.

NCD-RisC. (2016). A century of trends in adult human height. eLife. 5: e13410.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Berbekalkan buku “Perang Salib Pertama: Kelahiran Templar”, Ahmad Faezal mempunyai suatu matlamat bagi Malaysia. Dalam kaca mata beliau, bangsa Melayu perlu bangkit membaham ilmu sepertimana mereka memakan nasi. Seorang pengikut setia bidang astronomi dan isu semasa, beliau mengimpikan bangsa Melayu dalam masa 100 tahun boleh melibatkan diri secara aktif dalam bidang-bidang sains terperinci. Beliau juga seorang penulis dan penterjemah upahan, yang sedia menerima klien.

Leave A Reply