Ini Adalah Kisah Bagaimana Sani Express Ditubuhkan

1,278

https://bit.ky/kombowww

Kepada mereka yang berasal daripada pantai timur dan utara tanah air, pasti akan mengenali Sani Express.

Perkhidmatan kelas pertama serta bas yang selesa menjadi sebab utama untuk penduduk terus memilih syarikat itu untuk pulang ke kampung. Jadi, bagaimanakah syarikat ini bermula?

Sani Express Sdn Bhd adalah anak syarikat kepada Sani United Berhad yang ditubuhkan pada tahun 2006 oleh Datuk Wan Mohammad Sani Salleh.

Sebelum itu beliau telah miliki enam buah bas untuk beroperasi tetapi tidak mampu membeli bahan api untuk mulakan perjalanan.

Hasrat untuk menubuhkan sebuah syarikat bas ekspress tercetus apabila beliau seringkali ulang-alik dari Terengganu ke Kuala Lumpur lebih 20 tahun lalu.

Oleh kerana pengalaman luas dalam menaiki bas, beliau berazam mahu memberikan perkhidmatan bas yang terbaik kepada orang ramai.

Sani Express memulakan perkhidmatannya pada tahun yang sama dengan 15 buah bas tempat duduk tunggal yang menuju Kuala Terengganu, Kota Bharu dan Kuantan.

Pertumbuhan yang pesat di sekitar Lembah Klang telah menarik lebih ramai perantau daripada pantai timur untuk bekerja di sana.

Situasi ini telah meningkatkan permintaan terhadap penggunaan bas ekspress bagi perjalanan pulang ke kampung dan kembali ke ibu kota.

Sebagai syarikat baru, sudah pastinya Sani Express menghadapi saingan sengit terutama terutamanya melibatkan laluan ke Kota Bharu dan Kuala Terengganu.

Dengan itu pada tahun 2008, Sani Express telah menukar bas satu tingkat kepada dua tingkat dengan tujuan untuk memberikan layanan terbaik kepada pelanggannya.

Pada mulanya, syarikat itu telah mendapatkan 15 buah bas dua tingkat bagi menggantikan bas setingkat yang melibatkan laluan ke Kota Bharu, Kuala Terengganu dan Kuantan.

Akibat daripada penambahan penumpang, Sani Express telah berjaya mendapatkan lagi 10 buah bas dua tingkat dengan 6 daripada adalah untuk perjalanan arah utara seperti Butterworth, Jitra dan Kuala Perlis.

Semua ini tidak akan terjadi jika beliau tidak mampu dapatkan pinjaman daripada Bank SME sebanyak RM2 juta pada tahun 2006 dan sehingga kini menerima RM100 juta untuk keseluruhan perniagaan.

Hari ini kita melihat Sani Express semakin menjadi pilihan bagi warga utara dan pantai timur untuk pulang ke kampung dan sebaliknya.

Persoalannya, bilakah perkhidmatan bas ini akan diperluaskan ke wilayah selatan seperti Seremban, Melaka dan Johor Baharu? Mungkin Sani Express akan menjadi pencetus kepada perkhidmatan bas yang selesa ke selatan tanah air.

Anda mungkin juga berminat

Ruangan komen telah ditutup.