Infinity Gauntlet Dan Hand of Saint Teresa of Avila

380

Tular dua tiga hari lepas berkenaan sebuah relik yang diambil dan dijaga oleh pihak gereja di Sepanyol. Relik yang berbentuk sarung tangan ini sama seperti Infinity Gauntlet milik Thanos, termasuk warna batu-batu permata yang menghiasinya.

Nama relik ini adalah Hand of Saint Teresa of Avila. Sejarah berkenaan sarung tangan besi bertatahkan berlian ini tidak dapat dijejaki sangat, tetapi ia adalah milik biarawati terkenal pada abad ke-16 M, Saint Teresa of Avila.

Kezuhudan dan ajarannya sangat mempengaruhi masyarakat setempat sehinggakan tubuh badannya dimuliakan setelah kematiannya. Beberapa tubuh badannya dijaga oleh pelbagai pihak setelah berlaku peristiwa pembongkaran makamnya selepas sembilan bulan tempoh kematiannya.

Antara salah satu anggota badan yang dijaga adalah tangan miliknya yang kini berada di dalam jagaan pihak gereja Nuestra Señora de la Merced di Ronda, Sepanyol. Relik ini bukan sahaja menjadi harta warisan suci Kristian Katolik, tetapi ia juga diiktiraf sebagai khazanah bernilai negara Sepanyol.

Sarung tangan ini pernah dicuri oleh seorang diktator-fasis Sepanyol iaitu, Francisco Franco pada tahun 1937. Setelah kematian diktator tersebut pada tahun 1975, sarung tangan tersebut dikembali semula kepada pihak gereja pada tahun yang sama.

Kisah berkenaan persamaan Infinity Gauntlet dan Hand of Saint Teresa tular di media sosial Twitter sehingga ia menarik banyak perhatian. Salah satu ‘tweet’ mengesahkan, sarung tangan Hand of Saint Teresa membawa maksud ‘tangan yang suci’ tidak terlibat dalam apa-apa kejahatan ataupun rasuah, berbeza pula dengan Infinity Gauntlet yang dicipta oleh watak fiksyen Thanos untuk menghancurkan sebahagian populasi makhluk di dalam Marvel Universe.

Beberapa teori disimpulkan oleh para peminat Marvel yang pencipta watak Thanos dan Infinity Gauntlet, Jim Starlin menjadikan sejarah Saint Teresa sebagai inspirasinya. Jadi, begitulah sedikit sebanyak maklumat yang mampu dicari, dikutip dan diringkaskan dalam satu penulisan yang hambar ini. Semoga sarung tangan ini tidak jatuh ke atas tangan yang salah. Mimpi ngeri menjadi realiti. * Te ne, nene… te ne ne *

Komen yang ditutup, tetapi jejak balik dan ping balik terbuka.