Industri Penerbangan bukan hanya melibatkan Syarikat Penerbangan (Airlines Companies) semata-mata, ianya terdiri daripada rantaian ekosistem yang agak kompleks dan saling memerlukan antara satu sama lain.

Secara asasnya, industri penerbangan global terdiri daripada syarikat pengeluar pesawat, pembekal komponen pesawat, syarikat penerbangan, rangkaian Lapangan Terbang, pembekal bahan bakar (minyak), pembekal ‘Food & Beverages’ (F&B), termasuk komponen-komponen penting yang ada di dalam sektor pelancongan (perhotelan, kraftangan, restoran etc).

Jika berlakunya sebarang masalah yang kritikal khususnya penularan Pandemik Covid-19, ‘domino effect’ akan tercetus yang kemudiannya membawa kepada kejatuhan setiap komponen yang berada di dalam ekosistem ini. Inilah ‘malapetaka’ yang sedang menghambat industri penerbangan dunia pada hari ini.

Menurut laporan daripada astroawani.com, industri penerbangan Malaysia mengalami kerugian sebanyak RM13 Bilion setakat suku ketiga tahun 2020. Daripada jumlah itu, syarikat AirAsia Group Berhad, Malaysia Airlines Berhad dan Malindo Airways Sdn Bhd mencatat kerugian terkumpul berjumlah RM10.9 Bilion.

Manakala, baki kerugian sebanyak RM2.1 Bilion pula datang daripada kos pengoperasian dan penguncupan pendapatan (revenue) di kesemua 22 buah Lapangan Terbang (6 antarabangsa & 16 domestik) yang berada di bawah pengurusan Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB), termasuk Senai Airport Terminal Services Sdn Bhd.

Kerugian ini berlaku setelah kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh negara, sehingga memaksa ketiga-tiga buah syarikat penerbangan tempatan itu membuat pembatalan tiket penerbangan yang melibatkan seramai 4.316 juta penumpang, termasuk 1.211 juta penumpang yang lain ditangguhkan penerbangan menurut data dari Kementerian Pengangkutan.

Dalam pada itu, pada bulan Jun 2020, AirAsia dilaporkan telah menamatkan perkhidmatan kira-kira 333 orang kakitangannya yang berpusat di Malaysia, iaitu 172 orang juruterbang, 111 kru, dan 50 jurutera menurut laporan dari portal berita Sinar Harian.

Bermula dari bulan Oktober, syarikat penerbangan tambang murah dunia itu sekali lagi mengumumkan bahawa mereka terpaksa mengurangkan sebanyak 10% daripada jumlah keseluruhan 24000 orang kakitangannya yang berada di seluruh dunia sepertimana yang diperkatakan oleh Riad Asmat (CEO AirAsia Berhad).

Malindo Air pula dijangka akan memberhentikan seramai 2200 orang pekerjanya menjelang 30 November 2020. Langkah ini terpaksa dilaksanakan bagi mengecilkan saiz operasinya, termasuk pengurangan jumlah pesawat kepada hanya beberapa buah pesawat jenis Boeing kelas 737 dan pesawat turboprop ATR menurut laporan Berita Harian.

Selain Malindo Air, syarikat penerbangan ASEAN seperti Thai Airways turut mengumumkan hasrat mereka untuk mengecilkan saiz operasi dengan menjual sebanyak 34 buah pesawat. Menurut Bloomberg, jualan tersebut terpaksa dibuat sebagai langkah penstrukturan semula jumlah hutangnya yang sudah mencecah sehingga $11.4 Bilion USD.

Dalam perkembangan lain, syarikat pengeluar pesawat terbesar dunia, iaitu Airbus turut mencatat penurunan pendapatan (consolidated revenue) sebanyak $16 Bilion setakat 9 bulan pertama tahun 2020 ($30.2 Bilion), berbanding $46.2 Bilion yang direkod pada tahun 2019 menurut laman airbus.com.

Menurut International Air Transport Association (IATA), industri penerbangan global dijangka mencatat kerugian keseluruhan sebanyak $1.578 Trilion USD pada tahun 2020. Daripada jumlah itu, sektor pelancongan adalah sektor yang paling teruk terjejas dengan penguncupan sehingga $1.17 Trilion.

Selain itu, syarikat-syarikat penerbangan global pula dijangka menanggung kerugian terkumpul sebanyak $314 Bilion USD. Lebih spesifik, benua Eropah Asia mencatatkan kerugian tertinggi sebanyak $91 Bilion, diikuti Asia Pasifik ($89 Bilion) dan Amerika Utara ($32 Bilion).

Antara lain, rangkaian Lapangan Terbang di seluruh dunia turut terkesan teruk setelah pendapatan mereka menguncup sebanyak 61% atau $97.4 Bilion ekoran dari penurunan kadar aliran trafik udara sehingga 60% sejak awal tahun ini.

IATA turut membuat jangkaan bahawa pasaran industri penerbangan global akan terkesan sehingga suku pertama tahun 2021 (at least), yang mana penawaran kerusi penumpang dalam setiap pesawat akan berkurangan sehingga 46% atau 674 juta penumpang dengan melibatkan kerugian sehingga $95 Bilion


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Sekadar penulis amatur.

Comments are closed.