Kehadiran pandemik coronavirus telah menyebabkan industri perfileman paling produktif di dunia iaitu Bollywood hampir binasa.

Hal ini demikian kerana pawagam telah ditutup, produksi menghentikan penggambaraan dan studio menunda tayangan filem menyebabkan wang berhenti mengalir.

Pandemik ini telah membuatkan industri perfileman India kerugian melebihi $330 juta apabila pendapatan daripada pawagam hilang dan pembatalan penggambaran oleh pihak produksi.

Lebih kurang 1800 buah filem telah dihasilkan di India pada tahun 2018. Kebanyakkan filem tersebut berbahasa Hindi yang sekian lama mendominasi pasaran di Bollywood.

Walau bagaimanapun, masih terdapat juga filem berbahasa lain seperti bahasa Telugu (kollywood), Marathi, Bhojpuri dan Benggali.

Pendapatan industri perfileman India dianggarkan mencapai jumlah $1.4 bilion pada tahun 2019 dimana terdapat peningkatan sebanyak 12% berbanding tahun sebelumnya.

Penerbit filem di India bukan sahaja mahu menghasilkan karya untuk pasaran India semata-mata bahkan juga pasaran dunia.

Beberapa nama besar di Bollywood seperti Shah Rukh Khan, Akshay Kumar dan Deepika Padukone telah membantu industri perfileman India meraih pendapatan lumayan daripada penonton di seluruh dunia.

Serangan pandemik ini telah menghapuskan segala pencapaian industri perfileman India terutama daripada sudut ekonomi walaupun rancangan untuk merilis filem terbaru sedang hangat berkumandang.

Hal ini diburukkan lagi dengan pengumuman perintah berkurung yang dilaksanakan India dimana hanya perkhidmatan penting negara sahaja dibenarkan beroperasi.

Sebelum perintah berkurung dilaksanakan, produksi filem di India telah mengumumkan mereka akan menghentikan segala pengambaraan filem, drama dan siri web. Semasa perintah berkurung nasional, pengambaraan tetap ditangguhkan sehinggalah ianya akan tamat ataupun terpaksa beraksi dalam resam baru.

Walaupun pawagam akan kembali dibuka, pihak industri tetap akan kehilangan pendapatan jika tidak mampu menampung jumlah penonton yang ramai.

Hal ini dapat dilihat apabila China telah mula menjual tiket untuk tayangan filem di pawagam dengan peraturan penjarakan sosial yang sangat ketat.

Bermakna jika tiket dijual berdasarkan penjarakan sosial, kapasiti pawagam terpaksa dikurangkan kerana setiap satu kerusi akan dikosongkan. Secara tak langsung pendapatan pawagam ketika era resam baru ini akan menurun sedikit berbanding normal lama.

Bukan itu sahaja, “kematian” industri filem telah menyebabkan beberapa pekerja dan kru dalam sektor tersebut terjejas teruk.

Jurusolek Bollywood iaitu Arti Nayar menyatakan projek dan acara yang disertainya mungkin akan dibatalkan atau ditangguhkan disebabkan oleh virus itu.

Pekerja di belakang tabir seperti penjaga cahaya, penjaga makanan dan lain-lain turut terjejas kepada pendapatan mereka bergantung kepada pelaksanaan kerja dan gaji harian.

Jika penggambaraan ditangguhkan bermakna tiada wang untuk teruskan hidup. Mungkin ini juga yang telah disuarakan oleh selebriti Malaysia tetapi dalam konotasi yang tidak bersesuaian.

The Producers Guild of India (GUILD) telah menubuhkan sebuah dana yang digunakan untuk membantu mereka dibelakang tabir yang terjejas serta menerima pendapatan berdasarkan pelaksanaan kerja dan gaji harian. Mungkin inisiatif ini juga boleh diambil oleh pihakl SENIMAN bagi membantutu golongan-golongan dibelakang tabir.

Bagaimana pula dengan indsutri perfileman Malaysia yang sangat kecil berbanding India, ikut binasa atau berjaya untuk bertahan?

Baru-baru menteri kanan (kluster keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyatakan bahawa kerajaan membenarkan penggambaran filem, drama dan iklan selepas perayaan aidilfitri.

Walau bagaimanapun beberapa SOP perlu dipatuhi seperti melakukan mesyuarat dan uji bakat secara dalam talian, mengemukakan rekod perjalanan semua tenaga produksi dan artis bagi tempoh empat minggu sebelum penggambaran dan memastikan tidak lebih daripada 20 orang terlibat dalam setiap sesi penggambaran.

Namun perkara itu telah mendapat respon pantas daripada penggiat-penggiat dalam industri perfileman Malaysia. Pembikin filem dokumentari iaitu Ahmad Fuad mempersoalkan ketiadaan tarikh tetap untuk mulakan pengambaran selepas aidilfitri, boleh jadi juga ianya pada disember ataupun raya ketiga.

Dr Vimala Perumal iaitu seorang pengarah dan produser tempatan menyifatkan SOP yang menetapkan kru tidak melebihi 20 individu ini sedikit mencabar. Namun begitu katanya, kru penggambaran perlu mengadaptasi resam baharu ekoran pandemik ini.

Pengumuman ini sedikit sebanyak akan membantu kru ataupun penggiat industri untuk terus hidup memandangkan ramai daripada mereka pekerja bebas serta sepenuh masa yang sangat bergantung kepada penggambaraan. Kalau tiada penggambaran, tiadalah wang untuk mereka terus hidup.

Artikel turut boleh dibaca di laman ekonomi dan kewangan kami, The Outlook. 


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang marhaen dari UITM Puncak Perdana yang meminati sejarah, sastera, falsafah, sukan, muzik dan ekonomi. Mata pena lebih tajam daripada mata keris dan menulis sekadar untuk meluah rasa jiwa sahaja.

Comments are closed.