Orang yang mengalami masalah berat badan berlebihan berisiko tinggi dijangkiti Covid-19. Ini didedahkan oleh seorang pakar epidemiologi Perancis, Profesor Jean-Francois Delfraissy semalam.

Dalam satu temubual bersama Reuters, Profesor Delfraissy yang juga pengerusi majlis saintifik bagi menasihati kerajaan berkaitan pandemik Covid-19 berkata seramai 17 juta daripada rakyat Perancis yang berjumlah 67 juta orang berisiko tinggi dijangkiti Covid-19 disebabkan faktor usia dan mempunyai penyakit tertentu termasuk obesiti.

“Virus ini sangat dahsyat. Ia boleh menjangkiti orang muda, khususnya orang muda yang obes. Mereka yang berlebihan berat badan perlu berhati-hati. Sebab itulah kita bimbang pada rakan-rakan kita di Amerika, yang terkenal dengan masalah obesiti dan mereka mungkin mempunyai banyak masalah yang disebabkan obesiti,” ujarnya.

Delfraissy berkata 88% daripada mereka yang dijangkiti Covid-19 hanya mengalami simptom kecil atau sederhana seperti selesema teruk. Kadar kematian bagi orang muda yang dimasukkan ke hospital dengan penyakit pernafasan teruk akibat COVID-19 ialah 2%.

Tetapi peratusan angka itu boleh meningkat sehingga 14% bagi mereka yang lebih lemah termasuk yang mempunyai masalah penyakit kronik seperti sakit jantung, darah tinggi dan strok.

Walaupun kadar penularan COVID-19 di Perancis begitu pantas, negara itu masih jauh daripada sampai ke tahap 50-60% populasinya dijangkiti dan sembuh hingga pada tahap tertentu mencapai paras ‘imuniti berkumpulan’ dicapai.

“Data awal menunjukkan bilangan mereka yang memiliki imuniti lebih rendah daripada yang kami bayangkan iaitu sebanyak 10-15%,” ujar pakar penyakit berjangkit itu yang pernah mengetuai penyelidikan Perancis berkenaan wabak Ebola dan penyakit AIDS.

Tambahnya lagi, masih awal untuk mengakhiri perintah kawalan pergerakan di Perancis yang dikuatkuasakan pada 17 Mac lalu dan dijadualkan berterusan sehingga sekurang-kurangnya 15 April.

RUJUKAN:

Agensi. (2020). Obesiti jadi risiko besar jika dijangkiti COVID-19 – Pakar. Astro Awani. http://www.astroawani.com/berita-dunia/obesiti-jadi-risiko-besar-jika-dijangkiti-covid-19-pakar-237444

 


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Graduan Bachelor of Business Admin (Human Resource) dari UNITAR yang meminati sejarah sejak 11 tahun. Ketika ini merupakan saudagar simkad Tone Excel. Harapan terbesar ialah melihat saudara seagama dan sebangsa kembali bersatu di bawah satu panji dan terus maju bersama. Tanpa perpaduan, manusia tidak akan ke mana-mana, malah tidak akan dapat membina sebuah tamadun yang gemilang seperti mana yang dilakukan oleh nenek moyang kita yang lepas. Dan sejarah adalah saksi bahawasanya perpaduan kunci penting dalam membina sebuah tamadun yang gemilang.

Comments are closed.