Bercakap pasal India, memang ramai akan pandang sinis. Mana tidaknya – sebarang topik kemajuan perihal India mesti bergelumangan dengan isu tandas dan pencemaran bagai. Betul, India ada banyak masalah.

Tetapi India juga ada banyak peluang untuk berdaya maju. Cuba rujuk sejarah balik. Penjajah British telah merompak hasil kekayaan yang sangat banyak daripada bumi India. Kalau letak nilai sekarang, hasil tersebut adalah menghampiri AS$45 trilion (Hickel, 2018).

Sekadar analogi.

Ertinya India ada hasil kekayaan. Tetapi itu dalam sejarah. Katakanlah setiap hasil bumi sudah dijarah habis, India masih ada sumber manusia. Menurut Adam Smith, tenaga buruh adalah sumber paling bernilai dalam sebuah negara. Jadi melihat realiti dalam India sekarang, jelas sekali negara tersebut berpeluang memacu ekonomi pada landasan pertumbuhan pesat seperti China terdahulu.

Logiknya, Jepun mempunyai populasi besar dalam negara kecil. Tetapi populasi Jepun semakin lanjut usia (Walia, 2019). Populasi India pula bertambah muda. Hari ini purata umur rakyat India adalah 28.4 tahun, 10 tahun lebih muda untuk dibandingkan dengan Amerika Syarikat dan China.

EU paling tua iaitu 43.7 tahun.

Umur adalah faktor sangat penting dalam perkembangan negara. Anak muda mampu merencanakan inovasi dan melaksanakan perubahan, sekali gus meninggalkan pemikiran generasi terdahulu yang mungkin sudah kolot.

Kalau tidak berinovasi pun, mesti semua akan bekerja. Apabila rakyat bekerja, produktiviti negara akan meningkat. Jadi pihak kerajaan cuma perlu mengemudikan negara supaya dapat memberi peluang pekerjaan adil buat semua.

Kalau berjaya, pelaburan akan mengalir laju kerana ada potensi pasaran. Kalau gagal bab ini, kadar jenayah saja yang akan meningkat.

Pelaburan akan tertumpu pada kawasan bandar raya. Jadi orang di kampung akan berhijrah ke bandar, meningkatkan kadar persaingan dan peluang produktiviti.

Lama kelamaan, pelabur akan masuk dalam kawasan separa bandar dan luar bandar pula. (Chen, 2009) mendapati rakyat China – tidak kira bandar atau kampung – masih mampu membuat simpanan wang sangat banyak dalam bank. Antara faktor penyumbang adalah, orang bandar bekerja dan memberikan wang kepada ibu bapa di kampung.

Perkara ini boleh berlaku di India. Kawasan luar bandar tidak perlu mengikuti jejak bandar raya. Banyak industri boleh dipertingkatkan, seperti pertanian misalnya jika berinovasi mampu menjana pengeluaran jauh lebih banyak.

Produktiviti India pula tidak perlu begitu bergantung pada penduduk dunia. Rakyatnya saja sudah ramai, berkemampuan untuk sara diri (domestic consumption). Apabila rakyat berbelanja, ekonomi akan membangun dengan pesat kerana ada taburan yang stabil.

Ketika ini, India hanya perlu menjaminkan taburan dibuat dengan adil. Ada satu masalah jika sebuah negara membangun dengan pantas. Pengagihan harta negara akan mengutamakan golongan kayangan sahaja.

Situasi wealth inequality berlaku dalam banyak negara, termasuk Malaysia sendiri. Apa yang pasti, kejayaan India takkan sesekali mewujudkan sebuah utopia di mana semua kaya dan senang lenang. Mesti ada cabaran baru yang perlu diharungi.

Ambil contoh Malaysia. Antara sebab kenapa macam-macam berlaku adalah kerana kekayaan negara juga. Apabila negara membangun, rakyat akan beranak-pinak. Setiap 10 tahun, dimensi negara akan berubah.

Golongan anak-anak pula akan bersaingan antara satu sama lain, berebut peluang ekonomi yang ada. Tambah lagi 10 tahun, kejayaan generasi lalu takkan dikenang sangat. Dan dari sinilah datang segala pembaharuan, yang kadangkala dibuat melalui pilihan raya.

RUJUKAN:

Chen, G. (2009). Development of Rural China in the 21st Century: Progress Made and Challenges Ahead. Asie Visions 16.

Hickel, J. (2018, Disember 19). How Britain stole $45 trillion from India. Al Jazeera.

Walia, S. (2019, November 13). How does Japan’s aging society affect its economy? The Diplomat.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Berbekalkan buku “Perang Salib Pertama: Kelahiran Templar”, Ahmad Faezal mempunyai suatu matlamat bagi Malaysia. Dalam kaca mata beliau, bangsa Melayu perlu bangkit membaham ilmu sepertimana mereka memakan nasi. Seorang pengikut setia bidang astronomi dan isu semasa, beliau mengimpikan bangsa Melayu dalam masa 100 tahun boleh melibatkan diri secara aktif dalam bidang-bidang sains terperinci. Beliau juga seorang penulis dan penterjemah upahan, yang sedia menerima klien.

Comments are closed.