Pada April 2018, dua pelajar kolej perempuan bernama Sohe Chung dan So Ra sedang berjalan ke sebuah perpustakaan di Toronto. Selalunya, perjalanan ke situ boleh saja dibuat menerusi keretapi bawah tanah tetapi bagi kedua-dua pelajar itu, mereka merasakan lebih elok berjalan sambil menikmati sinaran cahaya matahari.

Malangnya, kedua-duanya tidak sampai ke perpustakaan kerana menjadi mangsa langgar lari seorang pemandu van bernama Alek Minassian yang tiba-tiba naik ke kawasan pejalan kaki dan melanggar sesiapa saja yang berada di laluannya. Chung merupakan antara 10 mangsa yang terbvnvh manakala 16 lagi termasuk So terselamat tetapi mengalami kecederaan.

Bila si pemandu ditahan polis, dia mengaku dia seorang incel. Insiden di Toronto ini merupakan sekelumit antara insiden g4nas membabitkan kelompok incel yang diketahui dari tahun 2009 hingga pertengahan tahun 2020. Tetapi apa itu incel?

Incel ialah satu kelompok sub-budaya dalam talian yang mendefinisikan mereka tidak boleh mencari pasangan romantik/s3ksual walaupun mempunyai keinginan. Terma incel datang daripada gabungan dua perkataan iaitu involuntary (tidak rela/paksa) dan celibacy (membujang).

Terma ini kali pertama digunakan pada tahun 1993 apabila seorang pelajar universiti Kanada yang hanya dikenali Alana mencipta sebuah laman sesawang dengan tujuan membincangkan ketiadaan aktiviti romantik dengan orang lain. Laman sesawang itu diberi nama Alana’s Involuntary Celibacy Project dan memberi peluang kepada pengguna laman berkongsi pengalaman mereka tentang subjek berkenaan.

Pada tahun 1997, Alana memulakan senarai hantaran mel untuk topik tersebut dan ia diberi nama awalnya INVCEL sebelum menjadi incel bagi mana-mana individu tanpa mengira jantina yang mengalami masalah sama. Tidak lama selepas itu, dia menyedari apa yang dimahukannya dan selesa dengan identiti barunya.

Sekitar tahun 2000, Alana tidak lagi aktif menguruskan laman sesawang itu dan menyerahkannya kepada seseorang yang tidak dikenali menguruskannya. Sejak itu, pelbagai forum wujud untuk kelompok ini tetapi dua forum utama incel ialah IncelSupport dan love-shy.com.

Kedua-dua laman sesawang itu ditubuhkan pada awal dekad 2000 tetapi dengan cara pengurusan berbeza. IncelSupport mengalu-alukan ahli tanpa mengira jantina dan mengawal ketat semua hantaran dan komen yang dibuat pengguna. Manakala love-shy.com pula bersifat longgar dari segi kawalan kandungan dan kebanyakan ahlinya ialah lelaki.

Jika tidak di IncelSupport, love-shy.com atau 4chan, kelompok incel akan bertumpu ke Reddit dengan beberapa sub-topik mereka menjadi pilihan. Antara sub-topik Reddit untuk kelompok incel yang terkenal ialah /r/incels dan /r/braincels. Tidak kira di mana mereka bersuara, persamaannya ialah mereka menyalahkan wanita yang mendorong mereka jadi incel. Tempat-tempat ini juga menjadi tempat idea-idea j3nayah terhadap wanita dibincangkan.

Bukan satu rahsia incel yang bersikap radikal mencari idea-idea seperti r0g0l beramai-ramai atau pembvnvhan. Ada pula yang dipengaruhi fahaman bahawa kaum Adam ditindas dan menerusi incel, inilah peluang mereka mengembalikan semula dominasi lelaki di dunia ini.

Bukan sedikit usaha digerakkan oleh kelompok ReformedIncel (kelompok yang menolak fahaman toksik kelompok incel radikal). Tetapi semua itu terlambat pada tahun 2014 apabila seorang incel bernama Elliot Rodger membvnuh enam orang pelajar perempuan dan menced4rakan 16 lagi pelajar University of California Santa Barbara (UCSB) sebelum mengambil keputusan mengamb!l ny4wanya sendiri.

Apabila perkara tersebut disiasat pihak berkuasa, mereka menemui manifesto Rodger setebal 137 muka surat dan siri video YouTube yang dimuatnaiknya. Dalam semua manifesto dan videonya, dia menyalahkan wanita kerana menafikan peluang untuk hidup bahagia. Kerana Rodger, nama incel tercemar teruk sekaligus mencemari legasi yang ditinggalkan Alana yang seharusnya menjadi platform orang seperti mereka mencari solusi.

Tetapi bagi golongan incel radikal, Rodger menjadi inspirasi kepada mereka. Jika anda berada di forum-forum incel terutama yang radikal, pasti anda akan terjumpa meme-meme lukisan-lukisan ikon Kristian yang ditampal wajahnya. Manakala frasa going ER ialah terma pilihan dalam kalangan mereka yang mahu melakukan aktiviti keg4nasan.

Dan sejak beberapa tahun kebelakangan ini, mereka turut memperkenalkan terma-terma mereka yang berkait dengan incel. Misalnya, istilah pil hitam atau blackpill. Istilah ini dikatakan diinspirasikan daripada adegan filem The Matrix di mana Morpheus (Laurence Fishburne) menawarkan Thomas ‘Neo’ Anderson (Keanu Reeves) pilihan sama ada pil biru (realiti) atau pil merah (khayalan).

Mengikut kelompok incel, mereka melihat pil merah sebagai bukti bahawa wanita lebih tertarik kepada lelaki-lelaki yang lebih berjaya dan berpengaruh. Manakala pil hitam pula ialah kelompok incel percaya kejayaan s3ksual sang lelaki terletak kepada rupanya dan sistem masyarakat Barat hari ini didefinisikan menurut sistem kelas s3ksual:

  1. Chad (kelompok lelaki yang menarik dari segi penampilan). Kelompok incel percaya 20% populasi masyarakat terdiri daripada Chad tetapi 80% lagi ialah wanita. Stacy, terma yang diberi kepada wanita menarik lebih berminat menjalin hubungan dengan Chad, Tyrone (Chad berkulit hitam), Chang (Chad berdarah Asia Timur), Chadpreet (Chad Asia Selatan) atau Chaddam (Chad berbangsa Arab).
  2. Baki 20% wanita akan menjalin hubungan dengan majoriti lelaki yang dikelaskan mengikut kategori beta, cuck dan normie.
  3. Golongan incel menghuni hierarki terbawah yang merasakan mereka tidak menarik dan tidak dapat menyakinkan wanita menjalinkan hubungan dengan mereka.

Berikutan tindakan ganas individu yang mengaku diri mereka sebahagian daripada incel, ia mengundang keresahan bukan saja dalam masyarakat tetapi juga agensi keselamatan. Incel mungkin fenomena baru tetapi bagi penjenayah yang membenci wanita, ia kerap dilakukan tetapi tidaklah sehingga diklasifikasikan sebagai tindakan keg4nasan.

Satu kes incel yang menarik perhatian ramai ialah kes seorang remaja lelaki berusia 17 tahun membvnvh seorang wanita Filipina bernama Ashley Noelle Arzaga, 24 dan menc3derakan dua individu lain. Apabila kes ini diketahui Polis Berkuda Diraja Kanada (RCMP) pesalah juvana itu dibicarakan atas tuduhan keg4nasan.

Dalam satu kenyataan, RCMP berkata, “Keg4nasan datang dalam pelbagai bentuk dan amat penting untuk mengetahui bahawa ia tidak terhad kepada mana-mana kumpulan, agama atau ideologi tertentu.” Pesalah dikatakan berbuat demikian kerana terpengaruh dengan dakyah incel yang dibawa Minassian.

Tetapi jika hendak menyalahkan golongan incel 100% atas apa yang berlaku, maka ia sesuatu yang tidak adil. Sesetengah kelompok incel yang menolak golongan radikal ini berpandangan pihak media menambah lagi minyak dalam api dengan memberi liputan kepada si pelaku atau punca kenapa dia berbuat demikian.

Dengan situasi toksik yang dicetuskan oleh kelompok radikal ini, masihkah ada harapan untuk kelompok incel memulihkan kembali nama baik mereka? Tidak diketahui usaha mereka berhasil atau tidak tetapi bagi Alana, dia harus mencuba. Ketika ini, dia menubuhkan projek sokongan baru bernama Love Not Anger kepada kelompok yang kesunyian dan bergelut dengan masalah perhubungan.

Manakala ReformedIncel dan beberapa kelompok veteran forum incel terawal bergabung tenaga dan berusaha mewujudkan kembali suasana asal yang bebas daripada elemen toksik dan membantu individu-individu yang terkesan dengan semua ini.

Sementara pengendali laman sesawang dan media sosial seperti Twitter dan Facebook berusaha menutup seberapa banyak ruang yang digunakan kelompok radikal ini berkumpul. Tetapi selagi mana ia didorong oleh semangat orang seperti Rodger, usaha untuk menghentikan kegilaan ini merupakan satu tugas yang hampir mustahil.

RUJUKAN:

BBC. (2020). Teenage boy charged in Canada’s first ‘incel’ terr0r case. https://www.bbc.com/news/world-us-canada-52733060

Beauchamp, Zack. (2019). Our incel problem. Vox. https://www.vox.com/the-highlight/2019/4/16/18287446/incel-definition-reddit


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Graduan Bachelor of Business Admin (Human Resource) dari UNITAR yang meminati sejarah sejak 11 tahun. Ketika ini merupakan saudagar simkad Tone Excel. Harapan terbesar ialah melihat saudara seagama dan sebangsa kembali bersatu di bawah satu panji dan terus maju bersama. Tanpa perpaduan, manusia tidak akan ke mana-mana, malah tidak akan dapat membina sebuah tamadun yang gemilang seperti mana yang dilakukan oleh nenek moyang kita yang lepas. Dan sejarah adalah saksi bahawasanya perpaduan kunci penting dalam membina sebuah tamadun yang gemilang.

Comments are closed.