Dalam kehidupan harian manusia, makanan merupakan asas seperti minyak kepada kenderaan. Tanpa makanan, pelbagai masalah boleh timbul bermula dengan kemarahan sampailah Izrail memanggil. Makanan mempunyai pelbagai jenis zat; antaranya ialah protein yang memberikan manfaat besar kepada darah, kulit, otot dan tulang. Cuma berbeza dengan lemak dan karbohidrat, tubuh badan tidak menyimpan protein. Sebaliknya setiap sajian makanan yang menyumbangkannya.

Salah satu makanan tersebut ialah daging. Industri daging di peringkat global telah mencapai suatu tahap kemajuan yang malang sekali mempunyai impak sangat besar kepada alam sekitar. Atas impak inilah kegiatan aktivisme di negara-negara Barat kian hangat. Sungguhpun begitu ramai dalam kalangan mereka terbuai dengan falasi vegeterianisme sampai seolah-olah “mengaibkan” (guilt-shaming) pemakan-pemakan daging sebagai zalim ats sokongan ekonomi kepada industri yang menzalimi haiwan.

Sejak azali lagi, peranan haiwan dengan manusia menjangkaui batasan makanan semata-mata. Namun realiti tersebut tidak menidakkan haiwan sebagai sumber makanan utama. Berterus terang, tiada siapa pernah menunggang ayam dan itik sepertimana kerbau, kuda dan lembu dibuat sebagai alat pengangkutan. Dan tunggangan babi pula belum pernah dikomersilkan, walaupun dalam peperangan. Maka manusia terikat kepada suatu konklusi yang tidak berubah. Jika 200,000 tahun dahulu manusia melembutkan daging dalam kantung kulit dengan cara jerangan. Sekarang manusia menggunakan periuk tekanan sahaja.

Secara statistik, lebih daripada 72 bilion haiwan menjadi makanan setiap tahun. Amerika Syarikat sahaja menternak 9 bilion ayam setahun. Angka yang besar ini perlu dikendalikan dengan pendekatan pro-persekitaran juga, kerana perlu diakui bahawa kesan industri makanan kepada ekosistem sangatlah besar.

  • Pencemaran alam

Najis merupakan punca utama disebalik segala ancaman terhadap alam sekitar. Amerika Syarikat pernah ditimpa musibah besar dengan Taufan Florence yang merosakkan ladang-ladang babi di North Carolina. Biasanya ladang-ladang babi mempunyai lantai bertingkat dimana najis boleh dipam ke lubang bawah tanah yang dipenuhi air dan bakteria untuk mencernakan najis tersbeut. Namun apabila banjir akibat Taufan Florence melanda, sebanyak 38 bilion liter najis ini keluar mencemarkan sungai yang menghancurkan ekosistem tersebut.

Untuk meletakkan perspektif, isipadu 38 bilion liter tersebut jika air terawat boleh disalurkan untuk kegunaan 1.54 juta keluarga. Aplikasikan angka tersebut pada skala perladangan babi di Pulau Pinang yang mana kes di Gertak Sanggul didapati memberikan kerosakan besar kepada persekitaran teluk negeri. Najis babi dibawa hujan ke pantai Gertak Sanggul yang turut mempunyai kerang. Keadaan dikeruhkan lagi apabila ladang-ladang babi ini tidak mempunyai lesen pun.

Tidak cukup dengan itu, pengurusan teruk daripada ladang-ladang udang berdekatan turut memberikan kesan buruk kepada teluk pulau. Pada masa yang sama, dua sungai yang dijadikan sumber bekalan kepada 100,000 orang Sabah pula dilaporkan telah tercemar akibat perladangan ayam.

Industri daging global juga terbukti merosakkan kualiti tanah dan air yang menyumbang kepada 18% daripada gas rumah hijau. Angka ini sangatlah besar sehinggakan jumlah kenderaan seperti kapal, pesawat, lori dan kereta pun tidak mampu menandinginya. Implikasi daripada gas rumah hijau boleh dikaji dengan perubahan iklim yang mendatangkan banjir dan kemarau.

  • Modal air dan gandum

Pengeluaran daging memerlukan modal yang sangat besar. Untuk menghasilkan sekilogram daging, seekor lembu perlu makan 25 kilogram bijian (berbeza mengikut rantau) dalam bentuk dedak dan 15,000 liter air. Kajian pada tahun 2006 mendedahkan bahawa 30% permukaan Bumi telah digunakan untuk perusahaan daging sahaja. Purata pemakanan daging bagi negara-negara berpendapatan tinggi iaitu 200-250 gram sehari merupakan punca industri daging kian bertambah.

Pertambahan ladang turut mencipta pekerjaan apabila banyak kilang-kilang pemprosesan dedak dibangunkan. Namun permintaan untuk bijian boleh mengganggu imbangan bekalan yang menaikkan harga. Sekaligus kesan ini memberi impak kepada golongan miskin. Di peringkat global, 12.9% populasi kekurangan zat ekoran jaminan makanan (food security) yang teruk. Andai kata kilang-kilang dedak ditutup (contoh simulasi sahaja), jumlah bijian yang ada boleh dibuat makanan untuk 3.5 bilion orang.

  • Kesan kesihatan

Penternakan haiwan juga mempunyai kriteria berat yang perlu digegaskan untuk pusingan modal. Maka para penternak biasanya menggunakan antibiotik yang turut bertujuan untuk melawan penyakit. Di Amerika Syarikat, 80% daripada pengeluaran antibiotik digunakan industri ternakan. Penggunaan ini menyumbang kepada masalah kesihatan berkaitan antibiotik dimana 23,000 daripada rakyat mereka dijangka menghidapinya setiap tahun.

Pemakanan daging juga didapati menyumbang kepada kencing manis, penyakit jantung dan strok.

  • Diet Seimbang Sebagai Sunnah

Apabila berbicara tentang Rasulullah SAW, perkataan ketinggalan zaman perlu difikirkan. Namun situasinya bukan Rasulullah SAW yang ketinggalam zaman. Dalam sebuah hadis, baginda dipetik mengatakan bahawa anak-anak Adam tidak berjaga-jaga semasa mengisi perut. Bahawasanya “sudah mencukupi buat anak-anak Adam untuk memakan beberapa suap. Jika ingin makan berlebihan, isilah 1/3 perut dengan makanan, dan 2/3 lagi dengan air dan udara. “ (al-Tirmizi 1381, Ibn Majah 3349).

Merumuskan hadis baginda, pemakanan perlu ada disiplin. Namun diet baginda pula sukar untuk diteliti secara saintifik oleh kerana kemiskinan yang melanda hidup baginda. Manusia memerlukan amaun kalori tertentu untuk mengekalkan kesihatan badan. Dan Rasulullah SAW dipetik pernah menjamah kurma sahaja. Pemakanan kurma kurang sesuai dalam perspektif moden atas pelbagai persoalan seperti kurma-kurma diproses (tidak segar).

Sungguhpun begitu, apa yang baginda makan sebenarnya tiada beza pun dengan Diet Mediterranean yang terbukti paling sihat. Bangsa-bangsa di sekitar Laut Mediterranean memakan buah-buahan, sayur-sayuran, gandum dan lemak sihat pada kadar harian. Ayam, ikan, kekacang dan telur pula diaturkan secara mingguan. Manakala produk-produk tenusu yang lain terkawal secara seimbang, dengan daging merah dihadkan sama sekali.

Mudah kata, diet ini melebihi tumbuh-tumbuhan bukannya daging. Malah wain merah pun dikurangkan bagi bukan Islam. Hasilnya, diet ini terbukti boleh mengawal berat badan kadar gula dalam darah dang membantu mencegah kemurungan. Tiga perkara ini turut mengelakkan risiko jantung, nyanyuk dan strok.

RUJUKAN:

Holloway, A. (2014, May 3). Neanderthals may have been the first to boil their food. Retrieved from https://www.ancient-origins.net/news-evolution-human-origins/neanderthals-may-have-been-first-boil-their-food-001614.

Loh, A. (2018, September 26). Farm with retention pond dumps pig dung into bay. Retrieved from https://www.thestar.com.my/news/nation/2018/09/26/farm-with-retention-pond-dumps-pig-dung-into-bay

Matthews, C. (2006, November 29). Livestock a major threat to environment. Retrieved from http://www.fao.org/newsroom/en/news/2006/1000448/index.html.

Meat and Animal Feed. Retrieved from https://www.globalagriculture.org/report-topics/meat-and-animal-feed.html.

Migala, J. (n.d.). 8 Ways to Follow the Mediterranean Diet For Better Health. Retrieved from http://www.eatingwell.com/article/16372/8-ways-to-follow-the-mediterranean-diet-for-better-health/.

Pierre-Louis, K. (2018, September 19). Lagoons of Pig Waste Are Overflowing After Florence. Yes, That’s as Nasty as It Sounds. Retrieved from https://www.nytimes.com/2018/09/19/climate/florence-hog-farms.html

Residents Cry Foul Over Tamparuli Poultry Farms Contaminating River. Retrieved from https://www.borneotoday.net/residents-cry-foul-over-tamparuli-poultry-farms-contaminating-river/.

Water, Food and Energy. Retrieved from https://www.unwater.org/water-facts/water-food-and-energy/.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Berbekalkan buku “Perang Salib Pertama: Kelahiran Templar”, Ahmad Faezal mempunyai suatu matlamat bagi Malaysia. Dalam kaca mata beliau, bangsa Melayu perlu bangkit membaham ilmu sepertimana mereka memakan nasi. Seorang pengikut setia bidang astronomi dan isu semasa, beliau mengimpikan bangsa Melayu dalam masa 100 tahun boleh melibatkan diri secara aktif dalam bidang-bidang sains terperinci. Beliau juga seorang penulis dan penterjemah upahan, yang sedia menerima klien.

Comments are closed.