Kelmarin, Jokowi secara rasmi mengumumkan pemindahan ibu negara Indonesia dari Jakarta ke Kalimantan. Lokasi ibu negara belum diputuskan, tapi ia akan terletak samada di Kalimantan Tengah (Kalteng), Kalimantan Selatan (Kalsel) atau Kalimantan Timur (Kaltim). Kebarangkalian Kalteng adalah paling tinggi.

Pemindahan ibu negara bukanlah sesuatu yang pelik. Di kalangan negara ASEAN, Myanmar dah pernah buat pada tahun 2005 (dari Yangon ke Naypyidaw). Australia berpindah dari Sydney ke Canberra (1927), Turki berpindah dari Istanbul ke Ankara (1923), Brazil dari Rio de Janeiro ke Brasilia (1960), Pakistan dari Karachi ke Islamabad (1967), Nigeria dari Lagos ke Abuja (1991), Kazakhstan dari Almaty ke Astana (1997).

Malaysia complicated sikit. Putrajaya lebih kepada pusat pentadbiran, tapi Kuala Lumpur masih kekal sebagai ibu negara. Petunjuk sesebuah ibu negara ialah lokasi kedutaan dan kediaman ketua negara, dan kedutaan asing dan Istana Negara kita masih berada di Kuala Lumpur. Macam Korea Selatan, walaupun kebanyakan kementerian dah berpindah ke Sejong City, tapi presiden selaku ketua negara masih duduk di Cheongwadae, Seoul.

Kenapa nak pindah? Sebabnya tidak lain geopolitik dan geoekonomi. Dari segi geopolitik dan keselamatan, Turki, Pakistan, Myanmar dan Kazakhstan berpindah sebab ibu negara lama terlalu dekat dengan pesisir pantai atau sempadan negara jiran yang terdedah kepada ancaman luar. Korea pindah pun sebab Seoul dekat sangat dengan sempadan Korea Utara, kalau berperang naya jadinya.

Pemindahan ibu negara juga dapat mengimbangkan semula pembangunan dalaman. Nigeria misalnya, ada 3 kawasan utama yang masing-masing didominasi oleh kaum Yoruba, Hausa-Fulani dan Igbo. Pemindahan ibu negara dari Lagos (di kawasan Yoruba) ke Abuja (di tengah-tengah tiga kawasan) adalah supaya pengagihan kekayaan tidak terlalu berpusat kepada satu kaum. Pemindahan ibu negara Brazil dari Rio ke Brasilia juga bertujuan untuk mengimbangi jurang pembangunan antara kawasan pesisir pantai dan pedalaman.

Dua-dua aspek ini ada dalam kes pemindahan ibu negara Indonesia. Dari aspek keselamatan Jakarta terancam, tapi bukan dengan negara jiran. Negara jiran semua baik-baik belaka. Yang jadi ancaman ialah paras laut yang semakin meningkat. 

Paras laut meningkat akibat fenomena pemanasan global di mana suhu luar biasa menyebabkan ais dan glasier di kutub utara dan selatan cair. Akibatnya, Jakarta Utara dah tenggelam 2.5 meter pada 10 tahun yang lepas. Kalau berterusan sebegitu, Jakarta Utara dijangkakan akan tenggelam sebelum tahun 2050. 

Walaupun pusat pentadbiran Indonesia berada di Jakarta Tengah, bawah sedikit dari Jakarta Utara, tapi takkan nak tunggu sampai tenggelam baru nak berpindah kan? Jadi eloklah mencari ibu negara yang baharu dari sekarang.

Dari aspek pembangunan dalaman pula, Jakarta mula menemui dua masalah. Masalah pertama ialah kepadatan penduduk. Kalau bahagikan jumlah penduduk Jakarta (10 juta) dengan keluasannya (661.5 km2), maka akan dapat kepadatan penduduk seramai 15,000 orang per kilometer persegi. Bandingkan dengan kepadatan penduduk KL iaitu 7,000 orang per kilometer persegi. Sesak nafas weh. Bila padat, macam-macam masalah timbul: pencemaran udara, kesesakan trafik, penurunan kualiti hidup dan sebagainya.

Masalah kedua ialah ketidakseimbangan ekonomi antara provinsi. Disebabkan Jakarta berada di pulau Jawa, pembangunan semua berpusat kepada Jawa (Jawa-centric). Semua orang nak berhijrah ke Jawa tinggal di Jawa, sehingga Jawa yang hanya memiliki 7% daripada luas keseluruhan Indonesia terpaksa menampung 58% daripada jumlah penduduk Indonesia. Dan 58% ini juga menyumbang kepada 58% daripada GDP Indonesia.

7 dari 10 bandar Indonesia yang mempunyai paling ramai penduduk berada di Jawa (Jakarta, Surabaya, Bandung, Bekasi, Depok, Semarang, Tangerang). Malah 4 darinya adalah sebahagian daripada “Jabodetabek” (Jakarta, Bogor, Depok, Tangerang, Bekasi) atau “Greater Jakarta”. Jawa-centrism ini seolah-olah meminggirkan provinsi Indonesia yang lain, jadi dah sampai masanya untuk mengalihkan “center of gravity” ekonomi keluar dari Jakarta dan Jawa.

Bila dibandingkan, Kalimantan adalah paling ideal untuk kurangkan masalah kepadatan. Kepadatan penduduk Kalimantan ialah 25 orang per kilometer persegi (14 juta orang ÷ 544,150 km2). jauh lebih rendah dari Sumatera (107 orang) dan Sulawesi (96 orang). Pulau-pulau di Nusa Tenggara dan Maluku berada di pinggiran (periphery), tak sesuai jadi ibu negara. 

Dan kelebihan Kalimantan yang tak ada kat pulau-pulau lain ialah kedudukannya yang berada di luar lingkungan gempa bumi dan gunung berapi. Jadi ia boleh dikatakan sebagai bebas bencana, memang sesuai untuk dijadikan ibu negara bagi jangka masa panjang. Seperti Jokowi kata, ibu kota kepada Indonesia yang “hidup selama-lamanya”.

Demografi Kalimantan secara keseluruhan pun agak seimbang (26% Banjar, 22% Dayak, 18% Jawa, 12% Melayu, 7% Bugis), boleh dijadikan model identiti kebangsaan Indonesia baharu, away dari model Jawa-centric selama 7 dekad yang lalu. Kalau Kalteng atau Kaltim (majoriti suku Dayak) yang terpilih, ia akan benefit suku Dayak yang mendukung kuat Jokowi pada dua pilihanraya presiden (pilpres) yang lepas.

Kalau Kalimantan bagus banget, kenapa tak pindah dari dulu? Sebenarnya Sukarno memang terfikir nak pindah. Sukarno sendiri pun tak gemar Jakarta, melihat ia sebagai peninggalan penjajah Belanda yang dikenali sebagai pusat pentadbiran Hindia Timur Belanda dari 1619 hingga 1942 dengan nama Batavia. 

Sukarno nak sebuah ibu negara baharu yang bebas pengaruh Belanda, dan beliau melihat Palangkaraya di Kalteng sebagai calonnya, dan Sukarno sendiri merasmikan Palangkaraya sebagai ibu kota provinsi Kalteng pada tahun 1957. Tapi disebabkan ada banyak pergolakan berlaku antara tahun 1957-1958, Sukarno terpaksa menangguhkan perancangan tersebut. Kini, idea mendirikan ibu negara di Kalimantan direalisasikan oleh Jokowi yang banyak menghidupkan kembali retorik dan naratif Sukarno. 

Kenapa Sukarno memilih Kalimantan? Selain pandangan jauh terhadap perkara-perkara di atas, ia mungkin ada kaitan dengan visi “Indonesia Raya” atau “Nusantara” yang bermodelkan kerajaan Majapahit (1293-1527). Simbol negara Republik Indonesia semua ada kaitan dengan Majapahit, dari bendera merah-putih hingga motto “Bhinneka Tunggal Ika”. Dan Kalimantan yang dikenali sebagai Nusa Tanjung Negara pada zaman Majapahit betul-betul berada di tengah-tengah lingkungan kekuasaan Majapahit. Kalau wilayah Indonesia sekarang tengah-tengah dia lajak ke timur sikit ke Selat Makassar.

Bukan bermaksud Jokowi masih menaruh cita-cita Indonesia Raya, tapi cita-cita menjadi kuasa serantau tu tak pernah hilang dari diri orang Indonesia, dan Majapahit menjadi ideal atau inspirasi kepada cita-cita tersebut. Pemindahan ibu negara Indonesia kali ini selain bertujuan keselamatan dan sosioekonomi, ia juga melambangkan transformasi identiti Indonesia ke arah “adikuasa potensial” (potential superpower).

Mungkin sekarang ada di antara kita yang pandang senteng kat Indonesia, tapi kita kena ingat saiz ekonomi Indonesia sekarang pun dah ke-16 besar di dunia, ke-5 besar di Asia selepas China, Jepun, India dan Korea. Nikkei dan PwC menjangkakan by 2050, Indonesia akan menjadi ekonomi ke-4 besar di dunia selepas China, US dan India, lebih besar daripada Jepun. 

Kita optimis Sabah dan Sarawak boleh dapat kesan limpahan daripada pembangunan Kalimantan, tapi kita pun patut risau mungkin nanti ekonomi kita pulak yang kena absorb dengan ekonomi mereka. Sekarang pun ekonomi Malaysia hanya 1/3 dari Indonesia. Kita cuma elok sedikit daripada mereka dari segi eksport dan GDP per kapita, tapi kelebihan itu tak akan kekal lama. 

Masalah Indonesia sekarang hanya infrastruktur, dan Jokowi tengah tackle masalahnya. Sebaik saja semua infrastruktur in place, maka ia dah boleh unleash power dia. Rujuk pengalaman kebangkitan US sebagai adikuasa Amerika Utara, kuncinya tidak lain infrastruktur. 

Pax Indonesiana is coming. Tengoklah nanti kita jadi Kanada atau jadi Mexico.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang Pegawai Tadbir Dan Diplomatik, graduan dalam bidang Hubungan Antarabangsa Dan Pertahanan dari Universiti Kebangsaan Malaysia dan Universiti Malaya.

Comments are closed.