Impak Bunyi Kepada Bayi

100

Hiburan memang sangat penting bagi manusia. Salah satu daripada banyak cara untuk menghiburkan diri ialah filem. Sebenarnya seni komunikasi menggunakan ayat, gambar, bunyi dan gerakan sudah lama dipraktikkan. Malah dunia perfileman pun telah banyak memberikan pengaruh, sama ada baik atau buruk sahaja. Namun sebagai manusia, seharusnya digunakan akal untuk mengenalpasti dan mendahulukan kepentingan yang paling utama.

Filem Avengers: Endgame telah pecah pawagam dengan permulaan yang sangat baik. Kalau tiada aral melintang, filem ini berpotensi untuk menurunkan Avatar daripada rekod paling tinggi kutipan. Untuk mencapai sasaran, pembikin amat memerlukan sambutan orang ramai yang berpusu-pusu. Jadi memang boleh dianggarkan kalau para pengunjung bawa anak-anak sekali.

Ini yang dimaksudkan. Sebagai manusia, kepentingan paling utama harus didahulukan.

Berikut merupakan bunyi bising berdasarkan ukuran decibel (dBA):

Menurut Pusat Pengawalan dan Pencegahan Penyakit Amerika Syarikat, apa-apa bunyi yang mencecah 90 dBA sebenarnya kuat bagi pendengaran [1]. Institut Kebangsaan mengenai Ketidakupayaan dan Gangguan Komunikasi Lain pula melaporkan yang pendedahan bunyi sebising 85 dBA keatas yang berpanjangan boleh menyebabkan masalah pekak [2]. Bagi pawagam United Kingdom, purata bunyi ialah 85 dBA.

Purata atau had bunyi di Malaysia sebenarnya tidak relevan untuk dibincangkan. Sebaliknya, apa yang seharusnya ditekankan ialah kesan pendedahan bunyi bising berpanjangan terhadap kanak-kanak. Filem Avengers: Endgame didapati disokong oleh golongan yang turut membawa kanak-kanak.

Menurut WebMD, pihak hospital menetapkan had bunyi bagi pusat jagaan kanak-kanak pada 50 dBA [3]. Kajian yang dilakukan pada anak haiwan didapati bunyi yang bising boleh mengubahkan cara otak memproseskan suatu bunyi. Namun bayangkan manusia kecil yang hadnya 50 dBA terpaksa didedahkan dengan bunyi purata 85 dBA selama berjam-jam.

Boleh dijaminkan apa-apa jua filem mempunyai babak yang mencecah 85 dBA. Letupan, tembakan, kesan bunyi khas dan sebagainya sudah mencukupi untuk merosakkan telinga anak-anak, semata-mata untuk ibu bapa dapat hiburan sementara. Apabila ditegur, boleh pula dibalas, “kalian tiada anak – kalian faham apa?”

Jawapan sebegitu sebenarnya melambangkan kesalahan besar dalam kalangan ibu bapa. Menonton wayang ialah pilihan, bukannya kewajiban. Itu baru pasal bunyi, belum lagi tentang pendedahan penyakit daripada kerusi, lantai dan dinding. Berdasarkan perkongsian-perkongsian di media sosial, cukup untuk disimpulkan dengan ucapan istighfar.

Tidak mati pun kalau kalian terlepas filem di pawagam.

[1] https://www.cdc.gov/niosh/topics/noise/

[2] https://www.healthyhearing.com/report/51919-Lawmakers-seek-to-curb-loud-noise-in-movie-theaters

[3] https://www.webmd.com/parenting/baby/news/20140303/baby-sleep-machines-could-damage-hearing-study-suggests#1

Komen yang ditutup, tetapi jejak balik dan ping balik terbuka.