Masalah utama konflik sesama manusia bukanlah sekadar cukup untuk menewaskan musuh itu di medan p3rang. Tetapi bagaimana memastikan ideologi yang telah ditewaskan itu tidak dapat lagi bangkit.

Itulah sebab kenapa fahaman k0munisme diharamkan di Malaysia. Itulah sebab kenapa fahaman Naz!sm diharamkan di Jerman.

Tetapi di Malaysia, ada yang cuba menghidupkan kembali fahaman k0munisme. Di Malaysia, ada yang cuba menghalalkan sokongan terhadap LTTE atas sebab sudah tumpas.


Ya, V Prabhakaran bukan sekadar membawa cita-citanya untuk membina sebuah negara Tamil di Jaffna sehingga sanggup memperalatkan kanak-kanak sebagai askar dan kaum wanita sebagai penyerang bom bvnuh diri.

Tetapi dia membawa ideologi bahawa mereka pejuang bangsa Tamil untuk merampas kembali tanah Eelam yang mereka percaya pernah wujud di Jaffna.

Dan saya tidak hairan melihat apa yang berlaku hari ini kerana bangkitnya LTTE suatu ketika dahulu bukan sekadar daripada usaha Tamil Sri Lanka tetapi disokong dengan bantuan kewangan yang dikutip daripada diaspora Tamil di India, Malaysia, Singapura dan Kanada.

Jika langkah pembebasan 12 individu tersebut atas percaya bahawa LTTE telah tumbang sepenuhnya, maka berikut adalah kesan yang akan berlaku:

Hubungan Antarabangsa
Bersedia untuk menghadapi risiko bahawa hubungan diplomatik dengan India dan Sri Lanka akan diturunkan taraf. Mungkin bukan secara terbuka tetapi dalam dunia hubungan antarabangsa yang berpegang kepada konsep quid pro quo, ini akan berlaku.

Taraf Kebolehpercayaan Sektor Kewangan Malaysia dalam Menentang Pengubahan Wang Haram

Dengan kumpulan LTTE masih dilabelkan sebagai kumpulan pengg4nas antarabangsa, pengiriman dana antara Malaysia dengan negara lain nescaya akan dinaikkan taraf risiko. Kemungkinan bilangan dokumen yang diperlukan untuk pengiriman wang akan diminta, khususnya dengan negara-negara yang masih melabelkan LTTE sebagai kumpulan penggan4s.

Risiko Radikalisasi Meningkat
Dua kumpulan utama akan mudah diradikalisasikan.

Tamil
Dengan kepercayaan bahawa perjuangan LTTE itu adalah sah, maka lebih mudah bagi mereka merekrutkan individu untuk membuka semula gelanggang mereka.

Melayu / Islam

Kebanyakan orang Melayu membesar dengan kepercayaan bahawa sistem perundangan Malaysia adalah adil.

Namun dengan kes arwah Adib yang belum mendapat pembelaan di bawah Peguam Negara yang sama dan ditambahkan dengan penerusan tindakan undang-undang terhadap suspek Melayu / Islam yang ditangkap menyimpan bahan serta media berkaitan dengan kumpulan Daish.

Ini akan menghakiskan kepercayaan mereka bukan sahaja terhadap sistem perundangan malahan institusi-institusi kerajaan yang lain. Ini akan membuka peluang kepada golongan radikal termasuk Daish untuk menanam bibit ideologi mereka ke dalam golongan ini.

Ditahan di bawah SosMA

Opportunis
Bersedia untuk berhadapan dengan golongan opportunis. Dua kumpulan opportunis akan mengambil peluang atas kemelut ini, iaitu pro-k0munis dan anarkis.

Pro-k0munis
Golongan pro-k0munis masih lagi ingin menghalalkan perjuangan songsang mereka. Mereka sudah tentu mengambil perhatian serius untuk melihat bagaimana langkah ‘penghalalan’ penyimpanan bahan-bahan berkaitan dengan pengg4nas.

Saya percaya akan cuba ada pihak yang menggunakan langkah sama untuk menghalalkan pengagungan Chin Peng dan mereka-mereka yang setaraf dengannya, serta untuk memperjuangkan agar komrad-komrad lama mereka ini diberi status ‘perwira’, walaupun mereka ini cuma sekadar buah catur permainan geopolitik antarabangsa Commintern.
Chackk suprise!

Menarik, adalah bahawa Peguam Negara hari ini adalah bekas peguam kepada ketua pengg4nas itu.

Anarkis

Golongan ini wujud tetapi tidaklah tersusun mana. Namun, kumpulan-kumpulan bergelar anarkis akan mengambil peluang untuk menyebarkan aktiviti mereka. Menariknya, mereka ini gemar memporak-perandakan keadaan dan sering terlibat dalam aktiviti anti-establishment tanpa mengira siapa menjadi kerajaan.

Jangkaan

Betul atau tidak jangkaan ini, saya tak perlu tahu. Tetapi kesannya kita akan lihat di masa depan. Sebagaimana kebencian puak Serbia terhadap Bosnia dahulu, bukanlah ditanam semalam, tetapi kebencian yang telah ditanam semenjak era Empayar Uthmaniyyah.

Bermakna, jika kita gagal menghalang kebencian ini bercambah dengan menyuburkan ideologi ini semula, maka 100 tahun dari hari ini, 200 tahun dari hari ini, generasi kita hari inilah yang akan dipersalahkan kerana gagal menghalang kebencian bercambah.

Kepada PDRM, terima kasih kerana telah berusaha sedaya upaya menjaga ketenteraman awam walaupun tangan diikat pada tiang ‘keadilan’.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang pemalas dari Sarawak. Royalist, Federalis, pemerhati dunia pertahanan, ekonomi dan geopolitik. Seorang pengumpul buku. Memiliki PHD (permanent head damage) selepas kepalanya jatuh terhantuk di atas jalan raya. Memegang ijazah Sarjana Muda Perakaunan dari Universiti Sains Malaysia serta merupakan seorang Akauntan Bertauliah dari Institut Perakaunan Malaysia.

Comments are closed.