Nama beliau ialah, Abū al-Ḥakam ʿAbd al-Salām b. ʿAbd al Raḥmān b. Abī al-Rijāl Muḥammad b. ʿAbd al-Raḥmān al-Lakhmī al-Ifrīqī al-Ishbīlī

عبد السلام بن عبد الرحمن بن محمد بن برجان اللخمي

Beliau merupakan seorang ulama yang lahir dan tinggal di Sevilla, dan meninggal dunia di Marrakesh pada 536H/ 1141M.

Beli buku terbaru kami di https://bit.ly/pratempahktmktr

Beliau merupakan ulama hadith, tafsir dan ahli sufi. Kefaqihan dan ketinggian ilmunya menyebabkan beliau diberi julukan sebagai Imam al-Ghazali Andalus. Beliau juga merupakan ulama’ mausuie (ulama’ yang menjadi rujukan orang lain). Beliau ialah seorang yang fitan (فطن), iaitu bijaksana, sesuai dengan nama gelarannya Abul Hakam (orang yang bijaksana).

Antara kitab karangannya ialah:

1. Idah al-hikma bi Ahkam al-‘Ibra (kitab ini sangat susah didapati masa kini)
2. Tanbih al-Afham Ila Tadabbur al-Kitab al-Hakim wa Ta’arruf al-Ayat wal-Naba al-‘Athim (kitab paling popular beliau)

Peristiwa yang menarik berkenaan Ibn Barrajan ialah, ketika 16 tahun sebelum kewafatan beliau, ketika itu Sepanyol semakin melarat dengan kristianisasi, namun beliau giat menjalankan pengajiannya dan mengajar anak anak muridnya. Beliau juga sempat menulis didalam kitab tafsirnya, Tanbihul Ifham, tarikh pembukaan Baitulmaqdis, selepas beliau melakukan istiqra’ استقراء iaitu kajian atau tadabbur yang mendalam. Tarikh tersebut ialah pada 27 Rajab 583H,dan ketika itu akan berlaku Futuhat Islamiyah di Baitulmaqdis.

Perlu diingatkan bahawa, pada tahun 1120-an, ketika itu merupakan era pasca Perang Salib I, iaitu selepas tentera Salib berjaya menjarah kota Baitulmaqdis pada 1099M, dan menjadikan ia sebagai ibu kota mereka. Ulama ulama dan pemimpin di sekitar Baitulmaqdis seperti di Syria, giat melakukan kempen meningkatkan hammasah (semangat) untuk menawan semula kota Baitulmaqdis, namun kemenangan itu masih dilihat masih jauh dan tentera Salib ketika itu semakin melebarkan sayap kekuatan mereka di kota sekitar mereka.

Pada 20/30 tahun berikutnya, Imam Muhyidin ibn Zaki (Qadhi Dimasyq ketika itu), ketika berlaku pembukaan Aleppo pada tahun 579H oleh Salahudin al-Ayubi, beliau bersyair dan mengulangi pernyataan Imam ibn Barrajan, bahawa akan berlaku pembukaan Kota Baitulmaqdis pada 4 tahun akan datang. Syair beliau menyebabkan para ulama dan orang awam merasa hairan kerana tarikh yang dikemukakan tersebut tepat, seolah olah ia memang akan terjadi.

4 tahun kemudian pada bulan 27 Rajab 583H, perkara tersebut benar benar berlaku, dan pembukaan Baitulmaqdis berlaku oleh tangan yang sama membuka Aleppo, iaitu Salahuddin al-Ayyubi. Pembukaan ini bukan sahaja membuka lembaran kemenangan Islam, malah membuktikan bahawa pandangan dan firasat Ibn Barrajan itu sangat tepat dan luar biasa. Ternyata, apa yang dikurniakan kepada Nabi (mukjizat) juga boleh dikurniakan kepada Wali (Karamah).

Benarlah sebagaimana kata kata Abu Darda’ ;

قال أبو الدَّرداء: (اتَّقوا فِرَاسَة العلماء؛ فإنَّهم ينظرون بنور الله، إنَّه شيء يقذفه الله في قلوبهم، وعلى ألسنتهم)

“Takutlah dengan firasat orang orang mukmin, kerana mereka melihat melalui cahaya Allah, sesungguhnya cahaya itu dicampak oleh Allah kedalam hatinya dan keatas lisannya”

Walaubagaimanapun, firasat dan hikmah ini tidak dikurniakan kepada orang awam seperti kita, namun ia dikurniakan oleh orang yang diangkat darjat mereka kerana sentiasa bermuraqabah dengan Allah, seperti para Nabi, para sahabat dan awliya’ullah yang lain lain.

So, kalau tiba tiba datang pakcik yang selalu lepak mengeteh di kedai kopi, mendakwa bahawa mereka Imam Mahdi, fikirlah dua tiga kali.

Berkenaan firasat dan karamah ini ada banyak contoh yang boleh dinukilkan, antaranya ialah, peristiwa Saidina Umar pernah menegur wanita yang mempunyai ‘kesan penzinaan’ dengan hanya melihat matanya sahaja. Beliau juga pernah mengarahkan panglima tenteranya di medan perang, iaitu Sariyyah untuk menukar destinasi mereka, sedangkan ketika itu beliau sedang berkhutbah di tempat lain. Para sahabat dan salafussalih yang lain juga dikurniakan karamah dan firasat yang serupa. Ada banyak lagi contoh lain, namun tak muat untuk ditulis disini.

Wallahu’a’lam

Artikel dikirimkan oleh Al Amin Fauzi untuk The Patriots. 


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Moving forward as one.

Comments are closed.